{"id":13708,"date":"2018-04-10T07:30:08","date_gmt":"2018-04-09T23:30:08","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/?p=13708"},"modified":"2018-04-10T10:05:47","modified_gmt":"2018-04-10T02:05:47","slug":"inteam-hubungi-faizal-tahir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/inteam-hubungi-faizal-tahir\/","title":{"rendered":"GGV2: Ditugaskan lagu Gemuruh, Inteam cuba hubungi Faizal Tahir"},"content":{"rendered":"<p>Cabaran dua minggu di pentas Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah pun berlalu. Pastinya semua peserta GGV2 telah mula menyesuaikan diri di atas pentas di samping mula memahami corak dan rentak pertandingan realiti terbitan Astro ini. Kumpulan nasyid Inteam turut tidak terkecuali merasakan debaran sepanjang dua minggu berada di dalam program Islamik nombor satu Malaysia ini.<\/p>\n<p>Untuk persembahan minggu yang kedua, Inteam telah mempersembahkan lagu tugasan \u2018Kau Satu-Satunya\u2019 nyanyian asal Ukays dengan menerapkan unsur latar masyarakat nelayan. Namun begitu, komen juri Oki Setiana Dewi mengatakan beliau kurang faham dengan konsep dan merasakan seperti ada sesuatu yang kurang.<\/p>\n<p><em>\u201cSecara peribadi rasa ada yang kurang, lirik begitu mendalam,\u201d \u2013 Oki Setiana Dewi.<\/em><\/p>\n<p>Bagi mendapatkan penjelasan berkenaan hal ini, Munsyeed Corner sempat menemubual anggota-anggota Inteam untuk menghuraikan pendekatan persembahan mereka pada Sabtu lepas.<\/p>\n<p>https:\/\/youtu.be\/lO7eUbUcjY8?t=2h6m25s<\/p>\n<p>\u201cKami sudah merancang untuk menyesuaikan konsep persembahan dengan tema \u2018Juk Juk Sejuk Mendengarnya\u2019 dengan menyajikan suasana damai di perkampungan nelayan. Di samping ada tiupan seruling sambil menyelitkan mesej tauhid,\u201d \u00a0jelas Muhammad Hazamin Harun (Hazamin), salah seorang anggota kumpulan Inteam. Namun Hazamin berpandapat penjurian GGV kali ini sangat berfokus kepada vokal berbanding musim lepas.<\/p>\n<p>\u201cPenekanan sebenar tetap pada vokal dan tak dapat disangkal vokal Adeep memang sangat menyerlah dan padu. Jadi untuk minggu-minggu akan datang, kami akan lebihkan usaha pada vokal dan susunan suara,\u201d tambah Hazamin. Adeep Nahar sekali lagi merangkul Anugerah Gema Kaseh pada GGV minggu kedua melalui persembahan lagu \u2018Hijau\u2019 nyanyian asal Dato\u2019 Zainal Abidin.<\/p>\n<p>Untuk tugasan minggu ketiga, Inteam telah dicabar untuk membawa lagu \u2018Gemuruh\u2019 nyanyian asal oleh Faizal Tahir. Lagu yang sangat popular dengan melodi dan lirik semangat ini juga sering mendapat tempat di acara-acara sukan dan program-program motivasi. Dengar cerita, Inteam sendiri sedang mencuba untuk menghubungi pemilik lagu Gemuruh iaitu Faizal Tahir.<\/p>\n<p>\u201c(Tujuan ingin menghubungi Faizal Tahir ialah) untuk mengetahui makna sebenar lagu ini mengikut perspektif penyanyi asalnya dan juga meminta doa, pesanan, serta nasihat dari beliau,\u201d ujar Hazamin.<\/p>\n<p>Pastinya lagu Gemuruh memberi cabaran hebat buat Inteam kerana lagu yang ber\u2019genre\u2019 rock ini akan diberikan nafas baharu dengan cara Inteam yang tersendiri.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"FAIZAL TAHIR - Gemuruh (Official Audio Music)\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/rsK9lj69SRQ?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Mengulas tentang tugasan yang diberi, Hisyam Ahmad (Hisyam Inteam) yang kini sedang bertugas sebagai Ketua Unit Pendidikan Sekolah di Jabatan Pendidikan Felda berpendapat lagu yang diberikan kepada mereka memiliki mesej yang amat mudah dihayati oleh segenap lapisan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cGemuruh ini lagu yang sangat berinspirasi. Rata-rata siapa yang mendengar lagu ini akan dapat merasa mesej yang ingin disampaikan.<\/p>\n<p>\u201cInsya Allah kali ini persembahan akan lebih fokus pada vokal dan susunan muzik. Mudah-mudahan dapat memberi kesan kepada penonton,\u201d tambah Hisyam.<\/p>\n<p>Inteam masih lagi bertahan bersama dengan 9 peserta yang lain untuk bersaing bagi minggu ketiga dengan tugasan lagu yang baharu. Semestinya sebagai penasyid yang bergerak dalam sebuah pasukan, banyak idea dan strategi yang perlu diraikan oleh Inteam untuk memastikan persembahan di minggu-minggu mendatang sentiasa meningkat kualitinya.<\/p>\n<p>\u201cKami aplikasikan amalan <em>musyawwarah<\/em> (perbincangan) dalam setiap perkara. Selain itu, kami juga rujuk pada yang ahli dari segi vokal, muzik dan persembahan,\u201d kata seorang lagi ahli Inteam, Mohd Syahril Abdul Khalid (Syah). Menurut Syah, apa yang utama ialah isi dan penghayatan dalam lagu itu dapat disampaikan dengan baik kepada penonton.<\/p>\n<p>Gema Gegar Vaganza 2 bersiaran secara langsung di saluran Astro Oasis 106 dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu jam 9 malam. Rancangan ini juga turut disiarkan secara langsung di <a href=\"http:\/\/gemagegarvaganza.com.my\">laman rasmi GGV<\/a> dan juga laman rasmi <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCfztuMBrL9F-KqLZk_SY9TA\">YouTube Astro Gempak<\/a>.<\/p>\n<p>&#8211; Munsyeed<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cabaran dua minggu di pentas Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah pun berlalu. Pastinya semua peserta GGV2 telah mula menyesuaikan diri di atas pentas di samping mula memahami corak dan rentak pertandingan realiti terbitan Astro ini. Kumpulan nasyid Inteam turut tidak terkecuali merasakan debaran sepanjang dua minggu berada di dalam program Islamik nombor satu Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":227,"featured_media":13713,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[2071,2308,71],"class_list":["post-13708","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-faizal-tahir","tag-gema-gegar-vaganza","tag-inteam"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13708","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/227"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13708"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13708\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13713"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}