{"id":15375,"date":"2024-01-12T04:14:21","date_gmt":"2024-01-12T04:14:21","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=15375"},"modified":"2024-01-12T06:13:43","modified_gmt":"2024-01-12T06:13:43","slug":"jakim-saran-pengusaha-makanan-dan-bufet-ramadan-miliki-sijil-pengesahan-halal-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/jakim-saran-pengusaha-makanan-dan-bufet-ramadan-miliki-sijil-pengesahan-halal-malaysia\/","title":{"rendered":"JAKIM Saran Pengusaha Makanan Dan Bufet Ramadan Miliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan kepada semua pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memohon dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, &#8220;Saranan ini dibuat lebih awal supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan. Seperti kelaziman, setiap kali bulan Ramadan, banyak pengusaha perniagaan makanan seperti hotel, restoran dan seumpamanya akan mempromosikan juadah berbuka puasa atau Bufet Ramadan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, pemilikan SPHM adalah penting dan menjadi kewajipan untuk pengusaha perniagaan makanan yang mempromosikan dan mengiklankan makanan halal untuk juadah Ramadan.  <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ingin dimaklumkan, bahawa mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).&#8221;, jelas beliau.  <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pengusaha-pengusaha yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya namun masih belum mempunyai SPHM, adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau Jabatan mahupun Majlis Agama Islam Negeri-negeri.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pihak JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha-pengusaha bagi mendapatkan SPHM. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau emel kepada pr_halal@islam.gov.my.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Pemilikan SPHM ini mampu menambah keyakinan kepada orang Islam untuk menikmati juadah Ramadan yang disediakan oleh pengusaha makanan. Ia juga memberi manfaat besar kepada restoran dan hotel-hotel yang menyediakan juadah bufet Ramadan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.islam.gov.my\/ms\/kenyataan-media\/4028-saranan-supaya-pihak-yang-akan-menyediakan-perkhidmatan-juadah-ramadan-memiliki-pensijilan-halal-malaysia\">JAKIM<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan kepada semua pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memohon dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Menurut Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, &#8220;Saranan ini dibuat lebih awal supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15377,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-15375","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terkini"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15375","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15375"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15375\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15382,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15375\/revisions\/15382"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15377"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15375"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15375"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15375"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}