{"id":9019,"date":"2014-03-18T11:05:37","date_gmt":"2014-03-18T03:05:37","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=9019"},"modified":"2014-04-03T15:30:48","modified_gmt":"2014-04-03T07:30:48","slug":"muzik-dadah-jahanam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/muzik-dadah-jahanam\/","title":{"rendered":"Muzik + Dadah = Jahanam!"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">BERHIBUR DENGAN DADAH\u2026 bukanlah satu perkara yang baru. Malah, saya sejak dulu lagi sudah naik muak dengan cerita di dada akhbar dan media lain yang tak putus-putus mengaitkan industri hiburan dengan tiga elemen ini, alcohol, dadah dan seks.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak mahu mengulas perkara ini dari sudut agama dan undang-undang kerana masing-masing dah faham. Cumanya, dari segi kaitan penggunaan dadah ketika berhibur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Benar, ia sudah lama bermula di luar negara, seawal zaman permulaan muzik moden lagi. Setiap kali apabila bercakap tentang muzik, sudah terbayang dibenak tentang kelab malam, kaberat dan sebagainya. Hatta dengan muzik yang rileks seperti jazz dan blues, ada sahaja perkara buruk yang berkaitan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sudah banyak penggiat industri muzik tewas dengan dadah dan bahan terlarang. Seawal zaman Jimi Hendrix, Kurt Cobain (Nirvana) sehinggakan Raja Pop, Michael Jackson turut menjadi mangsa najis yang menjadi musuh no 1 negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, ia juga bukanlah perkara baru. Malah, ramai juga artis kita yang menerima bahana angkara perkara ini. Cuma artis kita di sini tidak seteruk di luar sana, terkorban angkara najis durjana itu. Paling kuat pun, dipenjara dan disebat. Malah selepas dibebaskan pun, nama mereka masih laku, masih disanjung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Benar, kesan dadah mampu membuatkan seorang performer itu lebih bertenaga. Tak hairanlah, di luar negara ada artis dan band boleh membuat persembahan tanpa henti selama tiga jam. Malah jika kita tengok jadual tour mereka, sangat padat. Perlukan tenaga. Tetapi masalah akan timbul bila dadah itu diambil secara tidak terkawal atau dalam erti kata lain, overdose.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, isu ini lebih tertumpu pada penggunjung kelab-kelab malam yang gemar berhibur di pub, disko dan tak terkecuali kelab dangdut. Sejak zaman dulu lagi, isu clubbing dengan bahan terlarang ini dah lama diperkatakan,\u00a0 bermula dari zaman\u00a0 disko Jalan Telawi Bangsar, Feng Tau Kompleks Wilayah dan kini menjalar di segitiga emas Bukit Bintang-Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee. Bayangkanlah, kalau dah high, clubbing sampai subuh pun boleh!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dan bila kita dikhabarkan dengan kejadian pengunjung konsert \u2018clubbing open\u2019 di Bukit Jalil minggu lepas, saya langsung tak kerkejut. Kerana saya sudah biasa sangat dengar kejadian \u2018mulut berbuih\u2019 dikalangan kaki clubbing. Cumanya, terkilan juga kerana masih\u00a0 ramai yang tidak sedar akan bahayanya penggunaan dadah ketika berhibur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kalau dulu kita biasa mendengar penggunaan ganja, heroin, kokain, marijuana. Namun, dadah sintetik \u2018alaf baru\u2019 lebih menakutkan. Ice, Syahbu, pil kuda, ecstasy menjadi pilihan, yang kandungannya dikatakan 250% lebih bahaya daripada dadah asli seperti ganja. Manakan tidak, entah apa-apa bahan kimia yang dibancuh. INGAT, LAGI CEPAT HIGH, LAGI CEPAT MATI!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya ingin tegaskan disini. Muzik ialah muzik. Namun, muzik itu akan dilihat \u2018jahat\u2019 dek kelakuan peminat dan pemuzik sendiri. Sebagai contoh, muzik rock akan dilihat \u2018selekeh\u2019 dek kerana perangai, penampilan rockers. Muzik techno pula dilihat jahat kerana peminat dan penghiburnya. Sudahnya, segala macam jenis muzik akan dilihat sebagai HARAM!<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malas saya nak berkata panjang. Benda dah jadi, ambillah iktibar. Namun, saya masih berharap agar mana-mana jenis genre muzik akan kekal sebagai muzik, bukan sebagai \u2018culture\u2019. Tambahan pula, ini bukan budaya kita. Kita ada agama, kita ada adat, kita ada budaya. Jagalah ia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BERHIBUR DENGAN DADAH\u2026 bukanlah satu perkara yang baru. Malah, saya sejak dulu lagi sudah naik muak dengan cerita di dada akhbar dan media lain yang tak putus-putus mengaitkan industri hiburan dengan tiga elemen ini, alcohol, dadah dan seks. Saya tidak mahu mengulas perkara ini dari sudut agama dan undang-undang kerana masing-masing dah faham. Cumanya, dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6],"tags":[1684,1682,1683],"class_list":["post-9019","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita","category-tempatan","tag-dadah-fmfa","tag-fmfa","tag-future-music-festival-asia"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9019","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9019"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9019\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9019"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9019"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9019"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}