{"id":16057,"date":"2025-02-11T09:22:50","date_gmt":"2025-02-11T01:22:50","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=16057"},"modified":"2025-02-11T09:22:51","modified_gmt":"2025-02-11T01:22:51","slug":"mujur-ada-dia-yusuf-kassim-kongsi-pengalaman-berlakon-dalam-video-muzik-permata-yang-dicari-2-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/mujur-ada-dia-yusuf-kassim-kongsi-pengalaman-berlakon-dalam-video-muzik-permata-yang-dicari-2-0\/","title":{"rendered":"&#8220;Mujur ada dia&#8230;.&#8221; &#8211; Yusuf Kassim Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam Video Muzik Permata Yang Dicari 2.0"},"content":{"rendered":"\n<p>Pendatang baru yang kian mencuri perhatian, Yusuf Kassim, tampil dengan single pertama berjudul Permata Yang Dicari 2.0. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Dehearty sekitar 20 tahun yang lalu iaitu pada 2005 sewaktu Hisyam Inteam &#8216;Keluar Sekejap&#8217; dan menjadi vokalis kumpulan Dehearty. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"YUSUF KASSIM \u2022 Permata Yang Dicari 2.0 (Official Music Video)\" width=\"740\" height=\"416\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/xqybaX3wAQw?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cAlhamdulillah, saya tak sangka diberi peluang untuk merakamkan kembali lagu Permata Yang Dicari versi terbaru ini. Saya membesar dengan lagu ini sewaktu belajar di sekolah,\u201d kata Yusuf teruja. <\/p>\n\n\n\n<p>Proses rakaman lagu ini hanya mengambil masa tiga jam, dan Yusuf mengakui dia senang membawa lagu tersebut kerana sudah cukup akrab dengan melodi dan liriknya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Yusuf Graduan UKM, Johan Qari Peringkat Negeri Johor<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Yusuf bukan calang-calang orangnya. Beliau merupakan bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah. Malah, Yusuf juga adalah Johan Qari Tilawah peringkat negeri Johor 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Menceritakan perjalanan bergelar artis, Yusuf berkongsi bahawa tawaran daripada Inteam Records sebenarnya sudah datang sejak 2023. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum ini, pihak Inteam Records telah lama melamar saya, tetapi disebabkan terikat kontrak dengan syarikat rakaman lain, saya terpaksa menolak. Apabila kontrak tamat pada pertengahan September 2024, mereka terus menawarkan saya untuk bersama mereka semula. Alhamdulillah, pada Oktober 2024, saya akhirnya tandatangan kontrak dengan Inteam Records,\u201d jelas Yusuf.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagu Permata Yang Dicari 2.0 digubah semula oleh komposer Lagu Nasyid Terbaik AIM ke-17; Frizdan dengan susunan muzik segar daripada Amy Bong. <\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, lirik di hujung lagu juga diubah. Jika versi asal mengisahkan pencarian pasangan, versi kali ini membawa mesej bahawa pasangan telah ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isteri Sebagai Penampilan Istimewa <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Lebih istimewa, muzik video Permata Yang Dicari 2.0 menampilkan Hisyam Inteam sebagai tok kadi, sementara isteri Yusuf Kassim, Noranisa, turut muncul sebagai pasangan dalam video tersebut<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlhamdulillah, ini pengalaman pertama kami berlakon. Mujur ada isteri saya bersama, jadi saya tidak rasa kekok,\u201d kata Yusuf.<\/p>\n\n\n\n<p>Muzik video ini telah meraih lebih 38,000 tontonan di YouTube Inteam Digital dalam tempoh dua minggu dan jumlah tontonan semakin bertambah dari hari ke sehari, satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi Yusuf.<\/p>\n\n\n\n<p>Yusuf berharap lagu Permata Yang Dicari 2.0 mampu menyentuh hati para pendengar, mengingatkan mereka tentang pentingnya mencari jodoh yang diredhai Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga peringatan bahawa jodoh itu adalah anugerah yang perlu dihargai dan dicari dengan penuh kesabaran serta ketulusan hati,\u201d katanya penuh makna.<\/p>\n\n\n\n<p>Permata Yang Dicari 2.0 kini boleh ditonton di YouTube Inteam Digital dan boleh didengar di semua platform penstriman muzik digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendatang baru yang kian mencuri perhatian, Yusuf Kassim, tampil dengan single pertama berjudul Permata Yang Dicari 2.0. Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Dehearty sekitar 20 tahun yang lalu iaitu pada 2005 sewaktu Hisyam Inteam &#8216;Keluar Sekejap&#8217; dan menjadi vokalis kumpulan Dehearty. \u201cAlhamdulillah, saya tak sangka diberi peluang untuk merakamkan kembali lagu Permata Yang Dicari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6,1],"tags":[2415],"class_list":["post-16057","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan","category-terkini","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16057","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16057"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16057\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16067,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16057\/revisions\/16067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16057"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16057"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16057"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}