{"id":14774,"date":"2021-03-29T08:00:00","date_gmt":"2021-03-29T00:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=14774"},"modified":"2021-03-29T08:00:00","modified_gmt":"2021-03-29T00:00:00","slug":"eksklusif-devotees-sudah-tidak-sehaluan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/eksklusif-devotees-sudah-tidak-sehaluan\/","title":{"rendered":"Eksklusif: Devotees Sudah Tidak Sehaluan? Ini Jawapan Halim&#8230;"},"content":{"rendered":"\n<p>Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba wujud cakap-cakap yang mengatakan ahli kumpulan nasyid popular, Devotees kini sudah tidak sehaluan. <\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, cakap-cakap mengenai pepecahan bekas Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ini muncul apabila ahli-ahli kumpulan Devotees dikatakan sudah tidak lagi aktif menyanyi dan kini sibuk dengan kerjaya masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut sumber tersebut, hantaran status terakhir di akaun Facebook rasmi Devotees juga bertarikh 11 Oktober 2020 dan sejak dari itu, Devotees memilih untuk menyepikan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Enggan mempercayai khabar angin ini secara melulu, maka kami terus menghubungi Abd Halim Ahmad, salah seorang ahli kumpulan Devotees untuk mendapatkan jawapan. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kini Hanya Bertiga <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Halim, khabar angin yang mengatakan Devotees tidak sehaluan itu adalah tidak benar sama sekali. Kumpulan Devotees masih wujud. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Devotees masih wujud. Cuma, kalau sebelum ini kami berempat, kini kami hanya bertiga. Saudara Muhammad telah mengambil keputusan untuk undurkan diri dari Devotees selepas (program realiti) Gema Gegar Vaganza (GGV) 2018.&#8221; ulas Halim. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Last<\/em> program dengan dia masa kita buat <em>gathering<\/em> hari raya. Kemudian dia telah berhenti atas sebab mahu tumpukan perhatian kepada keluarga.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"950\" height=\"712\" src=\"https:\/\/new.munsyeed.com\/nu\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/121151390_10218668304325110_4834216917808872312_o-950x712.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14775\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/121151390_10218668304325110_4834216917808872312_o-950x712.jpg 950w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/121151390_10218668304325110_4834216917808872312_o-590x442.jpg 590w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/121151390_10218668304325110_4834216917808872312_o-768x576.jpg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/121151390_10218668304325110_4834216917808872312_o.jpg 1278w\" sizes=\"auto, (max-width: 950px) 100vw, 950px\" \/><figcaption>Devotees di program gathering pada tahun lepas. Kredit: Facebook Haim Ahmad. <\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Devotees Tidak Bergaduh<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Halim lagi, kesemua ahli Devotees masih baik dan tidak bergaduh. Dakwaan kononnya Devotees tidak sehaluan itu tidak benar. Cuma, mungkin masing-masing terikat dengan komitmen masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami tidak bergaduh. <em>So far<\/em>, kita baik (dengan) semua. Jadi kami kini tinggal bertiga. Adi masih di TV Alhijrah. Shauqi pula bekerja di Kementerian Pengajian Tinggi dan beliau semakin sibuk.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi Devotees (masih) ada. Cuma (mungkin) tidak digerakkan (buat masa ini).&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila kita ada <em>material<\/em>, kita akan usulkan dalam kumpulan (untuk direalisasikan). Tetapi bergantung kepada masa dan komitmen masing-masing.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kadang-kadang ada yang boleh (direalisasikan), ada yang tak boleh. <em>So<\/em>, walaupun tinggal bertiga, agak sukar untuk susun jadual. Itu menyebabkan Devotees ada, tetapi macam tak ada.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Devotees - Erti Bahagia (Video Lirik Rasmi)\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/SM1UEMnM0jU?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><figcaption>Sedap lagu terakhir Devotees ini. Erti Bahagia &#8211; Devotees. <\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Mahar Cinta 2021? <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ditanya mengenai projek terbaru Devotees, Halim menjelaskan bahawa Devotees sebenarnya telah merakamkan semula sebuah lagu Devotees dari album pertama berjudul Mahar Cinta. Lagu tersebut telah diberi nafas baharu dan susunan muzik baharu yang lebih segar. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Actually<\/em> kita ada buat <em>remake<\/em> lagu Mahar Cinta pada tahun 2018. Selepas lagu <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=JvwhSEVqIXY\" class=\"rank-math-link\">Kekasih<\/a> (Halim Version) meletup pada tahun 2018, kita ada bincang dengan Devotees untuk <em>remake<\/em> lagu Mahar Cinta yang memang <em>sound<\/em> dia lain. Dah siap <em>master<\/em> semua.&#8221; (Baca: <a href=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/2018\/10\/netizen-terkesan-dengan-lakonan-halim-ardell-aryana-dalam-video-muzik-kekasih\/\" class=\"rank-math-link\">Netizen Terkesan Dengan Lakonan Halim, Ardell Aryana Dalam Video Muzik Kekasih<\/a>) <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lepas tu kita ada buat video klip <em>simple<\/em>. Tetapi saya rasa tak mencapai piawaian dan agak <em>rushing<\/em> sebab kita sendiri <em>shoot<\/em>, kita sendiri yang berlakon. Ada jalan ceritanya, ada sinematografinya. Tetapi dalam keadaan <em>rushing<\/em> dan saya tak puas hati sangat jadi saya tak <em>release<\/em> lagi.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bendanya sudah siap. Cuma belum <em>release<\/em>.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>So far<\/em>, itulah (terbaru mengenai Devotees). Untuk <em>single-single<\/em> lain, saya tak nampak lagi kita ada plan (ke arah itu). <\/p>\n\n\n\n<p>Agaknya bila lagu Mahar Cinta versi baharu ini akan terbit ya? Adakah tahun ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengapa, nanti kami &#8216;bisik-bisik&#8217; kepada Kerabat Devotees untuk <em>push<\/em> Devotees terbitkan lagu tersebut pada tahun ini. Yang penting, pastinya ramai menarik nafas lega apabila Devotees menafikan khabar angin tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Devotees bukanlah nama kecil dalam industri. Pernah menjadi finalis Top 5 dalam AIM 18 menerusi lagu Hadirnya Cinta, Tempat Ke-3 dalam Nasyid Minggu Ini (NMI) 2006 dan finalis Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) selama dua tahun berturut-turut. Walaupun menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi sewaktu menghasilkan album pertama dahulu, kumpulan Devotees antara bintang yang bersinar dalam industri muzik Malaysia apabila lagu-lagunya mendapat tempat di stesen radio tempatan pada ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami berharap, Devotees akan terus &#8216;Berjalan Tanpa Henti&#8217;, Mana tahu, Mahar Cinta 2021 boleh dicalonkan dalam Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2021. &#8211; Munsyeed <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba wujud cakap-cakap yang mengatakan ahli kumpulan nasyid popular, Devotees kini sudah tidak sehaluan. Difahamkan, cakap-cakap mengenai pepecahan bekas Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ini muncul apabila ahli-ahli kumpulan Devotees dikatakan sudah tidak lagi aktif menyanyi dan kini sibuk dengan kerjaya masing-masing. Menurut sumber tersebut, hantaran status terakhir di akaun Facebook [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":14777,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-14774","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terkini"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14774","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14774"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14774\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14777"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14774"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14774"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14774"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}