{"id":1236,"date":"2010-10-05T15:05:52","date_gmt":"2010-10-05T15:05:52","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=1236"},"modified":"2013-11-02T17:11:50","modified_gmt":"2013-11-02T09:11:50","slug":"biodata-maher-zain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/biodata-maher-zain\/","title":{"rendered":"Biodata Maher Zain"},"content":{"rendered":"<div id=\"attachment_1237\" style=\"width: 437px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2010\/10\/biodata-maher-zain\/mun18\/\" rel=\"attachment wp-att-1237\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1237\" class=\"size-full wp-image-1237\" title=\"Maher Zain\" alt=\"Maher Zain \" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/mun18.jpg\" width=\"427\" height=\"640\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/mun18.jpg 427w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/mun18-200x300.jpg 200w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/mun18-250x375.jpg 250w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/mun18-180x269.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/mun18-360x539.jpg 360w\" sizes=\"auto, (max-width: 427px) 100vw, 427px\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-1237\" class=\"wp-caption-text\">Maher Zain di Maher Zain Live In Concert 2010<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyanyi dan komposer; Maher Zain merupakan bintang baru di arena muzik Islamik moden yang muncul dengan lagu-lagu yang penuh bermakna, bertujuan untuk memberi inspirasi sambil menghiburkan pendengar dengan mesej keamanan dan harapan terhadap dunia masa kini.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2010\/10\/biodata-maher-zain\/maher-zain-album-thank-you-allah\/\" rel=\"attachment wp-att-1238\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-1238\" title=\"maher zain album thank you Allah\" alt=\"Album ini boleh didapati dari Inteam Records yang mendapat hak mengedar untuk Malaysia.\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/maher-zain-album-thank-you-Allah-590x393.jpg\" width=\"590\" height=\"393\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/maher-zain-album-thank-you-Allah-590x393.jpg 590w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/maher-zain-album-thank-you-Allah.jpg 600w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/maher-zain-album-thank-you-Allah-280x187.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/maher-zain-album-thank-you-Allah-180x120.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/maher-zain-album-thank-you-Allah-360x240.jpg 360w\" sizes=\"auto, (max-width: 590px) 100vw, 590px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau meninggalkan kerjaya mewahnya di dalam industri muzik arus perdana di New York. Beliau pernah bekerja dengan produser antarabangsa yang terkenal iaitu RedOne yang turut pernah terlibat dengan artis-artis popular seperti Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Michael Jackson serta ramai lagi. Maher Zain akhirnya telah memilih untuk menghasilkan karya muzik yang mencerminkan asal-usulnya sebagai seorang rakyat Eropah yang berketurunan Arab dan juga seorang Muslim. Beliau telah bekerjasama dengan Awakening Records (yang pernah melancarkan kerjaya artis British; Sami Yusuf) bagi memberi sumber inspirasi untuk para remaja seluruh dunia. Pada awal Mac 2010, album debut Maher Zain berjudul \u201cThank You Allah\u201d (diterbitkan oleh Awakening) telah berjaya mendapat kedudukan No. 1 dalam carta jualan album terlaris di Amazon.com (kategori muzik dunia). Maher telah pun menjayakan konsertnya di Sweden, Kanada, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Mesir, Algeria, Bahrain dan banyak lagi. Dengan semangat dan minatnya, bakat yang luar biasa dan gaya yang unik, pencapaiannya pasti melonjak ke tahap yang paling tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maher Zain mendapat inspirasi awal dalam bidang muzik melalui ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang penyanyi yang sering mengadakan persembahan di sekitar bandar Mediterranean yang indah iaitu Tripoli, Lubnan. Kagum dengan muzik dan instrumennya, Maher Zain mendapat \u201ckeyboard\u201d yang pertama seawal usianya 10 tahun dan sejak daripada itu secara rasminya muzik menjadi sebahagian daripada dunia Maher Zain. Keluarganya telah berhijrah ke Sweden pada usianya 8 tahun di mana beliau menyambung pelajarannya sehingga berjaya ke menara gading dan beroleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Walaupun persekitarannya berubah dari hari ke hari, namun minat dan semangatnya dalam muzik terus membara.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2010\/10\/biodata-maher-zain\/palestine-tomorrow-will-be-free\/\" rel=\"attachment wp-att-1239\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1239\" title=\"palestine tomorrow will be free\" alt=\"Video clip Palestine Tomorrow Will Be Free melonjakkan nama Maher Zain di Youtube. \" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free.jpg\" width=\"480\" height=\"360\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free.jpg 480w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free-300x225.jpg 300w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free-280x210.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free-205x155.jpg 205w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free-180x135.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/palestine-tomorrow-will-be-free-360x270.jpg 360w\" sizes=\"auto, (max-width: 480px) 100vw, 480px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah terlibat dalam industri muzik buat seketika sebagai penerbit muzik, Maher Zain telah diperkenalkan dengan RedOne; seorang penerbit muzik yang berbakat besar yang meningkat popular di Sweden. Maher mula bekerjasama dengan RedOne dan kemudiannya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun beliau berada dalam kehangatan industri muzik di New York, beliau turut berkesempatan bekerja dengan artis-artis popular seperti Kat Deluna dalam penerbitan beberapa lagu hit artis tersebut seperti \u201cWhine Up\u201d dan \u201cRun The Show\u201d. Maher Zain memiliki kerjaya yang boleh diibaratkan sebagai kerjaya impian bagi seorang yang masih muda dan terlibat dengan industri penuh glamor. Namun bagi Maher Zain, beliau merasakan kerjayanya ini jauh dari cita-cita dan impiannya yang sebenar. \u201cSaya sukakan muzik, tetapi saya bencikan apa yang ada disekitarnya, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada Januari 2009, Maher Zain telah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah album yang mencerminkan identitinya yang sebenar \u2013 Arab, Barat dan Muslim \u2013 dan telah menandatangani kontrak dengan Awakening Records. Album pertama Maher Zain berjudul \u201cThank You Allah\u201d telah menduduki tempat pertama dalam carta Amazon World Music dan kedudukan kesembilan dalam carta R&amp;B.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada Januari 2010, lagu Maher Zain berjudul \u201cYa Nabi Salam Alayka\u201d telah berjaya meraih gelaran sebagai Lagu Terbaik 2009 di dalam sebuah pertandingan muzik anjuran Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir). Antara yang tercalon ke peringkat akhir adalah nama-nama besar seperti Hussein Aljismi, Mohammed Mounir and Sami Yusuf. Maher Zain juga telah mengadakan persembahan di konsert-konsert besar yang mendapat sambutan hangat seperti di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden, Amerika Syarikat dan banyak lagi serta mendapat jolokan \u201cbintang handalan baru dalam industri muzik Islamik\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Album Maher Zain menggabungkan muzik R&amp;B dan irama kerohanian tradisional, soul dan muzik pop kontemporari, bukan sekadar memperbaharui muzik kerohanian dan nasyid bahkan dengan beraninya menyegarkan muziknya dengan gaya kontemporari. Album pertama Maher Zain \u201cThank You Allah\u201d adalah album yang penuh bertenaga, malar segar dan penuh dengan unsur kerohanian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maher Zain mula dikenali sebagai seorang pemuzik dan penyanyi Islamik moden selepas \u201csingle\u201d pertamanya yang ditampilkan dalam video muzik animasi berjudul \u201cPalestine Will Be Free\u201d mendapat perhatian umum. Video muziknya berjudul \u201cInsha Allah\u201d pula telah dirakamkan di sekitar London dan diarahkan oleh pengarah British yang terkenal Mike Harris yang pernah bekerja dengan Coldplay, Madonna dan ramai lagi. Video muziknya yang terbaru \u201cThe Chosen One\u201d menceritakan tentang kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad yang berteraskan keamanan, telah dirakamkan di Los Angeles. Ini jelas menunjukkan Maher Zain kini memartabatkan muzik Islamik ke satu peringkat baru yang lebih tinggi. Sebagai artis dan penerbit yang berbakat luar biasa, Maher telah berjaya membawa muziknya kepada pendengar yang lebih luas dan ramai tanpa mengurangkan mesejnya, bahkan dihasilkan dengan lagu-lagu yang cukup bertenaga, meyakinkan dan sangat indah dengan adunan unsur-unsur R&amp;B, irama kerohanian tradisional, pop, muzik Arab dan Turki dalam sebuah susunan muzik yang berani.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Fakta Ringkas dan Pautan:<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Nama: Maher Zain<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umur: 28 tahun<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Warganegara: Sweden (Keturunan Lubnan)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pekerjaan yang lalu: Penerbit Muzik<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengalaman bekerja: RedOne: Akon, Lady Gaga, dan lain-lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tajuk Album: Thank You Allah<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jumlah lagu: 13<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tarikh diterbitkan: 1 November 2009<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Syarikat Rakaman: Awakening Records<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Laman Facebook (hampir 600,000 peminat):\u00a0http:\/\/www.facebook.com\/MaherZain<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Video Klip Palestine Will Be Free:\u00a0http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=foSbqLi6U10<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Video Klip Insha Allah:\u00a0http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=KfXIF2Mm2Kc<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Video Klip The Chosen One:\u00a0http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=QbICjWI7Vrw<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<p style=\"text-align: justify;\">Sumber: www.inteam.com.my<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penyanyi dan komposer; Maher Zain merupakan bintang baru di arena muzik Islamik moden yang muncul dengan lagu-lagu yang penuh bermakna, bertujuan untuk memberi inspirasi sambil menghiburkan pendengar dengan mesej keamanan dan harapan terhadap dunia masa kini. Beliau meninggalkan kerjaya mewahnya di dalam industri muzik arus perdana di New York. Beliau pernah bekerja dengan produser antarabangsa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5,135],"tags":[396,101],"class_list":["post-1236","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-antarabangsa","category-khas","tag-biodatamaher-zain","tag-maher-zain"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1236","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1236"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1236\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1236"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1236"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1236"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}