{"id":4145,"date":"2012-08-14T22:27:07","date_gmt":"2012-08-14T22:27:07","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=4145"},"modified":"2013-10-22T09:11:59","modified_gmt":"2013-10-22T01:11:59","slug":"ana-muslim-nasyeed-com-rai-anak-yatim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/ana-muslim-nasyeed-com-rai-anak-yatim\/","title":{"rendered":"Ana Muslim &#038; Nasyeed.Com Rai Anak Yatim"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Ana Muslim dan rakan penganjur, Nasyeed.Com telah meraikan anak-anak yatim dan miskin di Majlis Sambutan Berbuka Puasa Ana Muslim &amp; Nasyeed.Com. Majlis yang cukup meriah ini telah diadakan di perkarangan pejabat urusan Ana Muslim di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Seramai hampir 150 orang tetamu telah hadir ke majlis berbuka puasa tersebut.<\/p>\n<div id=\"attachment_4146\" style=\"width: 541px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/baiti-saidati.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-4146\" class=\" wp-image-4146  \" title=\"Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah bergambar bersama Pengarah Urusan Ana Muslim, Tn Hj Othman dan isteri.\" alt=\"\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/baiti-saidati-590x391.jpg\" width=\"531\" height=\"352\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-4146\" class=\"wp-caption-text\">Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah bergambar bersama Pengarah Urusan Ana Muslim, Tn Hj Othman dan isteri.<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Anak Yatim Al-Nasuha dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah telah diundang dan diraikan dalam majlis berbuka puasa tersebut. Turut meraikan anak-anak yatim ini, barisan artis nasyid tanahair seperti kumpulan Raihan, kumpulan Mestica, Zaidi Wildan, kumpulan Hufaz, kumpulan Chaliph dan artis Ana Muslim sendiri, Yoga Al-Ghazali.<\/p>\n<div id=\"attachment_4147\" style=\"width: 541px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/duit-raya-untuk-anak-nasuha.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-4147\" class=\" wp-image-4147 \" title=\"Penyampaian Duit Raya dan Cenderahati kepada Anak-Anak Yatim Nasuha. \" alt=\"\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/duit-raya-untuk-anak-nasuha-590x391.jpg\" width=\"531\" height=\"352\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-4147\" class=\"wp-caption-text\">Penyampaian Duit Raya dan Cenderahati kepada Anak-Anak Yatim Nasuha.<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di majlis tersebut, Ana Muslim, Chef Abdul Manan dan Nasyeed.Com telah menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati istimewa kepada anak-anak yatim Rumah al-Nasuha . Terdahulu, di sebelah pagi, Ana Muslim telah menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati kepada anak-anak yatim dan miskin Baiti Saidati Khadijah bertempat di pejabat urusan mereka di Desa Melawati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Pengarah Urusan Ana Muslim, Tuan Haji Othman Mohamed, majlis tersebut diadakan bagi meraikan anak-anak yatim disamping menghidupkan budaya yang baik dikalangan masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Mengambil keberkatan bulan Ramadhan, Ana Muslim telah menganjurkan majlis berbuka puasa ini bersama rakan bisnes kami untuk meraikan golongan anak-anak yatim yang istimewa ini. Disamping itu, kami juga berhasrat untuk menghidupkan kembali budaya memberi dikalangan masyarakat agar budaya ini dapat dihidupkan dan diteruskan bagi kebaikan bersama.&#8221; jelas Tuan Hj Othman.<\/p>\n<div id=\"attachment_4148\" style=\"width: 541px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/artis-yang-hadir.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-4148\" class=\" wp-image-4148  \" title=\"Antara selebriti yang hadir di Majlis Berbuka Puasa Ana Muslim &amp; Nasyeed.Com\" alt=\"\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/artis-yang-hadir-590x391.jpg\" width=\"531\" height=\"352\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-4148\" class=\"wp-caption-text\">Antara selebriti yang hadir di Majlis Berbuka Puasa Ana Muslim &amp; Nasyeed.Com<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah beliau, majlis ini juga dianjurkan bagi merapatkan ukhwah antara syarikat Ana Muslim, Nasyeed.Com dan rakan-rakan artis serta pengamal media.<\/p>\n<div id=\"attachment_4150\" style=\"width: 541px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/Ust-Syaari-Tn-Hj-Othman.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-4150\" class=\" wp-image-4150  \" title=\"Ust Sya'ari dan Tn Hj Othman bersalaman seusai manandatangani MoU Kerjasama Strategik antara kedua-dua syarikat\" alt=\"\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/Ust-Syaari-Tn-Hj-Othman-590x391.jpg\" width=\"531\" height=\"352\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-4150\" class=\"wp-caption-text\">Ust Sya&#8217;ari dan Tn Hj Othman bersalaman seusai manandatangani MoU Kerjasama Strategik antara kedua-dua syarikat.<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di majlis yang sama, Ana Muslim dan Nasyeed.Com turut mengadakan satu sesi menandatangani MoU kerjasama diantara kedua-dua syarikat. Ana Muslim telah diwakili oleh Pengarah Urusannya, Tuan Haji Othman Mohamed. Manakala Nasyeed.Com telah diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Ustaz Sya&#8217;ari Bin Ramli. Melalui kerjasama strategik ini, pihak Ana Muslim telah bersetuju memilih Nasyeed.Com untuk mengedar dan memasarkan produk-produk terbitan Ana Muslim Studios untuk pasaran Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut seorang jurucakap Ana Muslim, Ana Muslim Studios kini semakin aktif menerbitkan pelbagai produk audio dan visual berbentuk pendidikan Islami termasuk nasyid. Produk-produk ini berjaya menawan hati para peminat apabila permintaan terhadap album-album ini cukup memberangsangkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat 5 buah album untuk kanak-kanak dimana setiap lagu dalam album-album ini bermesejkan intisari daripada surah-surah Juzuk &#8216;Amma. Menariknya, album ini turut menampilkan karektor terkenal dari Majalah popular, Ana Muslim.<\/p>\n<div id=\"attachment_4149\" style=\"width: 541px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/yoga-al-ghazali.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-4149\" class=\" wp-image-4149  \" title=\"yoga al-ghazali\" alt=\"\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/yoga-al-ghazali-590x391.jpg\" width=\"531\" height=\"352\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-4149\" class=\"wp-caption-text\">Yoga Al-Ghazali<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidak terhenti setakat itu, bagi golongan remaja, Ana Muslim Studios telah menerbitkan album berkonsepkan pop Islami yang dinyanyikan oleh artis, komposer dan penulis lirik berbakat besar, Yoga Al-Ghazali.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Pihak Ana Muslim Studios mengharapkan dengan kewujudan album-album Islami ini, sedikit sebanyak ia dapat mengimarahkan lagi dunia hiburan nasyid di peringkat tempatan mahupun global.&#8221; ulas jurucakap Ana Muslim Studios.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bgai mereka yang berminat untuk dapatkan album-album dan produk terbitan Ana Muslim, anda boleh layari www.anamuslim.com.my untuk pembelian dalam talian (online) atau dapatkan produk-produk yang akan diedarkan oleh Nasyeed.Com ini di pasaran kelak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">-Munsyeed{Dot}Com.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Ana Muslim dan rakan penganjur, Nasyeed.Com telah meraikan anak-anak yatim dan miskin di Majlis Sambutan Berbuka Puasa Ana Muslim &amp; Nasyeed.Com. Majlis yang cukup meriah ini telah diadakan di perkarangan pejabat urusan Ana Muslim di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Seramai hampir 150 orang tetamu telah hadir ke majlis berbuka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4146,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6],"tags":[781,842],"class_list":["post-4145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","tag-ana-muslim","tag-yoga-al-ghazali"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4145"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4145\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}