{"id":9329,"date":"2014-04-20T00:00:58","date_gmt":"2014-04-19T16:00:58","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=9329"},"modified":"2014-04-19T17:51:11","modified_gmt":"2014-04-19T09:51:11","slug":"aidil-menghitung-hari-lancar-single-jalan-cinta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/aidil-menghitung-hari-lancar-single-jalan-cinta\/","title":{"rendered":"AIDIL Menghitung Hari Lancar Single Jalan Cintaku"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-9331\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri-590x562.jpg\" alt=\"AIDIL 2014 setelah 11 tahun dalam industri\" width=\"590\" height=\"562\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri-590x562.jpg 590w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri-600x572.jpg 600w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri-280x267.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri-180x171.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri-360x343.jpg 360w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/AIDIL-2014-setelah-11-tahun-dalam-industri.jpg 640w\" sizes=\"auto, (max-width: 590px) 100vw, 590px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pasti ramai peminat AIDIL yang ternanti-nanti kemunculan single terbaru kumpulan AIDIL. Setelah lagu Cuba dan Ku Yakin Berlaku berjaya menambat hati para peminat sehingga diangkat menjadi lagu OST drama tempatan, kini AIDIL mengumumkan bakal muncul dengan single terbaru berjudul Jalan Cintaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jalan Cintaku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer versatile, Hafiz Hamidun. Pihak kami difahamkan, sepatutnya single Jalan Cintaku sudah mula diterbitkan dan video muziknya sudah mula disiarkan sekitar awal Mac 2014. Namun, keprihatinan AIDIL mengenai tragedi nahas MH370 membuatkan mereka sepakat untuk menangguhkan hasrat untuk memperdengar dan mempertonton video muzik Jalan Cintaku kepada umum.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini, setelah sebulan, kami cuba menghubungi ketua kumpulan AIDIL, Mohd Fadzli, untuk bertanyakan mengenai status single terbaru mereka, Jalan Cintaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">[youtube url=&#8221;http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=ohJuRHrnWYY&#8221; disablekb=&#8221;1&#8243; fs=&#8221;1&#8243; hd=&#8221;1&#8243; rel=&#8221;0&#8243; showsearch=&#8221;0&#8243; showinfo=&#8221;0&#8243;]<\/p>\n<h6 style=\"text-align: center;\"><em>Teaser klip video Jalan Cintaku<\/em><\/h6>\n<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Fadzli, AIDIL sedang merancang untuk menyiarkan secara rasmi video muzik <a href=\"http:\/\/open.spotify.com\/track\/38Z4MntVObG39xczjmNbOt\" target=\"_blank\">Jalan Cintaku<\/a> dan mereka kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyiarkannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Setakat ini, kami plan untuk tunggu album kompilasi Arteffects International keluar (terbit) atau mungkin kami akan siarkan secara rasmi setelah saya pulang dari Umrah dan Istanbul nanti. Antara dua tarikh tersebut.&#8221; ujar Fadzli.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah beliau lagi, &#8220;Kami sendiri masih berbincang untuk berkumpul dan buat <em>preview<\/em> akhir dengan pihak produksi video muzik sebelum menyiarkannya secara rasmi di laman Youtube. Nak tunggu semua ahli ada, buat <em>preview<\/em> dan <em>finalize<\/em>. Macam Shah AIDIL akan ke Osaka, Jepun atas urusan kerja berkenaan lagu. Saya pula akan mengerjakan umrah dan akan ke Istanbul. Jadi, kami tunggu semua ada untuk buat <em>preview<\/em> akhir sebelum disiarkan secara rasmi nanti.&#8221;<\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">Jalan Cintaku Bakal Jadi OST Drama?<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">Melihatkan dua lagu AIDIL sebelum ini yang diambil menjadi OST drama, kami bertanyakan kepada Fadzli adakah lagu Jalan Cintaku sudah &#8216;dirisik&#8217; untuk menjadi OST mana-mana drama? Dengan tenang, Fadzli menjelaskan yang ada beberapa produksi yang berminat untuk menjadikan lagu tersebut sebagai OST drama mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Masih dalam peringkat perbincangan. Tidak dapat kepastian lagi sebab ada dua, tiga drama yang <em>propose<\/em>. Tetapi kami tidak berani untuk cakap kepastiannya lagi kerana ia masih dalam perbincangan.&#8221; ulas Fadzli.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Apa pun, harapan AIDIL semoga peminat menerima lagu Jalan Cintaku ini sebaiknya. Walaupun kami tidak segigih dulu, tetapi kami sedaya upaya berusaha untuk memberikan yang terbaik buat para peminat.&#8221; kata beliau lagi.<\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">Album vs Single<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kami sempat bertanyakan soalan secara terbuka, antara menerbitkan album dan menerbitkan single, yang mana akan menjadi keutamaan artis untuk kekal relevan didalam industri? Sambil tersenyum, Fadzli berkata terpulang kepada setiap artis untuk memilih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Ia bergantung kepada artis itu sendiri. Teknologi mengubah segalanya. Sesedap mana pun lagu-lagu yang dimuatkan didalam album, masih tidak boleh lawan jualan album macam dulu.&#8221; ulas Fadzli.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Dulu, album kami (dahulu dikenali sebagai Ideal) berjudul Bukalah Hatimu boleh jual sekitar 10,000 unit. Sekarang, artis ternama nak jual album pun susah. Melainkan kalau kita komposer dan produser, senanglah buat album. Jadi, soal terbit album atau single, ia pilihan artis itu sendiri.&#8221; jelas beliau sebelum mengakhiri perbualan bersama kami.<\/p>\n<h4 style=\"text-align: justify;\">Bonus: Lirik Lagu Jalan Cintaku<\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\">Disini kami kongsikan lirik lagu Jalan Cintaku khas untuk peminat-peminat AIDIL.<\/p>\n<div id=\"attachment_9334\" style=\"width: 509px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-9334\" class=\"wp-image-9334\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-590x393.jpg\" alt=\"AIDIL 2014\" width=\"499\" height=\"333\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-590x393.jpg 590w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-950x633.jpg 950w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-600x400.jpg 600w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-280x187.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-180x120.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-360x240.jpg 360w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5-790x526.jpg 790w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/04\/aidil-2014-5.jpg 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 499px) 100vw, 499px\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-9334\" class=\"wp-caption-text\">AIDIL 2014<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: center;\"><strong>Jalan Cintaku &#8211; AIDIL<\/strong><br \/>\n<em>Lagu\/Lirik: Hafiz Hamidun<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Alhamdulillahilladzi &#8216;afani<br \/>\nMimmabtalaka bihi wafaddolanii<br \/>\n&#8216;Ala katsirin mimman kholaqtafdila<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Biar jatuh kubangkit semula<br \/>\nBiar lemas kurenangi jua<br \/>\nBiar payah ku terus harungi<br \/>\nBiar tewas ku makin berani<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">La ilaha illa anta<br \/>\nSubhanaka inni kuntumminzzolimin<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Inilah jalan cintaku<br \/>\nDi laluan yang berliku<br \/>\nTidak mudah<br \/>\nKaki ini melangkah<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Inilah jalan cintaku<br \/>\nBiarpun berjuta batu<br \/>\nTidak lemah<br \/>\nTerus aku melangkah.<\/p>\n<p>&#8211; Munsyeed Dot Com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pasti ramai peminat AIDIL yang ternanti-nanti kemunculan single terbaru kumpulan AIDIL. Setelah lagu Cuba dan Ku Yakin Berlaku berjaya menambat hati para peminat sehingga diangkat menjadi lagu OST drama tempatan, kini AIDIL mengumumkan bakal muncul dengan single terbaru berjudul Jalan Cintaku. Jalan Cintaku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer versatile, Hafiz Hamidun. Pihak kami difahamkan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,1],"tags":[427,1734],"class_list":["post-9329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-tempatan","category-terkini","tag-aidil","tag-aidil-jalan-cintaku"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9329"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9329\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}