{"id":6654,"date":"2010-10-29T14:57:35","date_gmt":"2010-10-29T06:57:35","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?post_type=it_kolum&#038;p=6654"},"modified":"2018-09-16T04:04:44","modified_gmt":"2018-09-15T20:04:44","slug":"ustazkah-penasyid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/ustazkah-penasyid\/","title":{"rendered":"Ustazkah penasyid?"},"content":{"rendered":"<p>Menyelosori sudut dunia hiburan di Malaysia, wujudnya satu perjuangan seni yang membawa tema \u2018islam\u2019 dalam setiap penghasilan yang dilakukan. Perjuangan ini dikaitkan dengan Islam kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidak kira melalui bait lirik, wawacancara, liputan akhbar dan sebagainya menampakkan perjuangan mereka adalah untuk agama Islam. Mereka membawa juga imej Islam di setiap penampilan mereka. Lantaran itu perjuangan mereka ini digelar dengan nama Nasyid.<\/p>\n<div id=\"attachment_46\" style=\"width: 310px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-46\" class=\"size-full wp-image-46\" title=\"Karangan asal oleh AlongSafa\" alt=\"Karangan asal oleh AlongSafa\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid.jpg\" width=\"300\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid.jpg 300w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid-150x150.jpg 150w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid-80x80.jpg 80w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid-35x35.jpg 35w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid-85x85.jpg 85w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2010\/11\/ustazkah-penasyid-180x180.jpg 180w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><p id=\"caption-attachment-46\" class=\"wp-caption-text\">Karangan asal oleh AlongSafa<\/p><\/div>\n<p>Hiburan nasyid bertapak di Malaysia agak terlambat berbanding hiburan yang lain. Orang-orang yang sezaman dengan zaman kegemilangan P.Ramlee tentu tidak pernah menyebut perkataan Nasyid ini sendiri kerana sememangnya nasyid tidak wujud pada waktu itu. Apa yang orang tahu hanyalah tarian twisse, pop yeh yeh, dan seumpamanya.<\/p>\n<p>Pada hari ini, mungkin boleh dikatakan nasyid seiiring dengan muzik lain. Atau mungkin lebih tepat, nasyid mengekori peredaran muzik hari ini yang semakin lama semakin maju, canggih, semakin tinggi mutu dan kualiti dari segi aspek rakaman, arrangment muzik dan lain-lain.<\/p>\n<p>Kembali kepada tajuk sebenar topik ini, apabila menyebut nasyid, maka terbayanglah di akal fikiran masyarakat bahawa nasyid merupakan satu wadah perjuangan Islam. Ahli-ahli nasyid dilihat sebagai pejuang agama yang baik kerana mereka menampilkan imej yang bersih melalui kulit album dan juga tutur bicaranya nan sopan melambangkan keindakan akhlak dan budi.<\/p>\n<p>Menggelar penasyid dengan panggilan \u2018Ustaz\u2019 tidak kurang hebatnya. Ada juga peminat nasyid yang mengustazkan semua penasyid yang dia tahu kerana pada pemikirannya, setiap penasyid itu layak di panggil ustaz kerana mereka memperjuangkan agama.<\/p>\n<p>Di Malaysia, gelaran Ustaz ini merupakan satu gelaran yang mulia dan dihormati masyarakat. Apabila peminat nasyid melabelkan penasyid sebagai ustaz, ianya satu pengiktirafan yang tinggi buat penasyid kerana di situ, mereka bukan sahaja menyanyi, tetapi mereka berperanan berdakwah kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Tidak dinafikan, sememangnya di kalangan penasyid, terdapat beberapa orang yang alim dan arif perihal ilmu islami. Ilmu yang mereka perolehi adalah melalui pembelajaran yang dilakukannya sendiri sama ada di pondok pondok, universiti, dan sebagainya. Maka beberapa penasyid ini diiktiraf dengan panggilan Ustaz malah masyarakat Malaysia sendiri mengiktiraf gelaran itu. (Bukan peminat nasyid sahaja).<\/p>\n<p>Terdapat penasyid yang digelar Ustaz, semua orang menyenangi dengan gelaran itu. Malah yang bukan minat nasyid, wartawan, pemberita malah semua sekali mengiktiraf gelaran itu sehinggalah penasyid ini meninggal dunia.<\/p>\n<p>Terdapat juga penasyid yang digelar ustaz tetapi diperlekeh oleh sebahagian masyarakat akan ketidakpatutan gelaran ustaz itu kepadanya. Perkara ini mungkin disebabkan akhlak penasyid itu yang berubah-ubah serta tindakan penasyid ini yang melawan arus dalam mendampingi masyarakat dengan caranya sendiri.<\/p>\n<p>Ada penasyid yang tidak mahu digelar dengan panggilan Ustaz lantaran tidak layaknya mereka mendapat kemuliaan itu kerana berasakan dia hanya bernasyid. Untuk menjadi ustaz bukan semudah menyanyi nasyid. Dengan selingan beberapa tazkirah, membaca beberapa petikan al-Quran dan Hadis, maka penasyid layak digelar ustaz? Mungkin itu pendirian yang penasyid ini pegang hingga merendah diri tidak mahu digelar ustaz.<\/p>\n<p>Ada juga penasyid yang semua orang panggil dia ustaz tapi dia tidak mengaku dia ustaz. Tetapi dalam masa sama, gunakan guna gelaran itu. Penasyid ini mengatakan bukan dia yang mengaku ustaz, tetapi orang lain yang panggil dia ustaz, jadi gelaran itu melekatlah pada dirinya.<\/p>\n<p>Topik ini mungkin menimbulkan sedikit polemik. Mungkin akan ada yang menyatakan hujah bahawa gelaran Ustaz ini hanyalah istilah arab. Mungkin ada yang menyatakan perkara ini hanyalah isu kecil dan untuk apa dibicarakan.<\/p>\n<p>Ustazkah penasyid? Untuk menjawab soalan ini, memerlukan penelitian. Gelaran ustaz harus sesuai dengan penampilan penasyid itu sendiri. Saya tidak dapat membayangkan penasyid ini mendapat gelaran Ustaz, tetapi pergaulan tidak dijaga dan penampilan berubah-ubah.<\/p>\n<p>Jika kita melihat beberapa penasyid yang tidak digelar ustaz, apabila ada kes yang kurang enak didengar, nama Islam juga yang akan naik. Kerana nasyid ini memang tak dapat lari dari Islam. Apatah lagi apabila penasyid ini digelar ustaz, dibahunya memikul beban yang besar sebagai pembawa amanah dakwah. Lantaran itu, apabila ada masyarakat ternampak penasyid yang digelar ustaz menonton wayang, semua orang melenting terkejut.<\/p>\n<p>Atas dasar ini, mungkin ada beberapa kumpulan atau artis solo nasyid mengisytiharkan diri keluar nasyid ataupun sudah menjadi bukan nasyid lantaran amanah yang besar berkait rapat dengan amanah dakwah. Anggapannya, apabila sudah tidak dilabel dengan nasyid, dunia seninya lebih bebas tanpa sekatan dan kawalan yang dibuat oleh peminat peminat.<\/p>\n<p>Yang pasti, ustaz tetap ustaz. Penasyid yang ustaz ada.<\/p>\n<p>Tetapi bukan semua penasyid itu ustaz.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menyelosori sudut dunia hiburan di Malaysia, wujudnya satu perjuangan seni yang membawa tema \u2018islam\u2019 dalam setiap penghasilan yang dilakukan. Perjuangan ini dikaitkan dengan Islam kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidak kira melalui bait lirik, wawacancara, liputan akhbar dan sebagainya menampakkan perjuangan mereka adalah untuk agama Islam. Mereka membawa juga imej Islam di setiap penampilan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":46,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[189,742],"tags":[84,82,186,85,83,87,86],"class_list":["post-6654","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-coretan-along-safa","category-kolum","tag-akhlak-penasyid","tag-along-safa","tag-alongsafa-com","tag-artis-nasyid","tag-penasyid","tag-ustaz-rock","tag-ustazkah-penasyid"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6654","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6654"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6654\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6654"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6654"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6654"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}