{"id":9158,"date":"2014-03-27T00:28:44","date_gmt":"2014-03-26T16:28:44","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=9158"},"modified":"2014-04-03T15:10:08","modified_gmt":"2014-04-03T07:10:08","slug":"hufaz-kongsi-khabar-gembira-bakal-muncul-album-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/hufaz-kongsi-khabar-gembira-bakal-muncul-album-baru\/","title":{"rendered":"Hufaz Kongsi Khabar Gembira, Bakal Muncul Album Baru"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Industri nasyid tidak pernah ketandusan bakat-bakat baru. Mereka lahir dan menyerlah dengan cara mereka tersendiri. Walau berbagai mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi, namun sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan memartabatkan nasyid ke tahap yang membanggakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menyebut nama Hufaz, ia bukanlah nama asing dikalangan peminat industri nasyid. Mereka merupakan bintang yang sedang bergemerlapan dalam arena nasyid Malaysia. Menghulurkan salam perkenalan menerusi album Kembali Kepada Asas, kumpulan yang dianggotai 4 orang anak muda ini nyata bijak menyusun strategi bagi memperjuangkan survival mereka dalam industri hiburan Islam Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selepas muncul dengan album Kembali Kepada Asas dibawah label Loonaq Records, Hufaz dikhabarkan bakal muncul dengan buah tangan terbaru, khas untuk peminat-peminat mereka. Masih setia bersama Loonaq Records, Hufaz kini bertungkus lumus menyiapkan album terbaru mereka bagi tahun 2014.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Baru-baru ini kami sempat menemubual 2 orang ahli kumpulan Hufaz iaitu Amir dan Aizat bagi bertanyakan lebih lanjut mengenai album baru yang bakal terbit tidak lama lagi. Tanpa berselindung, Amir dan Aizat kelihatan teruja untuk berkongsi cerita dengan peminat-peminat mereka mengenai album baru tersebut.<\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">Album Simfoni Zikir Munajat<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Antara projek terbaru kami (untuk) 2014 ini adalah projek album Simfoni Zikir Munajat. (Album ini) masih dlm proses akhir untuk shooting cover (album). Alhamdulillah, lagu semua sudah siap mixing dan pada kali ini Hufaz masih diberi peluang oleh pihak Loonaq Records untuk (terbit) album kami ini.&#8221; ujar Aizat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut seorang lagi ahli Hufaz; Amir, album Simfoni Zikir Munajat ini mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Keistimewaan album Simfoni Zikir Munajat ini ialah alunan dan melodi yang digunakan dalam album ini persis alunan zikir munajat yang pernah disampaikan oleh Ustaz Dr Badrul Amin. Cuma kami mengunakan konsep muzik latar yang mengiringi alunan zikir munajat kami. Jadi, feel nya berbeza dan kami mahu berkongsi feel ini bersama para pendengar dan peminat.&#8221; jelas Amir.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah beliau lagi, muzik latar yang diserapkan dalam album ini akan memainkan peranan yang penting dalam memberikan feel dan penghayatan kepada para pendengar.<\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">Urban Thobe Taja Pakaian Hufaz<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">Amir dan Aizat juga turut menzahirkan rasa syukur mereka apabila segala urusan menghasilkan album Simfoni Zikir Munajat ini dipermudahkan dan mendapat bantuan dan sokongan ramai pihak di belakang tabir. Terbaru, Hufaz turut mendapat tajaan pakaian apabila jenama busana Muslim terkenal, Urban Thobe berbesar hati untuk menaja pakaian mereka sepanjang shooting kulit album tersebut.<\/p>\n<div id=\"attachment_9176\" style=\"width: 435px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Hufaz-di-Butik-Urban-Thobe.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-9176\" class=\" wp-image-9176   \" title=\"Hufaz di Butik Urban Thobe\" alt=\"Hufaz di Butik Urban Thobe\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/03\/Hufaz-di-Butik-Urban-Thobe-590x786.jpg\" width=\"425\" height=\"566\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-9176\" class=\"wp-caption-text\">Hufaz di Butik Urban Thobe<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Selain itu juga, kami mendapat kerjasama daripada Urban Thobe atau dikenali juga sebagai Uthobe sebagai penaja costume yang akan kami gayakan sebagai pakaian untuk cover album ini nanti. Alhamdulillah, kami sangat menghargai dan berterima kasih kepada Urban Thobe atas kesudian mereka menaja pakaian Hufaz untuk sesi photoshoot cover album nanti.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah mereka lagi, Hufaz dan Loonaq Records kini sedang menjalani proses akhir pembikinan album Simfoni Zikir Munajat dan berharap\u00a0 agar peminat mendoakan yang terbaik untuk album ini nanti.<\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">Ungguli Carta Nasyid Sepanjang Zaman MelakaFM<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">Disamping itu, Hufaz juga masih giat mempromosi album pertama mereka terutama apabila lagu-lagu daripada album tersebut berjaya mendapat tempat di hati para peminat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Lagu dari album Kembali Kepada Asas masih mendapat respon positif daripada peminat-peminat. Terbaru, lagu Hufaz turut mengunngguli Top 10, Carta Nasyid Sepanjang Zaman di Melaka FM. Syukur alhamdulillah dan kami berharap album Simfoni Zikir Munajat ini juga dapat memberikan satu kepuasan baru kepada peminat dan pendengar nanti, inshaAllah.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Hufaz. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8211; Munsyeed Dot Com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Industri nasyid tidak pernah ketandusan bakat-bakat baru. Mereka lahir dan menyerlah dengan cara mereka tersendiri. Walau berbagai mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi, namun sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan memartabatkan nasyid ke tahap yang membanggakan. Menyebut nama Hufaz, ia bukanlah nama asing dikalangan peminat industri nasyid. Mereka merupakan bintang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9174,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[1354,1710,1709],"class_list":["post-9158","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-hufaz-2","tag-hufaz-nasyid","tag-hufaz-simfoni-zikir-munajat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9158","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9158"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9158\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9174"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9158"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9158"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9158"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}