{"id":1257,"date":"2010-09-06T16:11:49","date_gmt":"2010-09-06T16:11:49","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=1257"},"modified":"2013-11-02T16:57:42","modified_gmt":"2013-11-02T08:57:42","slug":"opick-penasyid-genius-dari-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/opick-penasyid-genius-dari-indonesia\/","title":{"rendered":"Opick: Penasyid Genius Dari Indonesia"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/2010\/09\/opick-penasyid-genius-dari-indonesia\/opick\/\" rel=\"attachment wp-att-1258\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1258\" title=\"opick\" alt=\"\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/opick.jpg\" width=\"480\" height=\"640\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/opick.jpg 480w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/opick-225x300.jpg 225w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/opick-280x373.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/opick-180x240.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/opick-360x480.jpg 360w\" sizes=\"auto, (max-width: 480px) 100vw, 480px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Figura hebat dari Indonesia ini muncul lagi dengan album ke enam berjudul Shollu &#8216;Alla Muhammad. Ikon nasyid dari tanah seberang ini membuktikan bahawa pengaruhnya masih kuat dan masih mahu berkarya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Opick, atau nama sebenarnya\u00a0<strong>Aunur Rofiq Lil Firdaus<\/strong> terus menongkah arus, mengharungi arus muzik Indonesia yang secara umumnya berskala lebih besar daripada industri muzik di Malaysia. Ruang lingkupnya lebih luas, namun, \u00a0adakah ada ruang buat para penasyid Indonesia bernafas bebas di bumi yang mempunyai penduduk Islam terbesar dunia ini?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyingkap awal kemunculannya, Album pertamanya ialah\u00a0<em>Istighfar<\/em> dikeluarkan pada tahun\u00a02005.\u00a0\u00a0Setelah sebulan berada di pasaran, beliau menerima anugerah platinum berkembar diatas penjualan album sebanyak 300,000 unit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa menoleh ke belakang, beliau meneruskan karier dalam nasyid dengan mengeluarkan album seperti Semesta Bertasbih\u00a0(2006),\u00a0Ya Rahman\u00a0(2007)\u00a0Cahaya Hati\u00a0(2008),\u00a0Di Bawah Langit Mu\u00a0(2009) dan terbaru, Shollu Alla Muhammad (2010)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wartawan MUNSYEED.Com sempat duduk bersama Opick sempena kedatangannya ke Malaysia untuk memenuhi jemputan sebuah majlis berbuka puasa di UIA. Berbicara dengan nama besar di Indonesia ini cukup berinformatif dan sewajarnya mendapat jolokan Genius Muzik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Opick, dunia nasyid Indonesia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran kerana terpaksa bersaing dengan muzik pop mainstream yang sudah lama wujud. Untuk membina sesuatu industri memerlukan waktu dan usaha yang kuat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cTentunya berbeza di Malaysia, dimana pop nasyid itu sudah biasa disini. Dulu sebelum nasyid, saya juga bermain lagu pop biasa dan ia memudahkan saya memasuki pasaran Malaysia dengan irama pop nasyid. Muzik itu sendiri juga harus sesuai dengan citarasa manusia\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika ditanya mengenai masalah-masalah yang dihadapi sebagai penasyid di Indonesia, beliau tidak menganggap iai sebagai masalah kerana masalah tidak pernah selesai. Biar apapun, serahkan segalanya pada Allah. Allah jua yang menentu segala rencana dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>TREND DAKWAH ARTIS BUKAN NASYID<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Trend artis mainstream Indonesia untuk menerbitkan album Ketuhanan terutama setiap kali Ramadhan cukup menggembirakannya. Menurutnya, ia bertujuan untuk memberikan pilihan kepada masyarakat untuk mencari hiburan kearah kebaikan dan mendidik jiwa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cUrusan hari biasa, itu adalah tanggungjawab peribadi masing-masing. Apa yang pasti, saya gembira melihat trend menerbitkan album ketuhanan oleh artis mainstream. Ternyata nasyid boleh menjadi pilihan terbaik untuk dakwah dan berkarya.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>DEALOVA?<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mungkin ada yang tidak mengetahui yang lagu popular \u2018DEALOVA\u2019 nyanyian ONCE adalah hasil ciptaan beliau.\u00a0\u00a0Siapa sangka, lagu indah itu, bait-baitnya dikarang oleh seorang penyanyi nasyid tersohor di Indonesia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika ditanya akan rahsia mencipta lagu-lagu popular yang berstatus anthem dan \u2018berhantu\u2019 itu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai waktu tertentu untuk menulis. Menurutnya, bila ilham tiba, terus sahaja beliau menulis lagu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya tidak menulis terlalu banyak lagu dalam sesuatu masa dan juga tidak \u2018boros\u2019 dalam menulis lagu. Saya hanya menulis sesuatu yang saya kenal betul, faham suasana, keadaannya, cerita apa yg saya lihat dan berlaku pada diri sendiri.\u201dUjar Opick.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebiasaanya, beliau akan melihat terlebih dahulu siapa yang akan menyanyikan lagu yang dihasilkan, termasuk keadaan penyanyi itu dan isi hatinya. Barulah lagu yang dihasilkan akan \u2018masuk\u2019 mempunyai ruh tersendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>ALBUM BARU<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyentuh tentang album Shollu &#8216;Alla Muhammad yang baru diedarkan, beliau kali ini mengetengahkan konsep balada.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang menarik, album ini menampilkan kolaborasi bersama artis-artis Festival Lagu Opick. Antara lagu yang dihasilkan bersama FLO ialah Shollu Ala Muhammad feat finalis FLO, Andai Waktu Memanggil Feat Fira FLO, Pengakuan (Iktiraf) feat Inggrid FLO, Dunia Tanpa CintaNYa feat Dian FLO.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Album yang memuatkan 10 buah lagu ini menyaksikan Opick sebagai insan seni serba boleh dimana beliau sendiri bertindak sebagai penerbit, penulis lagu dan lirik, pengarah video klip, sutradara dan pengarah bagi video klip Shollu Ala Muhammad dan Tiada Duka Yang Abadi. Malah, album tersebut dirakam sendiri di studio rakamannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cHidup ketika tujuannya adalah ALLAH maka \u00a0yang tersulit dari keadaan kita didunia adalah hal yang mudah. Saya berharap bahawa masyarakat di Malaysia bisa menghargai lagu saya semoga ada manfaatnya.\u201dUjarnya, mengakhiri perbualan dengan kami. -MUNSYEED.COM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Figura hebat dari Indonesia ini muncul lagi dengan album ke enam berjudul Shollu &#8216;Alla Muhammad. Ikon nasyid dari tanah seberang ini membuktikan bahawa pengaruhnya masih kuat dan masih mahu berkarya. Opick, atau nama sebenarnya\u00a0Aunur Rofiq Lil Firdaus terus menongkah arus, mengharungi arus muzik Indonesia yang secara umumnya berskala lebih besar daripada industri muzik di Malaysia. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1258,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,5],"tags":[400,277],"class_list":["post-1257","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-antarabangsa","tag-dealova","tag-opick"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1257","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1257"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1257\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1258"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1257"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1257"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1257"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}