{"id":6630,"date":"2010-08-02T16:00:09","date_gmt":"2010-08-02T08:00:09","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?post_type=it_kolum&#038;p=6630"},"modified":"2018-09-16T04:04:47","modified_gmt":"2018-09-15T20:04:47","slug":"bicara-santai-perihal-nasyid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/bicara-santai-perihal-nasyid\/","title":{"rendered":"Bicara Santai Perihal Nasyid"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1253\" title=\"nasyid la\" alt=\"Raihan dan kumpulan Hujan\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la.jpg\" width=\"375\" height=\"228\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la.jpg 375w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la-300x182.jpg 300w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la-280x170.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la-180x109.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/nasyid-la-360x218.jpg 360w\" sizes=\"auto, (max-width: 375px) 100vw, 375px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila menyebut nasyid, apakah yang tergambar di ruang minda anda? Pasti ramai yang akan mengatakan nasyid ini adalah \u2018hiburan Islam\u2019. Benarlah. Itu memang satu hakikat. Nasyid memang sangat dekat dengan Islam. Sangat hampir dengan sebuah hiburan yang lembut, baik, harmoni dan sebagainya. Lantaran itu, jika ada sesiapa yang dilihat pada kanta mata orang lain jenis yang baik baik, sering di masjid akan di gelar dengan nama \u2018budak nasyid&#8217;.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bila menyebut nasyid, hiburan jenis ini tidak lah segah hiburan hiburan lain yang sedia ada terpampang di sana sini, tersedia di merata tempat. Nasyid mempunyai satu \u2018lacinya\u2019 sendiri di dalam almari hiburan. Laci nasyid dilihat lain dari yang lain. Bukan sahaja memiliki peminatnya yang tersendiri, malah \u2018ahli nasyid\u2019 itu sendiri adalah lain berbanding ahli hiburan yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila melihat ahli hiburan yang lain, mereka mempunyai lebih rangkaian yang luas. Mereka mempunyai ramai peminat. Laman-laman peminat mereka biasanya melebihi angka 10,000. Mereka mudah mendapat tajaan untuk sesuatu program anjurannya. Lihat sahajalah sebuah konsert yang dianjur dan dihadiri oleh ahli hiburan yang bukan nasyid ini. Wow! Mahu parking kereta pun bukan main susah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa pula nasib nasyid? Oh.. nasyid ini ahli hiburan juga. Tetapi statusnya ibarat hanya \u2018pembaca doa\u2019 dalam majlis rasmi anjuran mana-mana organisasi. Bila kita menghadiri mana-mana majlis rasmi, slot \u2018islam\u2019 iaitu bacaan doa itu biasanya dalam 3 minit sahaja berbanding program yang makan masa 3-4 jam. Maka hadirnya nasyid itu dalam ahli hiburan ibarat begitu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dahulu, mana-mana program hiburan seperti Mari Heboh-heboh, Anugerah Era-Eri dan sebagainya menampilkan nasyid sebagai salah satu persembahan yang disediakan. Adalah amat diyakini, bagi pengunjung-pengunjung yang hadir, kehadiran persembahan nasyid ini dianggap \u2018penyibuk\u2019 kerana sedang mereka bersuka ria berhibur dengan artis tempatan kesayangan mereka, tiba-tiba di ganggu dengan persembahan nasyid yang terpaksa \u2018membaikkan\u2019 diri buat seketika sekitar 5 minit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini, terdapat ahli nasyid yang sedar ketidakperluan mereka hadir dalam program seumpama itu kerana selain tampak janggal pada sudut pandangan, malah ia mungkin boleh mengundang fitnah kepada agama Islam ini sendiri. Tetapi rasanya tidak semua. Masih ada lagi artis nasyid yang tidak kisah apa juga keadaannya asalkan mereka dapat membuat persembahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada hari ini, nasyid dilihat agak kecamuk dengan pelbagai cerita, berita, itu ini, begitu begini. Ada yang hendak mula meminati nasyid tetapi membatalkan hasrat tersebut apabila melihat ragam ahli nasyid yang pelbagai. Ada yang mempunyai akhlak yang kurang baik, menghisap rokok, tidak menjaga pergaulan, tidak menutup aurat, masalah rumah tangga, dan lain-lain lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa yang hanya boleh dikata, biarkanlah&#8230; yang hanya mampu menilai adalah kita semua. Pilihlah artis nasyid mana yang disukai. Yang tak disukai tak payahlah beli album. Tak payah lah ambil tahu perkembangannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kepada penasyid yang mengaku memperjuangkan irama nasyid, teruskan perjuangan. Walaupun rasanya telah dikecamukkan dengan pelbagai herba, lauk pauk dan entah apa lagi rempah dalam masakan anda, teruskan. Jika ada yang sudi menerima sajian anda, alhamdulillah. Jika tidak, jangan salahkan sesiapa kerana keputusan yang di ambil di tangan anda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kepada penasyid yang \u2018keluar dari laci nasyid\u2019, didoakan agar terus berada dalam landasan. Bukan senang mahu berjalan di atas landasan yang betul apabila mengeluarkan diri dari laci. Mungkin peminat-peminat dalam laci akan membuang anda terus selamanya. Hati-hati dan jangan sampai tergelincir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kepada penasyid yang berduet dengan ahli hiburan yang lain, moga niat anda berbuat begitu adalah kerana Allah dan bukan mempunyai niat lain semata-mata mahukan komersial. Sudah banyak yang berbuat begitu. Akan datang kemungkinan akan diulas setiap lagu duet yang dibuat oleh penasyid penasyid ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semoga nasyid terus dipelihara oleh Allah sebagai wadah hiburan Islam buat umat Islam yang menggunakan muzik sebagai hiburan hatinya. Wallahua\u2019lam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila menyebut nasyid, apakah yang tergambar di ruang minda anda? Pasti ramai yang akan mengatakan nasyid ini adalah \u2018hiburan Islam\u2019. Benarlah. Itu memang satu hakikat. Nasyid memang sangat dekat dengan Islam. Sangat hampir dengan sebuah hiburan yang lembut, baik, harmoni dan sebagainya. Lantaran itu, jika ada sesiapa yang dilihat pada kanta mata orang lain jenis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1253,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[189,742],"tags":[1629,1630,1628],"class_list":["post-6630","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-coretan-along-safa","category-kolum","tag-bicara-nasyid","tag-hiburan","tag-santai-nasyid"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6630","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6630"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6630\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1253"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6630"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6630"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6630"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}