{"id":1207,"date":"2011-07-20T05:03:35","date_gmt":"2011-07-20T05:03:35","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=1207"},"modified":"2011-07-20T05:09:51","modified_gmt":"2011-07-20T05:09:51","slug":"jangan-lupa-penasyid-adalah-daie-dan-murabbi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/jangan-lupa-penasyid-adalah-daie-dan-murabbi\/","title":{"rendered":"Jangan Lupa &#8211; Penasyid Adalah Daie dan Murabbi"},"content":{"rendered":"<p><a rel=\"attachment wp-att-1208\" href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2011\/07\/jangan-lupa-penasyid-adalah-daie-dan-murabbi\/pahroul\/\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1208\" title=\"pahroul\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/pahroul.jpg\" alt=\"\" width=\"478\" height=\"604\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/pahroul.jpg 478w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/pahroul-237x300.jpg 237w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/pahroul-280x354.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/pahroul-180x227.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/pahroul-360x454.jpg 360w\" sizes=\"auto, (max-width: 478px) 100vw, 478px\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi<br \/>\nPenulis Buku Terkenal, Penulis Lirik dan Motivator Handalan.<br \/>\nSumber: www.gentarasa.com (Laman Web Rasmi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)<\/p>\n<p>Pagi ini saya rasa terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang nasyid. Walaupun sudah lama saya tidak mengirim lirik nasyid, namun saya tetap mengikuti perkembangan dari jauh. Saya turut mendengar respons, kritikan bahkan \u201ckecaman\u201d kepada nasyid dan\u00a0penasyid-penasyid yang ada. Walaupun, apa yang saya dengar dan lihat tetap tidak boleh dijadikan rujukan muktamad atas sifatnya yang khusus malah mungkin terpencil. Tetapi sekali-skala datang rasa bimbang juga\u2026 ke mana hala tuju nasyid sekarang? Lalu saya catatkan catatan ini sekadar renungan pada pagi Jumaat yang mulia ini\u2026<br \/>\nAnggaplah tulisan ini satu pandangan sekilas atas apa yang berlaku di dalam atau di luar kumpulan nasyid. Walaupun, kekadang ada juga figur-figur tertentu dalam kumpulan nasyid datang \u201cbersembang-sembang\u201d dengan saya \u2013 saya selalunya lebih suka menjadi telinga yang mendengar \u201cperkembangan\u201d dan kemajuan kumpulan mereka. Sekali skala saya sempat menatap surat khabar dan \u201cterjumpa\u201d majalah-majalah yang menceritakan hal mereka itu.<\/p>\n<p>Sudah jadi sunnatullah, \u201csemakin tinggi pokok yang kita panjat maka semakin kuatlah pula angin yang menggoyang.\u201d Berada di bawah dan sedang berusaha untuk naik adalah lebih mudah berbanding berada di tempat yang tinggi dan ingin terus mendaki agar sampai ke kemuncak. Di bawah kita selalu beringat, tetapi di puncak kita selalu alpa. Di bawah anginnya sepoi-sepoi bahasa, di atas sudah ada ribut yang melanda.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan\u201d berjalan seiringan dengan ujian. Baik ujian yang datang dari luar ataupun ujian yang datang dari dalam. Inilah cabaran yang sedang dihadapi oleh kumpulan-kumpulan nasyid kini. Yakni, apakah sambutan masyarakat sebelum ini hanya satu fenomena sementara atau ia memang sesuatu yang \u2018real\u2019. Dan yang lebih utama, menilai semula apakah tauhid, syariat dan akhlak Islamiah masih menjadi nilai teras bukan sahaja pada \u201cproduk\u201d nasyid, tetapi pada keseluruhan modus operandii pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan pemasaran, dan juga akhlak serta keperibadian kumpulan-kumpulan tersebut.<\/p>\n<p>Persoalan ini harus ditangani dengan berkesan, jika tidak nasyid akan mengalami zaman \u2018gerhana\u2019nya. Bukan gerhana di mata manusia sahaja tetapi gerhana juga di sisi Allah \u2013 disebabkan keberkesanan dakwah dan tarbiahnya semakin tumpul. Kenyataan ini bukanlah untuk menakut-nakutkan tetapi perlu dihadapi dengan fikiran yang terbuka. Jika tidak ada angin, masakan pohon bergoyang. Tanpa menyentuh kes-kes yang bersifat personel \u2013 masing-masing seharusnya sering menepuk dada dan tanyalah \u201csuara hati\u201d masing-masing.<\/p>\n<p>Usaha berterusan perlu dibuat untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan nasyid sebagai media hiburan dan pendidikan. Kualiti nasyid mesti dipertingkatkan dengan menambah nilai (\u2018add value\u2019) pada elemen-elemen utamanya seperti lirik, melodi dan alat-alat muzik dan yang lebih penting elemen kemanusiaannya \u2013 yakni mereka yang terlibat dalam proses penerbitannya seperti penasyid, komposer, penerbit, pemuzik dan penulis lirik.<\/p>\n<p>Semua pihak perlu rajin dan kreatif membuat R&amp;D \u2013 mencari nilai saintifik, artistik dan autentik untuk memantapkan nasyid. Kreatif tapi tetap bertunjangkan syariat. Inovatif tetapi terus beradab. Cuma diingatkan, apa yang ada dalam diri penasyid itulah yang akan lahir sebagai produknya. Mudah-mudahan dijauhkan daripada terpaksa berlegar-legar pada idea yang telah \u201cdirecycle\u201d berkali-kali. Carilah \u201crasa hati\u201d baru yang segar, murni dan benar-benar sejati untuk diberikan pada masyarakat! Jika kita tulus, nescaya jalan kita lurus (dipermudahkan). Insya-Allah!<br \/>\nHakikat ini wajib disedari oleh kumpulan-kumpulan nasyid dan kini begitu ghairah mengorak langkah pembaharuan, perubahan, peningkatan serta kepelbagaian dari segi melodi, lirik, alat muzik, stail dan imej diri. Apakah usaha mereka ini telah menemui \u2018track\u2019 yang betul atau sekadar tercari-cari dan akhirnya terpaksa melakukan pusingan U semula \u2013 kembali ke asal? Wallahua\u2019lam.<\/p>\n<p>Atau sedikit demi sedikit mula tersasar dalam eksperimen yang dianggap \u2018menjadi\u2019 (tetapi terpaksa menggadaikan nilai-nilai yang lebih murni) dan di hujung nanti berakhir dengan tragedi \u2013 dunia dan akhirat melepas! Atau keperibadian turut luntur dan terbentur dalam asakan dan godaan cara hidup hedonisme hingga turut terbawa-bawa dalam arus budaya popular tanpa sedar jati diri sendiri (sebagai dai dan murabbi) semakin terhakis? Fikir-fikirkanlah, atas dasar sayang kita mengingatkan, atas dasar kasih kita turut membimbangkan\u2026<\/p>\n<p>Jangan lupa, apa sahaja pembaharuan yang ingin dibuat mestilah berasaskan nilai-nilai teras (\u2018core value\u2019) \u00a0Islam itu sendiri. Nilai teras itu ialah syariat dan akhlak. Manakala tujuan perubahan itu pula mestilah tidak terseleweng daripada misi utama nasyid yakni untuk berdakwah dan mendidik masyarakat.<\/p>\n<p>Namun dalam soal pendekatan dan teknikal, pembaharuan itu juga mesti menitik-beratkan aspek-aspek komersil berdasarkan kehendak massa dan kaji selidik pemasaran. Bagi saya apa sahaja label baru yang hendak diberi kepada nasyid samada istilah global, world, kontemporari, terkini, komersial atau apa sahaja mestilah tidak mengabaikan aspek-aspek di atas.<\/p>\n<p>Nilai Islam bukanlah satu sekatan tetapi adalah satu kawalan agar muzik sentiasa terarah kepada keselamatan dan ketenangan. Islam atas sifatnya yang sederhana tidak menyekat kreativiti manusia, tetapi mendorong dan mengaturnya agar kreativiti dan inovasi itu tidak keterlaluan hingga terbabas ke arah kelalaian dan kehancuran. Syaitan terlalu bijaksana dalam menipu \u2013 putih tidak ditukarkannya terus kepada hitam, tetapi perlahan-lahan ditukarkannya kepada \u201cgrey\u201d sedikit demi sedikit. Dan akhirnya menjadi hitam tanpa sedar!<\/p>\n<p>Lirik nasyid mestilah mempunyai unsur kebenaran dan keindahan. Keghairahan memasukkan nilai-nilai Islam tidak seharusnya menenggelamkan nilai-nilai keindahan yang sepatutnya ada pada lirik yang baik. Rima-rima yang puitis dan kata-kata yang indah mestilah disertai oleh makna-makna yang baik sehingga nasyid teradun secara bersepadu antara nilai estatik dan autentik.<\/p>\n<p>Lirik tidak seharusnya kabur dengan bahasa-bahasa puitis dan kata-kata bombastik sehingga sukar untuk difahami. Lirik juga jangan sampai ditenggelami oleh \u2018kehangatan\u2019 melodi sehingga sukar didengari. Justeru gagasan fikiran atau mesej yang hendak disampaikan sebenarnya diterjemahkan sepenuhnya oleh lirik bukan melodi. Sayang, acap kali mesej dari lirik tidak jelas, atau pengucapannya terganggu oleh \u201ckebisingan\u201d melodi. Mungkin mereka yang pakar ada sebab-sebab tersendiri, tetapi sebagai medium dakwah, lirik mesti jelas, tepat dan dapat difahami. Jika untuk didengar pun sudah sukar, bagaimana pula hendak memahaminya?<\/p>\n<p>Melodi mestilah memberi daya tarikan dan latar yang baik agar pendengar berminat untuk mendengar lirik. Jadi misi dakwahnya tentulah akan terhalang jika lirik sesuatu nasyid sukar didengar oleh para pendengar. Walaupun mungkin ada yang mengatakan itu hanya satu stail, tetapi jika stail telah menjejaskan maksud, stail itu tentulah menjejas misi utamanya berdakwah! Mungkin hanya berhibur.<\/p>\n<p>Namun itu tidak bermakna saya nafikan kepentingan melodi. Melodi sangat penting kerana ia merupakan penyumbang utama kepada nilai estetika (keindahan) sesuatu nasyid. Dalam filem, muzik latar sangat penting untuk menghidupkan suasana yang ingin digambarkan oleh sesuatu babak. Begitulah dalam nasyid. Mesej yang dibawa oleh lirik akan dapat dihayati dengan baik sekiranya melodi yang serasi digunakan.<\/p>\n<p>Tenang, berani, lantang, cemas, garang, sedih, gembira mempunyai melodinya yang tersendiri. Sebenarnya nilai-nilai Islamik pada nasyid tidak hanya terletak kepada lirik tetapi turut disumbangkan oleh melodinya. Melodi nasyid seharusnya tenang dan lembut pada subjek-subjek seperti munajat, taubat, rintihan dan doa. Namun rancak dan dinamik pada subjek seperti jihad, kebangkitan, kembara, syukur dan lain-lain.<\/p>\n<p>Islam mengiktiraf melodi yang berasal dari mana-mana bangsa atau daerah geografi. Islam adalah agama bersifat sejagat untuk semua bangsa. Ia bukan milik sesuatu bangsa. Oleh itu melodi yang datang dari mana-mana etnik adalah dibenarkan. Walaupun melodi nasyid pada asalnya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Arab (kerana Islam dan Al Quran diturunkan kepada bangsa Arab), tetapi melodi dari bangsa Melayu, Cina, India, Turki, Uzbek, Kurdi dan lain-lain tidak ditegah. Malah kadangkala melodi nasyid akan jadi lebih indah hasil percambahan dan perkongsian nilai-nilai antarabangsa.<\/p>\n<p>Atas dasar ini potensi nasyid untuk mencapai tahap global sangat cerah. Tenaga profesional yang menerbitkan nasyid seharusnya lebih kreatif dan inovatif untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan memasukkan pelbagai jenis melodi berasaskan nilai pelbagai bangsa dalam album nasyid mereka. Pada saya, kuasa melodi melampaui kuasa lirik untuk memertabatkan nasyid ke arena antarabangsa kerana melodi ialah \u2018bahasa rasa\u2019 yang dapat difahami oleh semua bangsa berbanding \u2018bahasa kata\u2019 yang terbatas buat sesuatu bangsa.<\/p>\n<p>Selain bersumberkan nilai tradisional, melodi nasyid juga boleh diperkayakan dengan memasukkan irama dari aliran muzik kontemporari seperti pop, raggae, blues dan sebagainya. Walaupun tidak ada nas yang jelas yang mengharamkan langkah ini namun sikap berhati-hati (malah warak) tetap diperlukan terutamanya apabila menyentuh soal adab dan kehalusan akhlak.<\/p>\n<p>Melodi qasidah, syair dan nasyid yang lahir dari jiwa halus para sahabat nabi, waliullah dan para salafussoleh pada zaman awal Islam tentunya berbeza dengan rentak rap yang lahir dari ekspresi masyarakat golongan rendah (ghetto) yang tertekan di AS pada tahun-tahun 60\u2019an.<\/p>\n<p>Namun untuk lebih adil, persoalan \u2018rasa\u2019 ini adalah subjektif dan relatif sifatnya, lalu kita seharusnya bersifat lapang dada jika ada kumpulan nasyid yang telah melakukan tindakan berani dengan memasukan input rap, ballad, blues, folk, dan \u2018pop dance\u2019 dalam melodi nasyid mereka. Tetapi harus diingat, melodi yang asal-usulnya dari \u201corang-orang soleh\u201d tentunya mempunyai kekuatan yang unik dan tersendiri dalam menyampaikan ajaran Allah.<\/p>\n<p>Pendengar-pendengar nasyid mungkin boleh dibahagikan kepada dua, satu yang telah bersedia untuk menerima \u2018pengisian\u2019 manakala kelompok kedua yang masih dalam tahap \u2018peralihan\u2019. Melodi nasyid yang lebih konvensional dan \u2018resmi\u2019 diterima oleh kelompok yang menanti pengisian.<br \/>\nSementara golongan yang masih dalam tahap transisi (terutamanya yang masih pekat dengan aliran muzik Barat) mungkin memerlukan melodi nasyid yang agak \u2018sama\u2019 dengan muzik yang mereka minati. Syukurlah, jika ada nasyid yang berjaya menyentuh hati nurani golongan transisi ini dan syabas kepada kumpulan nasyid yang berani membuat pembaharuan itu tanpa takut kehilangan peminat di kalangan golongan yang menanti pengisian.<\/p>\n<p>Langkah baru ini juga telah membuka pintu seluas-luasnya bagi penggubah-penggubah lagu, penulis lirik dan pemuzik dari kategori lain untuk turut sama menyumbang bakat dan kepakaran mereka bagi memperkayakan lagi irama nasyid. Sikap prajudis hendaklah dielakkan sama sekali, justeru apa yang baik dalam Islam bukanlah monopoli sesuatu golongan.<\/p>\n<p>Oleh itu kehadiran mereka (penyanyi dan pemuzik rock dan lain-lain) hendaklah diterima sebagai satu \u2018perkongsian\u2019 ke arah kebaikan dan kebajikan. \u2018Kedatangan\u2019 mereka hendaklah dialu-alukan oleh tenaga-tenaga yang sedia ada dalam industri nasyid untuk sama-sama memertabatkan nasyid. Namun, mereka perlu faham apa misi nasyid sebenarnya? Mereka juga mesti difahamkan mana soal prinsip dan yang mana soal teknikal dalam bidang ini.<\/p>\n<p>Soal \u2018nawaitu\u2019 mereka serahkan kepada Allah. Apa yang kita doakan ialah berlakunya proses \u2018give and take\u2019 yang begitu harmoni, yang melibatkan bukan sahaja kepentingan komersil tetapi juga kepentingan rohani (dakwah dan pendidikan). Semoga cahaya kebenaran daripada nasyid akan membersihkan dunia muzik \u201cmereka yang hijrah ini\u201d. Jangan pula, dicampur adukkan. Sekejap terang, sekejap gelap dicemari prinsip lapuk \u2013 minyak dan air tak kan bercampur!<\/p>\n<p>Kekhilafan (perbezaan) di kalangan para ulama \u2013 ada yang mengharamkan alat muzik yang bertali dan bertiup dan ada pula yang mengharuskan semua alat muzik asal sahaja digunakan ke arah kebaikan. Khilaf ini sahaja telah menunjukan bahawa alat muzik adalah soal ranting dalam Islam (tidak mungkin ulama berbeza pendapat dalam soal pokok). Namun sikap berhati-hati kumpulan nasyid yang kebanyakannya masih mengekalkan alat-alat muzik mereka kepada alat yang berasaskan \u2018percussion\u2019 (alat ketuk), synthesizer, drum mechine dan eletronik komputer harus dipuji.<br \/>\nTindakan ini tentunya lahir dari hati yang begitu prihatin dengan hukum-hakam Islam. Sungguhpun begitu sikap itu tidak menghalang kreativiti dalam menghasilkan muzik berkualiti untuk nasyid-nasyid tradisional dan kontemporari. Perkembangan dunia ICT telah dimanfaat sepenuhnya oleh penggubah melodi nasyid untuk menghasilkan pelbagai bunyi yang diperlukan. Hasilnya, pelbagai rentak nasyid dapat dihasilkan tanpa menggunakan alat-alat muzik yang \u2018dilarang\u2019.<\/p>\n<p>Namun dalam keadaan apa sekalipun faktor kemanusiaan merupakan faktor yang paling utama menentukan kebaikan atau keburukan sesuatu bidang. Nasyid yang berkesan sebagai media dakwah tentulah lahir dari peribadi-peribadi yang berjiwa dakwah.<\/p>\n<p>Maksudnya peribadi mereka mestilah selaras dengan apa yang mereka nasyidkan atau sekurang-kurangnya sedang berusaha dengan gigih (mujahadah) untuk memiliki sifat-sifat baik. Mereka bukanlah seperti penghibur-penghibur Barat yang kebanyakannya tidak terhibur dengan hidup mereka akibat dosa, sakit jiwa, kaki botol, runtuh rumah-tangga, dadah dan bunuh diri.<\/p>\n<p>Mereka bukanlah lilin yang menerangi orang lain dengan nasyid-nasyid mereka tetapi membiarkan diri sendiri kegelapan dari nilai-nilai cahaya yang mereka serukan. Allah swt telah menerangkan hakikat ini dalam satu surah khas yang dinamakan surah As Syuaara\u2019 (penyair). Walaupun surah ini diturunkan bagi menjelaskan peribadi penyair-penyair pada zaman Rasulullah namun ia tetap relevan hingga kini. Firman Allah:<br \/>\n\u201cDan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya kecuali penyair-penyair yang beriman dan beramal soleh dan banyak menyebut nama Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui mana mereka akan kembali.\u201d As Syu\u2019araa\u2019 (224-227)<\/p>\n<p>Dalam surah yang diturunkan di Makkah ini Allah secara khusus telah menyebut sifat-sifat penyair yang suka memutar-belitkan kata, tidak mempunyai pendirian dan mengucapkan sesuatu yang tidak mereka kerjakan kecuali mereka yang mempunyai empat sifat yakni beriman, beramal soleh, banyak menyebut nama Allah (berzikir) dan mendapat kemenangan dari Allah. Inilah garis kasar perilaku yang harus ada pada tenaga-tenaga yang terlibat dalam penghasilan nasyid.<\/p>\n<p>Hakikat ini perlu dinyatakan walaupun pada kita kekadang ia seperti terlalu ideal untuk dimiliki. Namun hakikat tetap hakikat, lambat atau cepat kita mesti berusaha untuk mencapainya justeru kita patut merasa malu kepada diri sendiri untuk terus bersikap hipokrit kepada Tuhan. Tegasnya, penasyid mestilah peribadi yang jelas iltizamnya dengan Islam kerana dia adalah figur ikutan yang mudah mempengaruhi orang ramai dengan cara hidup, stail dan perwatakannya. Samada di atas pentas, di studio rakaman atau dalam kehidupan sehari-hari, dia seharusnya berusaha untuk benar-benar mengamalkan apa yang diserukannya dalam nasyid-nasyidnya.<\/p>\n<p>Akhirnya, hendaklah diingat bahawa fungsi utama nasyid hanyalah untuk membawa manusia kepada Tuhan agar mematuhi perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Hanya dengan kembali kepada Allah hati akan mendapat ketenangannya yang hakiki. Firman Allah:<br \/>\n\u201cKetahuilah dengan mengingati Allah, hati akan tenang \u2013 Ar Ra\u2019d:28\u201d<\/p>\n<p>Apabila hati telah tenang ia akan mendapat hiburan apabila menyembah Allah. Sabda Rasulullah saw:<br \/>\n\u201cWahai Bilal, tenangkan kami dengan azanmu.\u201d<\/p>\n<p>Nasyid adalah hiburan pemangkin \u2013 untuk menyemarakkan hiburan yang asasi dan hakiki yang mesti diperolehi oleh seorang muslim melalui solat, zikir, Al Quran, doa, munajat, taubat, sabar, syukur dan lain-lain sifat mahmudah. Hakikatnya, solatlah hiburan sejati dan nasyid tentang solat cuma mewar-mewarkan kepentingan solat. Apabila pendengar benar-benar bersolat, insya-Allah mereka akan menikmati hiburan yang lebih tinggi dan asyik dari nasyid tentang solat. Inilah hiburan yang digambarkan sendiri oleh Rasulullah saw melalui sabdanya:<br \/>\n\u201cSejuk mataku di dunia dengan solat.\u201d<\/p>\n<p>Nasyid hanya bertindak sebagai \u2018pengajak\u2019 atau \u2018pengiklan\u2019 kepada hiburan-hiburan utama itu. Penasyid yang telah di\u201dmertabat\u201d sebagai teladan (maaf saya tidak gunakan istilah idola), kelakuan dan keperibadian kita perlu dijaga \u2013 atas pentas, luar pentas atau di mana sahaja. Oleh itu janganlah hendaknya kita terkeliru dan mengelirukan orang lain akan hakikat hiburan sejati sehingga masyarakat menganggap \u2018iklan\u2019 lebih penting dari apa yang diiklankan!<\/p>\n<p>Opss\u2026 saya sendiri sangat takut pada satu ketika dulu, bila sajak saya \u201clayar lara seorang puteri\u201d yang mengisahkan pencarian dan penderitaan Puteri Diana dalam mencari bahagia telah dianggap menganggung-agungkan mendiang. Sajak asal yang lebih panjang telah dikerat dan diadjust oleh kumpulan nasyid itu lalu jadilah sebuah nasyid. Al hasil, itu telah menimbulkan fitnah yang sangat meresahkan hati saya. Percayakah, kalau saya katakan hingga saat ini\u2026 saya tidak pernahpun mendengar nasyid yang dimaksudkan?<\/p>\n<p>Tetapi saya berdiam diri\u2026 dan membisu. Akhirnya ia berlalu tanpa kontroversi lagi. Syukur. Ya, Allah ampunkan aku. Di bawah saya tuliskan semula petikan sajak (dari sebuah sajak panjang) yang dijadikan nasyid itu\u2026.<\/p>\n<p>LAYAR LARA SEORANG PUTERI<br \/>\n(Puteri Diana)<\/p>\n<p>Hadirmu bersama kuntum-kuntum senyuman<br \/>\nWajah terlukis cantik rupawan<br \/>\nKau jadi impian berjuta pria<br \/>\nKau jadi idola pujaan pemuda<br \/>\nNamun akhirnya kau pergi jua<br \/>\nbersama tragedi\u2026<br \/>\ndalam pencarianmu pada cinta sejati<\/p>\n<p>Kau umpama kerdipan dian di malam gelita<br \/>\nAkhirnya terpadam dipagut derita<\/p>\n<p>Benarlah tiada ketenangan tanpa iman<br \/>\nBenarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam<br \/>\nSesungguhnya harta., nama dan rupa\u2026<br \/>\nbukanlah satu jaminan untuk bahagia<\/p>\n<p>Terima kasih wahai Tuhan<br \/>\nSegalanya peristiwa tidak sia-sia<br \/>\nLayar lara seorang puteri<br \/>\nKembara sayu seorang ibu<br \/>\nMenghadiahkan jutaan iktibar<br \/>\nTelah melakarkan satu sempadan<br \/>\n\u2026di hati perempuan<\/p>\n<p>ARTIKEL INI DITULIS OLEH MOTIVATOR, PENDAKWAH, PENULIS (LIRIK) DAN PENULIS BUKU YANG TERKENAL LAGI BANYAK PENGALAMAN: UST PAHROL MOHD JOUI. (WWW.GENTARASA.COM).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi Penulis Buku Terkenal, Penulis Lirik dan Motivator Handalan. Sumber: www.gentarasa.com (Laman Web Rasmi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi) Pagi ini saya rasa terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang nasyid. Walaupun sudah lama saya tidak mengirim lirik nasyid, namun saya tetap mengikuti perkembangan dari jauh. Saya turut mendengar respons, kritikan bahkan \u201ckecaman\u201d [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[135],"tags":[389],"class_list":["post-1207","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-khas","tag-ustaz-pahrol-mohamad-juoi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1207","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1207"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1207\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1207"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1207"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1207"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}