{"id":14941,"date":"2021-04-12T22:40:29","date_gmt":"2021-04-12T14:40:29","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=14941"},"modified":"2021-04-12T22:40:29","modified_gmt":"2021-04-12T14:40:29","slug":"wahai-pemilik-jiwa-opick-kongsi-luahan-rasa-hati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wahai-pemilik-jiwa-opick-kongsi-luahan-rasa-hati\/","title":{"rendered":"Wahai Pemilik Jiwa &#8211; Opick Kongsi Luahan Rasa Hati"},"content":{"rendered":"\n<p>Pasti ramai yang merindui kemunculan lagu baru dari penyanyi nasyid Indonesia, Opick. Pelantun lagu Ramadhan Tiba ini acapkali memilih bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beliau berkongsi karya-karya indahnya bersama peminat. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada Ramadhan kali ini, Opick tampil dengan sebuah mini album berjudul Wahai Pemilik Jiwa. Mini album ini telah diterbitkan pada tanggal 8 April 2021. <\/p>\n\n\n\n<p>Album terbitan Nada Hijrah\/ Forte Records ini menampilkan 6 buah lagu iaitu Sang Cahaya Kehidupan (Sholawat), Wahai Pemilik Jiwa, Indahnya Ramadhan, TanpaMu, Allahu Ya Karim dan Jangan Tangisi. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Opick - Indahnya Ramadhan | Official Lyric Video\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/p2FVOVG89sw?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Opick, sepanjang pandemik COVID-19 yang melanda dunia, beliau sempat menghasilkan lebih 30 buah lagu baru. Setelah penelitian dibuat, akhirnya beliau memilih 6 buah lagu untuk dimuatkan dalam mini album ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Opick juga mengakui, lirik-lirik lagu yang dihasilkan beliau sebenarnya datang dari hati. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lirik lagu ini benar-benar rasa hati. Saya menuangkan semua apa yang saya rasakan. Saya mengajak pendengar lagu ini untuk merasakan hal yang sama,&#8221; ujar Opick. <\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Opick lagi, disaat dunia sedang dilanda pandemik COVID-19 ini, kita seharusnya bermuhasabah dan memohon pertolongan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita harus kembali pada Allah, memohon pertolongan, menyandarkan segala urusan kepada Sang Khalik di tengah masa sulit ini,&#8221; kata Opick. <\/p>\n\n\n\n<p>Mini album Wahai Pemilik Jiwa oleh Opick telahpun berada di semua platform penstriman muzik digital yang sah bermula 8 April 2021. Dengar dan rasai sendiri luahan hati Opick menerusi lagu-lagu yang dihasilkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada Opick, tahniah di atas kemunculan mini album ini. Semoga terus sukses dalam berdakwah dan menjadi inspirasi buat para pendengar. <\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/id.berita.yahoo.com\/wahai-pemilik-jiwa-sajian-opick-230501354.html\" class=\"rank-math-link\">Yahoo! Berita<\/a>. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pasti ramai yang merindui kemunculan lagu baru dari penyanyi nasyid Indonesia, Opick. Pelantun lagu Ramadhan Tiba ini acapkali memilih bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beliau berkongsi karya-karya indahnya bersama peminat. Pada Ramadhan kali ini, Opick tampil dengan sebuah mini album berjudul Wahai Pemilik Jiwa. Mini album ini telah diterbitkan pada tanggal 8 April 2021. Album [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11018,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-14941","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terkini"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14941","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14941"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14941\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11018"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}