{"id":13000,"date":"2017-04-26T18:56:47","date_gmt":"2017-04-26T10:56:47","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/?p=13000"},"modified":"2017-04-26T19:00:52","modified_gmt":"2017-04-26T11:00:52","slug":"kemenangan-untukmu-klaut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/kemenangan-untukmu-klaut\/","title":{"rendered":"Isu Palestin Dipinggirkan Jadi Cetusan Single Terbaru KLAUT"},"content":{"rendered":"<p>Terkesan menyaksikan Palestin semakin dipinggirkan bersama isu kemanusiaan yang tidak pernah selesai, telah mendorong kepada penciptaan lagu &#8220;Kemenangan Untukmu&#8221; oleh KLAUT.<\/p>\n<p>Bernaung di bawah label AJ Music Malaysia, KLAUT merupakan artis yang berkonsepkan duo akustik dengan membawakan lagu-lagu berunsur kemanusiaan dan ketuhanan. Dianggotai oleh Fikri Rafezin, 22, selaku vokalis dan ZaL Azman selaku gitaris, masing-masing yang berasal daripada Terengganu dan Pahang ini bergabung demi menyampaikan mesej di dalam lagu mereka.<\/p>\n<p>Single pertama berjudul \u201cKemenangan Untukmu\u201d ini ciptaan ZaL Azman dan liriknya dibuat bersama penulis lirik, Zara Alhaj. Menurut ZaL Azman, sebagai rakyat biasa, beliau tiada kuasa penuh untuk membantu umat Islam yang ditindas di serata dunia terutama di Palestin kecuali dengan \u201cbersuara\u201d melalui lagu. Tambahnya lagi, beliau ingin masyarakat kembali sedar tentang hakikat yang sedang berlaku di bumi Palestin hari ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu umat manusia sedar yang peta Palestin makin lenyap dari peta dunia, begitu juga dengan rakyatnya. Sebagai umat Islam kita tidak boleh membiarkan hal itu terjadi kerana Palestin adalah tempat suci umat Islam. Lebih-lebih lagi di situ tempat berlaku peristiwa penting umat Islam iaitu peristiwa Isra\u2019 Mikraj.<\/p>\n<p>Lagu Kemenangan Untukmu bukanlah lagu pertama ciptaan ZaL Azman dan Zara Alhaj. Pasangan komposer dan penulis lirik ini telah berpengalaman selama 6 tahun dalam bidang penciptaan lagu. Mereka hanya mula serius memasarkan lagu-lagu mereka ke pasaran mainstream sejak 3 tahun lalu. Antara lagu-lagu ciptaan mereka adalah Setia Menanti, Bukan Siapa Siapa, Inspirasi, <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=K-wDahXXJj0\">Muhammad Ya Habiballah<\/a> dan banyak lagi.<\/p>\n<p>Menyanyikan lagu yang membawakan mesej universal bukan satu perkara baru bagi duo akustik ini. Sebelum merakamkan lagu single Kemenangan Untukmu, KLAUT sering membawakan lagu-lagu berunsur ketuhanan, kemanusiaan dan juga lagu-lagu balada cinta semasa setiap kali dijemput membuat\u00a0persembahan di majlis-majlis peribadi. Jelas\u00a0Fikri Rafezin, lagu Kemenangan Untukmu ini bukan sekadar sebuah lagu ketuhanan, malah ianya juga merupakan sebuah lagu cinta.<\/p>\n<p>\u201cKemenangan Untukmu juga merupakan lagu cinta, tapi cinta dari sudut yang berbeza. Lebih kepada cinta sesama umat manusia.<\/p>\n<p>KLAUT berharap agar mesej yang disampaikan akan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat kerana lagu ini menurut mereka ditujukan secara amnya kepada seluruh umat islam yang ditindas di seluruh dunia seperti di Syria, Rohingya dan lain-lain. Lagu ini juga menurut mereka merupakan doa dan janji Allah bahawa Islam akan mencapai kemenangan di bumiNya.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"KLAUT-Kemenangan Untukmu Official Lirik Video #Palestine #Gaza\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/qmqtK63VJIA?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Video lirik single\u00a0Kemenangan Untukmu sudah boleh ditonton di laman Youtube AJ Music. Selain itu, lagu ini juga sedia\u00a0diperdengarkan menerusi <a href=\"https:\/\/open.spotify.com\/track\/7mgtCyiIpAXKIav1irL8gg\">Spotify<\/a>\u00a0dan muat turun di <a href=\"https:\/\/itunes.apple.com\/my\/album\/kemenangan-untukmu-single\/id1225877281\">iTunes<\/a>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terkesan menyaksikan Palestin semakin dipinggirkan bersama isu kemanusiaan yang tidak pernah selesai, telah mendorong kepada penciptaan lagu &#8220;Kemenangan Untukmu&#8221; oleh KLAUT. Bernaung di bawah label AJ Music Malaysia, KLAUT merupakan artis yang berkonsepkan duo akustik dengan membawakan lagu-lagu berunsur kemanusiaan dan ketuhanan. Dianggotai oleh Fikri Rafezin, 22, selaku vokalis dan ZaL Azman selaku gitaris, masing-masing [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[2325,2324,2323],"class_list":["post-13000","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-aj-music","tag-kemenangan-untukmu","tag-klaut"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13000","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13000"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13000\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}