{"id":14856,"date":"2021-04-01T11:55:49","date_gmt":"2021-04-01T03:55:49","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=14856"},"modified":"2021-04-01T11:55:49","modified_gmt":"2021-04-01T03:55:49","slug":"25-tahun-dalam-industri-siti-nurhaliza-hadiahkan-album-legasi-buat-peminat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/25-tahun-dalam-industri-siti-nurhaliza-hadiahkan-album-legasi-buat-peminat\/","title":{"rendered":"25 Tahun Dalam Industri, Siti Nurhaliza Hadiahkan Album LEGASI Buat Peminat"},"content":{"rendered":"\n<p>Hari ini, 1 April 2021, genaplah 25 tahun Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato&#8217; Sri Siti Nurhaliza mewarnai industri muzik Malaysia. Melangkah sebagai anak seni pada 1 April 1996, Siti membuka mata rakyat Malaysia apabila berjaya merangkul Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-rich is-provider-instagram wp-block-embed-instagram\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\nhttps:\/\/www.instagram.com\/p\/CNFrGvYH1M2\/?utm_source=ig_web_copy_link\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Sejak dari itu, Siti mendaki puncak-puncak kegemilangan dengan beberapa anugerah berprestij didominasi oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini. Tidak hanya di Malaysia, Siti turut mendapat perhatian yang luarbiasa dari negara jiran; Singapura dan Indonesia. Kejayaan demi kejayaan yang diraih Siti selama 25 tahun ini melayakkan beliau untuk masih digelar Penyanyi Nombor Satu Negara!<\/p>\n\n\n\n<p><strong>LEGASI &#8211; Buah Tangan Siti Untuk Peminat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sempena ulangtahun ke-25 di dalam industri, Siti menghadiahkan kepada para peminat beliau buah tangan terbaru beliau; sebuah album istimewa bertemakan kanak-kanak yang diberi judul \u2013 LEGASI.<\/p>\n\n\n\n<p>LEGASI mengandungi 10 buah track kesemuanya yang terdiri dari 7 buah lagu dan 3 interlud. Album LEGASI ini sudah berada di pasaran bermula 1 April 2021 di semua platform penstriman muzik digital, edaran Universal Music Sdn Bhd. Manakala album fizikal atau CD pula dijual secara dalam talian di platform snp.onpay.my atau menerusi Affiliate SNP yang sah disini: <a href=\"https:\/\/snp.onpay.my\/order\/form\/Legasi\/husainihussein\" class=\"rank-math-link\">Album LEGASI &#8211; Dato&#8217; Sri Siti Nurhaliza<\/a>. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun sedang sarat mengandung, Siti tetap gigih merakamkan kesemua lagu yang dimuatkan dalam album LEGASI ini. Bagi Siti, ini merupakan buah tangan istimewa beliau buah para peminatnya terutama Sitizone, sebelum beliau berehat untuk melahirkan anak dan berpantang tidak lama lagi. Kasih sayang Siti terhadap peminatnya diterjemahkan dengan kemunculan album LEGASI ini yang nyata mendapat sambutan cukup baik dari para peminatnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-rich is-provider-instagram wp-block-embed-instagram\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\nhttps:\/\/www.instagram.com\/p\/CNFsrr7ntVP\/?utm_source=ig_web_copy_link\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Dua Video Muzik Disiapkan Ketika Sedang Sarat Mengandung<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Untuk album LEGASI ini, Siti Nurhaliza menggunakan khidmat penerbit muda, Pown Hasril bagi memberikan sentuhan baru dan segar untuk kesemua track di dalam album ini. Kami juga dimaklumkan bahawa Siti sempat menyiapkan 2 buah video muzik sebelum berehat sepenuhnya untuk penyediaan melahirkan dan berpantang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua video muzik tersebut adalah Medley Klasik Siti 1 yang akan mula disiarkan pada 1 April 2021, jam 9.00 malam di saluran Youtube Siti Nurhaliza. Difahamkan, video muzik ini mendapat kerjasama dari syarikat Beausiti dan Wonderlab. Manakala, video muzik kedua untuk lagu Anakanda mendapat tajaan syarikat Cuckoo dan akan dilancarkan pada bulan April juga. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Siti Dedikasikan Lagu Anakanda Buat Bayi Bakal Lahir<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Umum mengetahui bahawa lagu Comel Pipi Merah merupakan lagu yang didedikasikan khas buat Siti Aafiyah. Menerusi album LEGASI ini, Siti turut mengabadikan sebuah lagu khas untuk bayi yang bakal lahir nanti yang diberi judul Anakanda. Kedua-dua lagu Comel Pipi Merah dan Anakanda ini turut dimuatkan dalam album LEGASI ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditanya mengenai penghasilan album ini, Siti memaklumkan bahawa beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan album istimewa untuk kanak-kanak ini. Ia merupakan satu usaha Siti untuk melestarikan lagu kanak-kanak klasik supaya terus diingati, malar segar dan menjadi warisan generasi akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, lagu-lagu klasik ini merupakan lagu yang sering dinyanyikan Siti dan rakan-rakan sewaktu kecil dahulu di berek polis Kuala Lipis, Pahang. Sedikit sebanyak, album ini turut mengimbau kenangan sewaktu kecil Siti dan rakan-rakan. (Baca: <a href=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/2021\/03\/siti-nurhaliza-seronok-rakam-lagu-kanak-kanak-teringat-kenangan-sewaktu-kecil\/\" class=\"rank-math-link\">Siti Seronok Rakam Lagu Kanak-kanak, Teringat Kenangan Sewaktu Kecil<\/a>). <\/p>\n\n\n\n<p>Hasil tinjauan kami juga mendapati album LEGASI ini berada di tangga No.1 di iTunes dan beberapa platform penstriman muzik digital yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahniah diucapkan kepada Dato&#8217; Sri Siti Nurhaliza atas kemunculan album ini. Juga terima kasih untuk 25 tahun yang indah ini. Kami di Munsyeed mendoakan agar Siti selamat melahirkan anak dan terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus mengungguli industri untuk 25 tahun akan datang. &#8211; Munsyeed. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini, 1 April 2021, genaplah 25 tahun Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato&#8217; Sri Siti Nurhaliza mewarnai industri muzik Malaysia. Melangkah sebagai anak seni pada 1 April 1996, Siti membuka mata rakyat Malaysia apabila berjaya merangkul Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan. https:\/\/www.instagram.com\/p\/CNFrGvYH1M2\/?utm_source=ig_web_copy_link Sejak dari itu, Siti mendaki puncak-puncak kegemilangan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-14856","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-terkini"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14856","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14856"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14856\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14856"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14856"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14856"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}