{"id":16460,"date":"2025-04-24T15:28:00","date_gmt":"2025-04-24T07:28:00","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=16460"},"modified":"2025-05-27T15:33:05","modified_gmt":"2025-05-27T07:33:05","slug":"terima-15-kenderaan-baharu-bukti-komitmen-tv-alhijrah-tambah-baik-keupayaan-operasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/terima-15-kenderaan-baharu-bukti-komitmen-tv-alhijrah-tambah-baik-keupayaan-operasi\/","title":{"rendered":"Terima 15 Kenderaan Baharu &#8211; Bukti Komitmen TV AlHijrah Tambah Baik Keupayaan Operasi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">TV AlHijrah hari ini melakar satu lagi langkah penting dalam usaha menambah baik keupayaan operasinya dengan pelancaran rasmi 15 buah kenderaan baharu dalam Majlis Pelepasan Kenderaan TV AlHijrah yang disempurnakan oleh YB Senator Dato\u2019 Setia Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis yang berlangsung di ibu pejabat TV AlHijrah ini turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Tuan Haji Namanzee Harris, barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) TV AlHijrah, Pengarah JAWI dan kakitangan TV AlHijrah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggantian kenderaan ini merupakan langkah penting dalam usaha penstrukturan semula kenderaan operasi TV AlHijrah yang telah digunakan sejak penubuhan stesen hampir 14 tahun lalu. Kenderaan lama yang semakin uzur menyukarkan tugasan luar, terutamanya dari segi pergerakan dan sokongan teknikal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Namanzee Harris menegaskan bahawa inisiatif ini melangkaui aspek logistik semata-mata. Ia mencerminkan komitmen baharu TV AlHijrah untuk terus unggul sebagai penyiar Islam yang berwibawa dan kompetitif dalam landskap penyiaran semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKenderaan-kenderaan ini bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi simbol kepada semangat baharu TV AlHijrah dalam memacu operasi dengan lebih efisien, profesional dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Transformasi fizikal ini perlu seiring dengan transformasi nilai dan penyampaian. Saya percaya TV AlHijrah berada di landasan yang betul dalam menyokong agenda negara sebagai peneraju penyiaran Islam yang progresif,&#8221; ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambah beliau lagi, langkah ini seiring dengan usaha penjenamaan TV AlHijrah yang kini memberi fokus kepada nilai profesionalisme, inovasi dan penyampaian maklumat Islam yang progresif serta mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenderaan-kenderaan ini akan digunakan oleh pelbagai jabatan penting dalam TV AlHijrah termasuk Jabatan Berita dan Editorial, Jabatan Kandungan, serta Unit Teknikal, yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi ke seluruh pelosok negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain menyokong keperluan tugasan harian, kenderaan-kenderaan ini juga akan dimanfaatkan secara optimum dalam pelaksanaan program-program turun padang tanggungjawab sosial korporat (CSR) TV AlHijrah di bawah inisiatif Hijrah Prihatin, termasuk misi kemanusiaan, bantuan bencana, serta inisiatif kemasyarakatan yang menjangkau terus ke akar umbi masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan pelancaran ini, TV AlHijrah berharap dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka panjang serta meningkatkan kecekapan kerja luar, khususnya dalam tempoh penting seperti Ramadan, Syawal dan musim bencana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesemua kenderaan baharu ini turut menampilkan identiti visual korporat terkini yang lebih segar, moden dan selari dengan aspirasi stesen sebagai sebuah entiti penyiaran Islam yang berwibawa, responsif dan dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis hari ini juga memperlihatkan semangat kebersamaan seluruh warga TV AlHijrah dalam mendokong misi untuk menjadi model penyiaran Islam unggul, bukan sahaja di Malaysia malah di persada dunia Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TV AlHijrah hari ini melakar satu lagi langkah penting dalam usaha menambah baik keupayaan operasinya dengan pelancaran rasmi 15 buah kenderaan baharu dalam Majlis Pelepasan Kenderaan TV AlHijrah yang disempurnakan oleh YB Senator Dato\u2019 Setia Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis yang berlangsung di ibu pejabat TV AlHijrah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16461,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6],"tags":[2415],"class_list":["post-16460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16462,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16460\/revisions\/16462"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16461"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}