{"id":12792,"date":"2017-03-29T02:42:41","date_gmt":"2017-03-28T18:42:41","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/?p=12792"},"modified":"2017-03-29T12:40:23","modified_gmt":"2017-03-29T04:40:23","slug":"harris-j-akui-tertekan-ingin-berundur-dari-dunia-hiburan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/harris-j-akui-tertekan-ingin-berundur-dari-dunia-hiburan\/","title":{"rendered":"Harris J Akui Tertekan, Ingin Berundur Dari Dunia Hiburan"},"content":{"rendered":"<p>Menjadi seorang Harris J tidak semudah yang ramai sangkakan. Populariti yang dikecapi pada usianya yang masih muda setelah memenangi pertandingan Awakening Talent Contest anjuran syarikat rakaman Awakening Records, sedikit sebanyak meletakkan beban yang berat di bahu penyanyi remaja ini yang kini\u00a0dianggap sebagai ikon remaja muslim di kalangan para peminatnya.<\/p>\n<p>Impak populariti penyanyi yang menerima jolokan <em>&#8220;Muslim Justin Bieber&#8221;<\/em> ini makin\u00a0dirasai selepas album pertamanya berjudul &#8220;Salam&#8221; menerima sambutan hangat daripada kalangan peminat remaja. Walau bagaimanapun publisiti yang diperolehi tidak hanya mengundang populariti, sebaliknya turut menimbulkan banyak reaksi negatif daripada pengikutnya di laman media sosial terhadap segala tindak-tanduk\u00a0artis kesayangan mereka itu.<\/p>\n<p>Reaksi negatif\u00a0ini tidak hanya terhenti di media sosial malah ia turut mengganggu kehidupan seharian Harris di dunia nyata.<\/p>\n<p>Terbaru Harris mendedahkan beliau telah diserang oleh peminat di kediamannya ketika beliau baru sahaja\u00a0pulang. Peminat yang merupakan seorang perempuan\u00a0tidak dikenali itu dikatakan telah menyerang Harris dengan pelbagai dakwaan tanpa memberi ruang kepada\u00a0Harris untuk berikan penjelasan.<\/p>\n<p>&#8220;Dia langsung tak bagi\u00a0saya peluang bercakap dan membela diri. Saya tak\u00a0pernah menyangka apa yang saya lakukan selama ini\u00a0mampu menyakiti\u00a0seseorang sampai ke tahap begitu sekali,&#8221; luah Harris yang jelas kecewa dengan tindakan peminat tersebut.<\/p>\n<p>Terkesan dengan kejadian\u00a0itu, beliau yang tidak lagi mampu menangggung tekanan ini akhirnya bertindak mengumumkan pengundurannya dari dunia hiburan menerusi siaran langsung di Instagram pada minggu lalu. Keputusan ini jelas mengecewakan para peminat yang setia menyokong Harris selama ini.<\/p>\n<p>Menerusi laman Twitter, Harris mengesahkan beliau akan tetap meneruskan siri jelajah UK bersama <a href=\"http:\/\/www.pennyappeal.org\/appeal\/harris-j-tour\">Penny Appeal<\/a>, sebuah\u00a0organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di lebih 30 buah negara seluruh dunia. Penampilannya kali ini mungkin yang terakhir sebelum beliau mengundur diri secara rasmi.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sedar\u00a0ada kontrak yang perlu dipenuhi. Saya tak peduli semua tu.<\/p>\n<p>Sehingga kini pihak Awakening Records masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.<\/p>\n<p>&#8220;Cukuplah sampai\u00a0di sini buat masa sekarang. Saya tak mahu teruskannya lagi.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"Harris J - My Hero | Official Music Video\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/_TZLQJe9pFM?list=PLoagsPg26SY6uja0btUz0FWNS3SYohjgJ\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Mungkinkah ini hanya satu\u00a0<em>publicity stunt<\/em>? Sama-sama kita tunggu dan lihat.<\/p>\n<p>&#8211; Munsyeed<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menjadi seorang Harris J tidak semudah yang ramai sangkakan. Populariti yang dikecapi pada usianya yang masih muda setelah memenangi pertandingan Awakening Talent Contest anjuran syarikat rakaman Awakening Records, sedikit sebanyak meletakkan beban yang berat di bahu penyanyi remaja ini yang kini\u00a0dianggap sebagai ikon remaja muslim di kalangan para peminatnya. Impak populariti penyanyi yang menerima jolokan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,5,1],"tags":[249,2174],"class_list":["post-12792","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita","category-antarabangsa","category-terkini","tag-awakening-records","tag-harris-j"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12792","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12792"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12792\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12792"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12792"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12792"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}