{"id":15777,"date":"2024-03-26T00:22:59","date_gmt":"2024-03-25T16:22:59","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=15777"},"modified":"2024-03-26T00:23:00","modified_gmt":"2024-03-25T16:23:00","slug":"reggae-selawat-saya-memang-nak-ajak-orang-berselawat-tanpa-sengaja-isman-hijjaz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/reggae-selawat-saya-memang-nak-ajak-orang-berselawat-tanpa-sengaja-isman-hijjaz\/","title":{"rendered":"Reggae Selawat &#8211; &#8220;Saya memang nak ajak orang berselawat tanpa sengaja&#8230;&#8221; &#8211; Isman Hijjaz"},"content":{"rendered":"\n<p>Nama Isman Isam mungkin kurang dikenali tetapi apabila disebut Isman Hijjaz pasti ramai yang mengenali sifu nasyid ini. Lagu-lagu ciptaan beliau antara lagu-lagu yang hits di radio. <\/p>\n\n\n\n<p>Menggunakan 2 nama pena; Manis Helma dan Manis Alia, sentuhan Isman seakan magis buat artis baharu. Inteam dengan Kasih Kekasih, UNIC dengan Hanya Tuhan Yang Tahu, Devotees dengan Tika Dinihari dan Mahar Cinta serta banyak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terhenti disitu, Isman juga turut terlibat dalam pembikinan lagu-lagu untuk artis arus perdana seperti Ainan Tasneem (Hanya PadaMu), Syafiq Farhain (Demi Setia), Sarah Suhairi dan ramai lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengenal erti lelah, Isman berkata idea untuk menghasilkan lagu sentiasa mencurah-curah. &#8220;Setelah hampir 30 tahun dalam dunia penciptaan lagu, idea untuk menghasilkan lagu tidak pernah berkurang. Malah semakin hari, semakin banyak idea menggubah lagu, mencari kelainan dan memberikan sesuatu yang baharu dalam genre nasyid,&#8221; kata Isman. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Reggae Selawat &#8211; Projek Solo Terbaru Isman<\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Isman Isam - Reggae Selawat (Official Lyric Video)\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/72QXLOwn9gk?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Ditanya mengenai perkembangan terkini beliau, Isman berkongsi yang beliau kini tampil dengan lagu solo terbaru berjudul Reggae Selawat. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Gubahan muzik memang reggae sepenuhnya tapi pengisian lirik lagu saya isikan dengan selawat.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Nak Ajak Orang Berselawat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang saya buat ni, saya memang nak ajak orang berselawat tanpa sengaja. Bila mereka dengar lagu ni kalau boleh biar melodinya melekat dikepala. Dari situ, paling tidak mereka akan berselawat didalam hati. Itulah imaginasi saya bila cipta Reggae Selawat. Orang lain tak buat, saya buat,\u201d tegas Isman Isam.<\/p>\n\n\n\n<p>Reggae Selawat merupakan lagu solo ke-3 Isman. Sebelum ini beliau pernah menghasilkan lagu Ijabah dan diikuti Keroncong Zikir Doa untuk projek solo beliau. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Berani Membuat Kelainan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kemunculan lagu Reggae Selawat ini membuktikan Isman seorang yang berani untuk mencipta atau membuat transformasi dalam genre nasyid ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dilihat satu ketika dahulu, nasyid pernah terikat kepada ketuhanan semata. Tetapi, selaku komposer, Isman berani menongkah arus, memberikan suntikan cinta bersyariat dalam karyanya. Akhirnya menjadi fenomena dan ikutan kumpulan nasyid yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan Reggae Selawat, Isman bereksperimentasi mengetengahkan lagu nasyid dengan sentuhan reggae untuk memberikan warna dalam industri nasyid tanahair. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isman Keluar Hijjaz? <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya adakah ini petanda Isman sudah keluar daripada Hijjaz dan memilih haluan sebagai artis solo, Isman pantas menafikan dakwaan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidak. Untuk makluman peminat, saya masih lagi mengganggotai kumpulan nasyid popular Hijjaz. Setiap minggu masih memenuhi undangan persembahan pentas bersama Hijjaz. Projek solo ini lebih kepada minat dan penghargaan saya kepada peminat-peminat.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Isman juga berharap agar pendengar menggunakan lagu Raggae Selawat sebagai muzik atau lagu latar di Tik Tok dan semua media sosial yang ada. Gunakan untuk jalan kebaikan bukan sekadar untuk berhibur semata mata. Disini lagu cepat tersebar. \u201cNiat saya senang saja. Saya nak semua orang sentiasa berselawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW\u201d. Ujar Isman Isam.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagu Reggae Selawat telah pun berada disemua platform penstriman muzik digital seperti Youtube, Spotify, Apple Music dan pelbagai lagi. <br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nama Isman Isam mungkin kurang dikenali tetapi apabila disebut Isman Hijjaz pasti ramai yang mengenali sifu nasyid ini. Lagu-lagu ciptaan beliau antara lagu-lagu yang hits di radio. Menggunakan 2 nama pena; Manis Helma dan Manis Alia, sentuhan Isman seakan magis buat artis baharu. Inteam dengan Kasih Kekasih, UNIC dengan Hanya Tuhan Yang Tahu, Devotees dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15779,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[2415],"class_list":["post-15777","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15777","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15777"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15780,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15777\/revisions\/15780"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15779"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}