{"id":6533,"date":"2013-10-22T22:05:52","date_gmt":"2013-10-22T14:05:52","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?post_type=it_ulasan&#038;p=6533"},"modified":"2018-09-16T03:56:11","modified_gmt":"2018-09-15T19:56:11","slug":"album-inteam-iman-aman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/album-inteam-iman-aman\/","title":{"rendered":"Album : Inteam &#8211; Iman Aman"},"content":{"rendered":"<div id=\"attachment_5337\" style=\"width: 490px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2013\/06\/inteam-iman-dan-aman.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-5337\" class=\"size-full wp-image-5337\" alt=\"Kulit album Iman &amp; Aman\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2013\/06\/inteam-iman-dan-aman.jpg\" width=\"480\" height=\"480\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-5337\" class=\"wp-caption-text\">Kulit album Iman &amp; Aman<\/p><\/div>\n<p>Adakah gelaran Album Nasyid Terbaik yang dirangkul Inteam Anugerah Industri Muzik beberapa tahun dahulu menjadi \u2018badi dan saka\u2019, atau tekanan untuk membikin sesuatu yang lebih baik? Saya percaya bukan mudah untuk mengekalkannya, tambahan pula semestinya peminat mereka mahukan sesuatu yang lebih baik.<\/p>\n<p>Rasanya makan tahun juga, sejak beberapa lagu baru mereka dimuatnaik di Youtube sampai saya tertanya, bilakah album yang sebenar akan muncul? Nah, akhirnya rilisan yang ditunggu jatuh ketangan saya untuk direview.<\/p>\n<p>Cover album mereka yang digelar sebagai \u2018Koboi Islam\u2019 menghiasi kulit album. Tengok nama yang terlibat, merupakan nama-nama yang biasa membikin album terdahulu, kecuali Wan Salahuddin dan penampilan Edcoustic, bukan sahaja menjadi rakan duet, malah menjadi penyumbang lagu dalam album ini<\/p>\n<p>Cakap banyak tak guna. Jom kita sorot lagu dalam album ni. OKEH JALAN!!!<\/p>\n<p><strong>Track 1: Jatuh Bangun \u2013<\/strong> Membuka dengan track ballad, diiringi\u00a0 dengan muzik ala orchestra yang boleh tahan padatnya. Disebabkan lagu ini adalah ciptaan Aden Encoustic, maka sangat jelas kedengaran bau2 melodi yang biasa terdapat dalam karya dari Negara seberang. Tapi siapa peduli, malah lagu ini sahaja cukup kuat struktur melodinya.<\/p>\n<p><strong>Track 2: Mulakan Hari Ini<\/strong> \u2013 Track yang berbunyi rancak dan hype. Macam dengar lagu\u2014lagu daripada Datuk M.Nasir. Pop ringkas yang disulami percussion yang ringkas, world music mungkin.<\/p>\n<p><strong>Track 3: Tragedi Taif<\/strong> \u2013 Antara lagu pilihan terbaik album ini. Agak lama juga tak mendengar Inteam tak membikin lagu-lagu epic hebat sebegini. Cuma jika lagu ini disusun dengan muzik live seperti dram dan gitar, mungkin akan kedengaran lebih padat dan solid. Namun, susunan string yang mantap sedikit sebanyak menutup kekurangan muzik live seperti yang diharap. Best!<\/p>\n<p><strong>Track 4: Zikir Susah Senang <\/strong>\u2013 Aik, ini lagi kuat bau M.Nasirnya! World music ala nusantara menyulami lagu ini, cukup solid susunannya, berselang seli dengan vocal harmoni Inteam yang merupakan identity mereka sejak dulu lagi.<\/p>\n<p><strong>Track 5: Iman dan Aman<\/strong> \u2013 Melodi vocal lagu ini dipenuhi dengan irama taranum yang bijak menyelit disebalik susunan muzik moderate. Chorusnya juga melekat. Saya suka susunan muzik lagu ni yang menepati cirri-ciri radio friendly untuk dijadikan sebagai single utama.<\/p>\n<p><strong>Track 6: Ya Rasulullah Inni<\/strong> \u2013 Track lagu berbahasa Arab. Muzik perkusi ala timur tengah yang bercampur dengan muzik pop ringkas. Cuma saya lebih suka jika muziknya juga dibuat ala timur tengah, sesuai dengan melodi lagu.<\/p>\n<p><strong>Track 7: Syafaatmu<\/strong> \u2013 Lagu ballad moderate buat Rasulullah. Muzik pop ringkas. Baru saya perasan, tak kira apa pun jenis lagu yang dibawa Inteam, susunan perkusi tetap ada, biarpun dimixing jauh kebelakang. Trademark mereka mungkin?<\/p>\n<p><strong>Track 8: Jumaat<\/strong> \u2013 Lagu pop laid back, dengan strum gitar bersahaja. Pada melodinya juga kedengaran agak santai, ringkas sahaja untuk menghasilkan mood hype yang ceria. Eh, tak pernah pula dengar Inteam nyanyi lagu berentak sebegini. Best gak.<\/p>\n<p><strong>Track 9: Kau Ditakdirkan Untukku<\/strong> \u2013 Lagu kedua yang dicipta Edcoustic. Wah romantic betul lagu ini pada awalnya, sebelum masuk dengan part gitar elektrik yang heavy. Lagu ini juga cukup radio friendly untuk disiarkan di radio-radio tempatan, baik struktur melodi lagu mahupun susunan muziknya.<\/p>\n<p><strong>Track 10: Iftar<\/strong> \u2013 Chorus lagu yang catchy, mungkin untuk menarik kanak-kanak untuk menghafal doa berbuka puasa. Muziknya penuh dengan muzik ala elektronika.<\/p>\n<p><strong>Track 11: Nothing Overlasting<\/strong> \u2013 Akhirnya Inteam berjaya juga membawakan lagu Inggeris dengan \u2018tahap yang sepatutnya\u2019 selepas beberapa lagu Inggeris yang terakam sebelum ini seakan tak menjadi. Melodi yang bagus, ditambah dengan mixing dibahagian vocal penuh dengan effect membuatkan lagu ini mempunyai perspektifnya yang tersendiri. Ya, kali ini hasilnya sangat memuaskan berbanding dulu.<\/p>\n<p><strong>Track 12: Nur Kasih<\/strong> \u2013 Track remake daripada rilisan mereka semasa masih \u00a0bernaung dibawah Hijjaz Records. Bezanya, kali ini disusun dengan string orchestra yang terasa macam nak melayang! Ditambah pula dengan kekuatan vocal tuan punya lagu iaitu Munif Hijjaz, membuatkan saya rasa seakan mahu \u2018delete\u2019 versi sebelumnya di dalam library muzik. Memang mantap.<\/p>\n<p>Keseluruhanya, album yang hebat. Cumanya, saya harap Inteam lebih berani dalam membuat susunan muzik dengan menampilkan pelbagai pembaharuan. Buat para peminat Inteam, ya\u2026 penantian lama anda sangat berbaloi!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Adakah gelaran Album Nasyid Terbaik yang dirangkul Inteam Anugerah Industri Muzik beberapa tahun dahulu menjadi \u2018badi dan saka\u2019, atau tekanan untuk membikin sesuatu yang lebih baik? Saya percaya bukan mudah untuk mengekalkannya, tambahan pula semestinya peminat mereka mahukan sesuatu yang lebih baik. Rasanya makan tahun juga, sejak beberapa lagu baru mereka dimuatnaik di Youtube sampai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[14,13],"tags":[823,824,1043],"class_list":["post-6533","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-album","category-ulasan","tag-album-baru-inteam","tag-iman-aman","tag-review-iman-aman"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6533","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6533"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6533\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6533"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6533"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6533"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}