{"id":15467,"date":"2024-01-19T23:12:00","date_gmt":"2024-01-19T23:12:00","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=15467"},"modified":"2024-01-26T11:19:50","modified_gmt":"2024-01-26T11:19:50","slug":"15467-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/15467-2\/","title":{"rendered":"Surat Tawaran Haji 2024 Sudah Mula Keluar"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2024&nbsp;<\/strong>\u2013&nbsp;Lembaga Tabung Haji (<strong><em>TH<\/em><\/strong>) akan mula mengeluarkan&nbsp;<strong>Surat Tawaran Haji&nbsp;<\/strong>kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445H\/2024M bermula pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bakal haji perlu cukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh&nbsp;<strong>11 hari bekerja&nbsp;<\/strong>melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan<strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>yang berdekatan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muassasah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini (1445H\/2024M) walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadat haji.<\/p>\n\n\n\n<p>Kos Haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H\/2024M meningkat 8% kepada&nbsp;<strong>RM33,300&nbsp;<\/strong>berbanding&nbsp;<strong>RM30,850&nbsp;<\/strong>pada tahun 1444H\/2023M.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, kadar Bayaran Haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada&nbsp;<strong>RM12,356&nbsp;<\/strong>seorang. Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana Kerajaan akan menanggung sebanyak&nbsp;<strong>RM1,000&nbsp;<\/strong>seorang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan Kerajaan berjumlah&nbsp;<strong>RM20,944&nbsp;<\/strong>seorang atau bersamaan dengan&nbsp;<strong>63%&nbsp;<\/strong>daripada kos haji.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah\u00a0<strong>RM19,152\u00a0<\/strong>seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah\u00a0<strong>RM14,148\u00a0<\/strong>seorang atau\u00a0<strong>42%\u00a0<\/strong>dari kos keseluruhan kos haji. Kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak\u00a0<strong>RM33,300\u00a0<\/strong>seorang.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbelanjaan atau kos menunaikan haji meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji. Ini adalah termasuk penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di Tanah Air dan di Tanah Suci termasuk operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan kebajikan serta kesihatan jemaah haji, dan lain-lain kos operasi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>\u201cTH&nbsp;<\/em><\/strong>turut terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai&nbsp;tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci,\u201d kata&nbsp;Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif&nbsp;<strong><em>TH<\/em><\/strong>, Syed Hamadah Syed Othman.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi&nbsp;<strong>Bakal Haji yang membuat rayuan luar giliran&nbsp;<\/strong>untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka perlu&nbsp;<strong>membayar penuh kos haji&nbsp;<\/strong>melainkan rayuan sebagai&nbsp;<strong>mahram&nbsp;<\/strong>kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada&nbsp;<strong>jemaah lanjut usia&nbsp;<\/strong>atau&nbsp;<strong>pembantu kepada jemaah kurang upaya&nbsp;<\/strong>yang telah terpilih menunaikan haji.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada tahun 2023, seramai&nbsp;<strong>500&nbsp;<\/strong>orang jemaah telah menolak bantuan sama ada secara penuh atau sebahagiannya, mencerminkan penghayatan kefahaman&nbsp;konsep istito\u2019ah.&nbsp;<strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>berharap lebih ramai bakal jemaah kali ini akan menghayatikonsep istito\u2019ah dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mendapat haji yang mabrur,\u201d kata&nbsp;Syed Hamadah.<\/p>\n\n\n\n<p>Istito\u2019ah merupakan syarat wajib haji meliputi aspek kemampuan kewangan,\u00a0kesihatan, keselamatan dan terpilih dalam kuota haji. Ini diperjelaskan melalui resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang menetapkan bakal jemaah haji bertanggungjawab atas perbelanjaan sebenar untuk menunaikan haji.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam usaha mengawal peningkatan kos haji,&nbsp;<strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>juga telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun berlaku kenaikan kos haji, namun&nbsp;<strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan&nbsp;jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan,\u201dujarnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Struktur bayaran haji ini, di mana jemaah haji golongan B40 dan M40 menikmati Bantuan Kewangan Haji sehingga 42% dan 60% daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan&nbsp;<strong><em>TH<\/em><\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak 2001,&nbsp;<strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>telah membelanjakan sejumlah&nbsp;<strong>RM2.4 bilion&nbsp;<\/strong>bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka akan membiayai kos sebanyak&nbsp;<strong>RM350.1 juta&nbsp;<\/strong>bagi musim haji 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan kuota yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, seramai 31,600 orang akan menerima surat tawaran haji berbanding dengan hampir&nbsp;<strong>empat (4) juta pendeposit&nbsp;<\/strong><strong><em>TH&nbsp;<\/em><\/strong>yang telah mendaftar dan masih menunggu untuk giliran haji.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pemilihan bakal haji,\u00a0<strong><em>TH\u00a0<\/em><\/strong>akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun\u00a0<strong>1444H\/2023\u00a0<\/strong>dan mereka yang giliran pada\u00a0<strong>1445H\/2024<\/strong>. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.\u00a0<strong>Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari 2024.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.tabunghaji.gov.my\/ms\/kenyataan-akhbar\/jum-01192024-1200\/tawaran-haji-mula-keluar-bantuan-naik-kepada-rm350juta\">Tabung Haji<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2024&nbsp;\u2013&nbsp;Lembaga Tabung Haji (TH) akan mula mengeluarkan&nbsp;Surat Tawaran Haji&nbsp;kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445H\/2024M bermula pada hari ini. Bakal haji perlu cukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh&nbsp;11 hari bekerja&nbsp;melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawanganTH&nbsp;yang berdekatan. TH&nbsp;juga akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15468,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,2261],"tags":[2415],"class_list":["post-15467","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-siaran-media","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15467"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15474,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15467\/revisions\/15474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}