{"id":16366,"date":"2025-03-15T16:31:07","date_gmt":"2025-03-15T08:31:07","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=16366"},"modified":"2025-03-15T16:31:08","modified_gmt":"2025-03-15T08:31:08","slug":"dhuha-album-instrumental-religi-terbaik-dari-mohram","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/dhuha-album-instrumental-religi-terbaik-dari-mohram\/","title":{"rendered":"Dhuha &#8211; Album Instrumental Religi Terbaik Dari Mohram"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Duo instrumentalis bertaraf antarabangsa, Mohar dan Ramli yang lebih dikenali sebagai Mohram, kembali menggegarkan industri muzik dengan album instrumental religi terbaru mereka berjudul Dhuha. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-4-3 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Zehra\" width=\"740\" height=\"555\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/TKdeh4CgDB0?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini merupakan album penuh pertama mereka selepas 14 tahun, sejak pelancaran album terakhir, Alam, pada tahun 2011.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohar, pemain seruling, dan Ramli, pemain rebana serta perkusi, mengakui mereka sangat teruja untuk menghadiahkan karya ini kepada peminat yang sekian lama menantikan buah tangan baharu daripada Mohram.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami memilih untuk hadir dengan album Dhuha sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, dengan harapan melodi-melodi yang dipersembahkan dapat membawa ketenangan serta keinsafan kepada para pendengar,\u201d ujar Mohram.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>8 Trek Instrumental Religi dengan Kualiti Dolby Atmos<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Album Dhuha memuatkan lapan trek instrumental yang menampilkan sentuhan semula beberapa melodi ketuhanan popular seperti:<br>\u2022 Itiraf<br>\u2022 Ya Adnani<br>\u2022 Solatullah Salamullah<br>\u2022 Muqaddimah Selawat<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, dua karya baharu turut dimuatkan iaitu Dhuha dan Zehra, yang merupakan hasil gubahan Mohram sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menariknya, salah satu trek dalam album ini, Zehra, telah diadun menggunakan teknologi Dolby Atmos, menghasilkan pengalaman audio format spatial atau surround sound yang lebih berkualiti dan mengasyikkan buat pendengar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mendengar trek demi trek lagu-lagu instrumental dalam album ini merupakan satu kepuasan buat pendengar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Penerbitan oleh Inteam Digital<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Album ini diterbitkan oleh Inteam Digital, dengan Hazamin selaku penerbit berkongsi rasa bangga dapat membawa semula nama Mohram ke dalam industri muzik Islamik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cGabungan duo Mohram adalah legenda bertaraf antarabangsa dengan peminat di seluruh dunia. Kami sangat teruja dapat menerbitkan album mereka, dan kali ini konsep yang dipilih adalah konsep religi yang bersesuaian dengan pelancarannya pada bulan Ramadan yang mulia ini,\u201d kata Hazamin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami berharap karya ini bukan sahaja didengari di Malaysia, bahkan juga di seluruh dunia, khususnya oleh umat Islam di mana-mana sahaja,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buat peminat Mohram, album Dhuha kini sudah boleh dinikmati di semua platform digital, manakala video muziknya akan diterbitkan pada masa akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Duo instrumentalis bertaraf antarabangsa, Mohar dan Ramli yang lebih dikenali sebagai Mohram, kembali menggegarkan industri muzik dengan album instrumental religi terbaru mereka berjudul Dhuha. Ini merupakan album penuh pertama mereka selepas 14 tahun, sejak pelancaran album terakhir, Alam, pada tahun 2011. Mohar, pemain seruling, dan Ramli, pemain rebana serta perkusi, mengakui mereka sangat teruja untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16367,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6],"tags":[2415],"class_list":["post-16366","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16366","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16366"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16366\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16368,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16366\/revisions\/16368"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16367"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16366"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16366"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16366"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}