{"id":9501,"date":"2014-05-10T13:58:47","date_gmt":"2014-05-10T05:58:47","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=9501"},"modified":"2014-05-10T15:49:20","modified_gmt":"2014-05-10T07:49:20","slug":"aden-legacy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/aden-legacy\/","title":{"rendered":"Aden&#8217;s Legacy: edCoustic Kumpul Karya-Karya Aden"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Sudah hampir 5 bulan Aden edCoustic meninggalkan kita. Perginya beliau mengadap Ilahi adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pun begitu, allahyarham masih kekal diingatan kerana lagu-lagunya masih segar dan terus menginspirasikan sesiapa yang mendengarkannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Demi meneruskan perjuangan yang diasaskan bersama Aden, Eggie atau nama sebenarnya Eggie Gusthaman telah berusaha keras mengumpulkan karya-karya peninggalan allahyarham Aden.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut pihak pengurusan edCoustic, Eggie telah berusaha untuk mencari dan mengumpulkan hasil karya allahyarham Aden yang masih tersimpan dalam simpanan peribadi mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Semenjak Aden meninggal dunia, Eggie berusaha untuk mengumpulkan karya almarhum yang masih ada.&#8221;<\/em> ujar jurucakap pihak pengurusan edCoustic di Indonesia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Setelah hampir 2 bulan lebih, alhamdulillah terkumpullah apa yang kami (pihak pengurusan) panggil Aden&#8217;s Legacy.&#8221;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Aden&#8217;s Legacy atau karya Almarhum Aden ini berjaya dikumpulkan dan ia berupa buku-buku himpunan lagu yang ditulis oleh Aden. Ia termasuk lagu-lagu yang belum diterbitkan lagi oleh almarhum.&#8221;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tambah beliau lagi, buku-buku tersebut dipenuhi dengan karya-karya allahyarham Aden dari muka surat pertama hingga muka surat terakhir setiap buku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketika ditanya adakah Eggie mengetahui semua lagu-lagu yang terdapat dalam buku himpunan lagu Aden itu, Eggie kemudiannya menjawab:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Sayangnya tidak semua lagu di buku tersebut, diketahui nadanya kerana kebanyakkan lagu hanya Aden sahaja yang tahu. Memang ada beberapa lagu yang saya ingat nadanya tetapi kebanyakkannya lupa.&#8221;<\/em> ulas Eggie.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Buat masa ini, belum ada rencana untuk dibuat buku atau CD bagi Aden&#8217;s Legacy. Tetapi kami ada berita baik untuk peminat edCoustic mengenai album ke-4 edCoustic.&#8221;<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>&#8220;Alhamdulillah, dengan izin Allah, Eggie berjaya mengumpulkan lagu-lagu yang pernah dirakam oleh Aden yang belum dirilis. InshaAllah, lagu-lagu tersebut dalam proses mastering dan akan dimuatkan dalam album ke-4 edCoustic.&#8221;<\/em> jawab wakil pengurusan edCoustic.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8211; Munsyeed Dot Com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah hampir 5 bulan Aden edCoustic meninggalkan kita. Perginya beliau mengadap Ilahi adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pun begitu, allahyarham masih kekal diingatan kerana lagu-lagunya masih segar dan terus menginspirasikan sesiapa yang mendengarkannya. Demi meneruskan perjuangan yang diasaskan bersama Aden, Eggie atau nama sebenarnya Eggie Gusthaman telah berusaha keras mengumpulkan karya-karya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9507,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,5,1],"tags":[1614,553,1769,551],"class_list":["post-9501","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-antarabangsa","category-terkini","tag-a-tribute-to-aden-edcoustic","tag-aden-edcoustic","tag-adens-legacy","tag-edcoustic"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9501","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9501"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9501\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9507"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9501"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9501"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9501"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}