{"id":16669,"date":"2025-12-22T23:42:42","date_gmt":"2025-12-22T15:42:42","guid":{"rendered":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/?p=16669"},"modified":"2025-12-22T23:42:43","modified_gmt":"2025-12-22T15:42:43","slug":"wangian-tular-sampai-sold-out-inteam-earth-home-products-kini-jalin-kerjasama-rasmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wangian-tular-sampai-sold-out-inteam-earth-home-products-kini-jalin-kerjasama-rasmi\/","title":{"rendered":"Wangian Tular Sampai \u2018Sold Out\u2019! Inteam &amp; Earth Home Products Kini Jalin Kerjasama Rasmi"},"content":{"rendered":"\n<p>Siapa sangka, \u201caura\u201d yang dirasai peminat ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam (Ulang Tahun ke-25) pada 28 September 2025 bukan sekadar datang daripada alunan lagu-lagu penuh jiwa, tetapi turut dipacu oleh satu elemen istimewa yang menyelinap ke deria tanpa disedari iaitu wangian.<\/p>\n\n\n\n<p>Fenomena tular yang tercetus secara tidak dirancang itu kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar apabila Earth Home Products Malaysia dan kumpulan nasyid popular tanah air, Inteam, akhirnya memeterai satu kolaborasi rasmi baru-baru ini. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Impak Dari Konsert Inteam Kasih Kekasih, Produk &#8216;Sold Out&#8217;!<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Segalanya bermula apabila wangian yang digunakan untuk menyegarkan ruang konsert sewaktu Inteam menyampaikan lagu Setanggi Syurga mencuri perhatian penonton, lantas mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Ramai peminat berkongsi pengalaman mereka dan mula bertanya produk apa yang digunakan, sebelum ia dikenal pasti sebagai Oasis Air Fragrance Pink Blossom. <\/p>\n\n\n\n<p>Impaknya luar biasa apabila permintaan terhadap produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom meningkat secara mendadak dan produk tersebut dilaporkan habis terjual dalam tempoh singkat. Rata-rata pasar raya besar dan kedai dalam talian mengalami kehabisan stok setelah produk ini tular pasca Konsert Kasih Kekasih Inteam. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"804\" height=\"1024\" data-id=\"16670\" src=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-804x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16670\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-804x1024.jpeg 804w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-235x300.jpeg 235w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-768x979.jpeg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-1205x1536.jpeg 1205w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-1607x2048.jpeg 1607w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13-150x191.jpeg 150w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.13.jpeg 2009w\" sizes=\"auto, (max-width: 804px) 100vw, 804px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Pengalaman Pengguna &#8211; Bina Hubungan Antara Pengguna dan Produk<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Melihat keserasian semula jadi antara pengalaman konsert, reaksi peminat dan identiti jenama, Earth Home Products Malaysia mengambil langkah untuk memeterai kolaborasi bersama Inteam, menjadikan momen tular itu sebagai asas kepada satu kerjasama strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Urusan Earth Home Products Malaysia, Mr. Okada Shotaro, kolaborasi ini membuktikan betapa kuatnya pengalaman pengguna sebenar dalam membina hubungan jenama yang lebih bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKolaborasi ini sangat istimewa buat kami kerana ia bermula daripada reaksi tulen peminat. Apabila kami melihat bagaimana wangian ini memberi kesan emosi kepada penonton, kami sedar ia bukan sekadar produk, tetapi satu pengalaman. Inteam membawa nilai, emosi dan spiritualiti yang selari dengan falsafah Earth Home,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, pihak syarikat berasa terkejut apabila permintaan produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom tiba-tiba meningkat secara mendadak dan laku keras sehinggakan stok produk ini habis dalam masa yang singkat. Walaupun pihak syarikat telah meningkatkan pengeluaran produk, tetapi permintaan terhadap produk ini masih tinggi dan berterusan. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-2 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" data-id=\"16671\" src=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-1024x768.jpeg\" alt=\"Earth Home Products Malaysia x Inteam Records Sdn Bhd\" class=\"wp-image-16671\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-300x225.jpeg 300w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-768x576.jpeg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.46-150x113.jpeg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Perkara Kecil Yang Dilakukan Dengan Ikhlas, Beri Kesan Mendalam Kepada Peminat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Inteam, kerjasama ini turut dirasakan lahir daripada satu kebetulan yang tidak disangka-sangka. Anggota Inteam, Hazamin, menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dirancang namun penuh makna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sendiri tidak menjangka wangian yang digunakan dalam konsert akan memberi kesan sebesar ini. Apa yang berlaku membuktikan bahawa perkara kecil yang dilakukan dengan ikhlas boleh meninggalkan kesan mendalam kepada peminat. Kolaborasi ini lahir daripada suara mereka,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Wangian Memberi Rasa Tenang dan Melengkapkan Emosi Lagu Inteam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Syah berkata pemilihan Oasis Air Fragrance Pink Blossom begitu bertepatan dengan suasana dan mesej yang dibawa Inteam melalui muzik mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWangian ini memberi rasa tenang dan damai. Ia seolah-olah melengkapkan emosi lagu-lagu kami, khususnya Setanggi Syurga. Apabila peminat menggambarkannya sebagai \u2018syurgawi\u2019, kami rasa ia datang daripada rasa yang sama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-3 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" data-id=\"16674\" src=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16674\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-225x300.jpeg 225w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-1152x1536.jpeg 1152w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-1536x2048.jpeg 1536w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-640x853.jpeg 640w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15-150x200.jpeg 150w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.33.15.jpeg 1920w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Hubungan Organik Artis, Produk dan Peminat &#8211; Rahim Inteam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Rahim, kolaborasi ini membuka dimensi baharu hubungan antara artis, produk dan peminat yang jarang berlaku secara organik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan sekadar kolaborasi komersial. Ia tentang pengalaman bersama, apa yang dirasai oleh peminat, itulah yang menjadi asas kerjasama ini. Kami sangat menghargai bagaimana peminat menjadi pencetus utama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Muzik dan Wangian Berkongsi Bahasa Yang Sama, Bahasa Deria<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Hisyam menegaskan bahawa gabungan muzik dan wangian sebenarnya berkongsi bahasa yang sama: bahasa deria.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMuzik adalah pengalaman deria, dan wangian juga begitu. Apabila kedua-duanya bertemu secara semula jadi, hasilnya sangat kuat. Kami teruja untuk membawa pengalaman ini ke konsert seterusnya,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Wangian Eksklusif Konsert Inteam 1 Februari 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Oasis Air Fragrance Pink Blossom (24ml) dipilih sebagai wangian eksklusif kolaborasi dan akan ditaja oleh Earth Home Products Malaysia untuk Konsert Inteam pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert itu dijangka menghimpunkan lebih 9,500 penonton, dengan 80 peratus tiket telah terjual setakat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Produk berkenaan turut boleh didapati menerusi kedai rasmi Earth Home dan Inteam di platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama ini dimeterai secara rasmi menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian di Pejabat Earth Home Products Malaysia, Phileo Damansara, dan disifatkan sebagai simbol kolaborasi berasaskan komuniti peminat serta pengalaman pengguna sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan kali ini, jelas sekali: bila peminat \u201cbersuara\u201d, momen tular boleh bertukar menjadi sejarah, lengkap dengan satu \u201cwangian\u201d yang akan terus dikenang sampai bila-bila oleh peminat yang telah hadir ke Konsert Inteam Kasih Kekasih dan yang bakal hadir ke Konsert Inteam Nur Kasih 1 Februari 2026 nanti. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-4 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" data-id=\"16672\" src=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16672\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-225x300.jpeg 225w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-1152x1536.jpeg 1152w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-1536x2048.jpeg 1536w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-640x853.jpeg 640w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19-150x200.jpeg 150w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-22.32.19.jpeg 1920w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p><strong>&#8220;Lagu-lagu Inteam buat saya rasa tenang..&#8221; &#8211; Mr Okada<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pada sesi soal jawab bersama media, Mr Okada Shotaro turut ditanya, adakah beliau mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam? Sambil ketawa beliau menjawab, &#8220;Saya adalah orang Jepun yang tidak pernah mengenali kumpulan Inteam sebelum ini. Tetapi selepas produk ini tular dan berpunca dari konsert Inteam, saya mula mendengar lagu-lagu kumpulan Inteam. Walaupun tidak memahami, tetapi saya sukakan lagu-lagu dari kumpulan Inteam. Ia tenang dan buat saya berasa selesa. Adakalanya saya akan menyembur produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom dan ia melengkapkan pengalaman mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam ini,&#8221; jelas Mr Okada. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siapa sangka, \u201caura\u201d yang dirasai peminat ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam (Ulang Tahun ke-25) pada 28 September 2025 bukan sekadar datang daripada alunan lagu-lagu penuh jiwa, tetapi turut dipacu oleh satu elemen istimewa yang menyelinap ke deria tanpa disedari iaitu wangian. Fenomena tular yang tercetus secara tidak dirancang itu kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16673,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6],"tags":[2415],"class_list":["post-16669","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","tag-hangat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16669","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16669"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16669\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16675,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16669\/revisions\/16675"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16673"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16669"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16669"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16669"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}