{"id":15917,"date":"2024-05-09T11:46:00","date_gmt":"2024-05-09T03:46:00","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=15917"},"modified":"2025-02-03T11:55:07","modified_gmt":"2025-02-03T03:55:07","slug":"shoot-mv-perih-jerih-di-london-masdo-bukan-kugiran-biasa-biasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/shoot-mv-perih-jerih-di-london-masdo-bukan-kugiran-biasa-biasa\/","title":{"rendered":"&#8220;Shoot MV Perih Jerih di London!&#8221; &#8211; Masdo Bukan Kugiran Biasa-Biasa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebut sahaja nama Masdo, pasti muzik era 60-an yang bakal terbit di benak fikiran, kugiran yang memperjuangkan muzik bernuansa \u2018retro vibe\u2019 ini dianggotai oleh 3 jejaka berbakat, Ali Sariah (vokalis), Putu Ceri (bass) dan Asmawi (gitaris) kembali dengan single terbaharu berjudul \u2018Perih Jerih\u2019 setelah lebih setahun tidak muncul dengan mana-mana single, hasil ciptaan sepenuhnya oleh mereka bertiga, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman terkemuka tanah air, Warner Music Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kali terakhir Masdo tampil dengan single terbaharu adalah sekitar bulan Julai tahun lalu, \u201cLagu \u2018Pujaanku\u2019 yang turut menampilkan penyanyi Aisyah Aziz tempoh lalu mendapat respon yang sangat luar biasa dan luar jangkaan dari kebanyakan penggemar muzik di luar sana, kemudian kami sibuk pula dengan pelbagai persembahan pentas bukan sahaja di Malaysia, malah menerima jemputan mengadakan persembahan di luar negara seperti Jepun dan juga United Kingdom\u201d, ujar Ali Sariah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSelain single terbaharu, kami kini dalam perancangan menyiapkan album penuh sempena menyambut ulang tahun penubuhan kami yang ke-10 pada tahun hadapan, sejak 2015. Dan berkemungkinan besar juga, kami akan mengadakan siri konsert jelajah di sekitar Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi memperkenalkan album baharu kami di konsert 10 tahun Masdo,\u201d kata Ali Sariah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Single \u2018Perih Jerih\u2019 &amp; Video Muzik di Kota London<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masdo sepakat memerah idea dalam proses pembikinan single Perih Jerih dan mereka mengambil pendekatan secara \u2018workshop\u2019 buat pertama kalinya sebagai sebuah kumpulan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLagu ini membawa maksud \u2018susah payah\u2019 yang secara umumnya berkisarkan tentang perasaan mereka yang kehilangan, pelbagai persoalan yang kadang kalanya tidak dapat dirungkai dengan alasan yang munasabah, dan pada masa yang sama cuba bangkit dan menjadikan perasaan itu satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan\u201d, kata Putu Ceri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Single Perih Jerih yang dihasilkan dalam nuansa pop alternatif ini mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan sepenuhnya dan menjalani rakaman di studio Bijan Fx Productions, \u201cKami menjadikan band The Strokes sebagai rujukan dan pengaruh dalam penghasilan lagu pada kali ini,\u201d tambah Putu Ceri lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menariknya, penggambaran video muzik (MV) Perih Jerih dilakukan di sekitar kota London dengan berlatarbelakangkan lokasi-lokasi menarik di sana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami memberi sepenuh kebebasan kepada pengarah berbakat, Aqil Muaz untuk mengarang konsep serta jalan cerita MV Perih Jerih, dan secara ringkasnya MV ini menceritakan tentang sebuah pasangan yang terpaksa mengorbankan perasaan dan juga hubungan mereka demi kebaikan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDan mengapa kota London menjadi pilihan, secara kebetulan ketika itu kami dijemput untuk membuat persembahan di sana, lantas kami mengambil peluang ini serta memanfaatkan ruang dan waktu yang ada dengan membuat penggambaran di sana,\u201d jelas Asmawi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Masdo Bukan Sekadar Kugiran 60-an<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak awal kemunculan mereka pada tahun 2015, Masdo memperjuangkan muzik retro kerana meminati karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga muzik Pop Yeh Yeh, \u201cSealiran dengan peredaran zaman, muzik yang kami hasilkan turut mengalami perubahan dengan tambahan perisa dan olahan agar dapat disesuaikan dengan selera pendengar masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami berharap agar lagu ini dapat diterima ramai dan menjadi peneman dalam perjalanan hidup mereka tidak kira waktu bersedih, bahagia, susah mahupun senang,\u201d akhiri Putu Ceri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lagu \u2018Perih Jerih\u2019 boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer dan juga YouTube Music.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Masdo.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebut sahaja nama Masdo, pasti muzik era 60-an yang bakal terbit di benak fikiran, kugiran yang memperjuangkan muzik bernuansa \u2018retro vibe\u2019 ini dianggotai oleh 3 jejaka berbakat, Ali Sariah (vokalis), Putu Ceri (bass) dan Asmawi (gitaris) kembali dengan single terbaharu berjudul \u2018Perih Jerih\u2019 setelah lebih setahun tidak muncul dengan mana-mana single, hasil ciptaan sepenuhnya oleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15918,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,2261],"tags":[2415],"class_list":["post-15917","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-siaran-media","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15917","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15917"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15917\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15919,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15917\/revisions\/15919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15917"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15917"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15917"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}