{"id":9861,"date":"2014-06-17T12:05:30","date_gmt":"2014-06-17T04:05:30","guid":{"rendered":"http:\/\/beta.munsyeed.com\/?p=9861"},"modified":"2014-06-17T12:57:04","modified_gmt":"2014-06-17T04:57:04","slug":"doakan-saya-dan-rabbani-azadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/doakan-saya-dan-rabbani-azadan\/","title":{"rendered":"&#8220;Doakan Saya Dan Rabbani&#8221; &#8211; Azadan"},"content":{"rendered":"<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba terpampang di sebuah akhbar tempatan melaporkan berita seorang ahli kumpulan nasyid tersohor tanahair ingin mengundur diri. Anggota kumpulan nasyid yang mula bertapak sejak tahun 1997 itu dilapor sedang mempertimbangkan keputusannya untuk keluar daripada kumpulan nasyid tersebut.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Beliau yang dimaksudkan adalah Azadan Abdul Aziz, anggota kumpulan nasyid Rabbani. Memetik laporan akhbar tersebut,\u00a0Azadan dikatakan\u00a0sedang mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan nasyid Rabbani yang merupakan kumpulan nasyid paling berpengaruh itu.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Berita ini sememangnya mengejutkan ramai pihak khususnya para peminat nasyid yang mula mengikuti perkembangan Rabbani sejak awal penubuhannya lagi. Bagi pihak Munsyeed, perkara ini sememangnya menjadi tanda tanya dan perbincangan hangat dikalangan staff lantaran pada pandangan kasar, Rabbani dilihat\u00a0sebagai kumpulan yang tidak bermasalah dan aktif memenuhi undangan persembahan di serata Malaysia.<\/p>\n<h4 style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Sukar Meninggalkan Rabbani<\/h4>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Mengelak daripada terus berteka-teki, wakil Munsyeed segera mendapatkan respon daripada tuan punya badan bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat yang sebenar. Pihak Munsyeed telah menghubungi Azadan dan mendapatkan penjelasan yang sewajarnya rentetan daripada berita yang telah dilaporkan tersebut.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Jelas Azadan, berita tersebut sememangnya dilaporkan setelah beliau diwawancara sendiri oleh wartawan akhbar berkenaan. Beliau sendiri terkejut diajukan soalan sedemikian sedangkan majlis yang berlansung pada waktu itu tidak pula diutamakan tetapi soalan seperti ini pula yang diberi perhatian.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cMemang benar, apa yang akhbar berkenaan tulis, adalah berdasarkan daripada kenyataan saya\u201d<\/em>, jelas Azadan.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cSememangnya hasrat untuk meninggalkan Rabbani telah saya fikirkan sejak lama dahulu. Sejak Allahyarham Asri (bekas penyanyi utama Rabbani) masih ada pun saya ada luahkan hasrat ini, tetapi dihalang oleh beliau\u201d<\/em>, tambah Azadan lagi.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cCukup sukar untuk saya meninggalkan Rabbani\u201d<\/em>, luah Azadan kepada wakil Munsyeed bagi menyatakan Rabbani sememangnya memberi kesan yang mendalam dalam kehidupannya.<\/p>\n<h4 style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Rindukan Allahyarham Ustaz Asri<\/h4>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Berita seperti ini pastinya menimbulkan tanda tanya segenap pihak. Sekian lama Azadan berjuang bersama Rabbani, secara tiba-tiba Azadan memikirkan keputusan seperti ini. Pastinya ada sesuatu perkara yang bersarang di hati penasyid berkenaan hingga memikirkan keputusan yang begitu drastik.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Pihak Munsyeed seterusnya bertanyakan kepada Azadan apakah punca yang menyebabkan beliau menyatakan hasrat untuk meninggalkan Rabbani. Antara lain, beliau menyatakan bahawa dirinya semakin sibuk dengan urusan seharian, hinggakan kadangkala tidak dapat memberikan tumpuan dan masa kepada Rabbani. Beliau berasa bersalah jika disebabkannya, teman-teman Rabbani yang lain akan menjadi sukar untuk melaksanakan kerja.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Pihak Munsyeed merasakan alasan seperti itu agak tidak terlalu kuat bagi mewajarkan hasrat untuk seseorang menarik diri daripada kumpulan yang telah dianggotai sejak bertahun lamanya. Pastinya ada alasan yang lebih kuat hingga menyebabkan beliau membuat keputusan yang sangat besar dalam hidupnya. Akhirnya Azadan memberitahu punca utama yang menyebabkan beliau berfikir untuk meninggalkan Rabbani.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cSaya sebenarnya sangat rindukan Allahyarham\u201d<\/em>, satu ayat yang mungkin ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cSampai ke hari ini, saya masih tidak dapat melupakan Allahyarham. Bagi saya, Allahyarham memang tidak ada pengganti. Saya antara yang paling rapat dengannya. Sejak zaman sebelum Rabbani lagi kami sudah bersama. Kehilangan Allahyarham sangat memberi kesan kepada saya. Walaupun telah lama Allahyarham meninggalkan kita, tetapi bagi saya Allahyarham sangat dekat setiap masa\u201d<\/em>, tambah Azadan yang pastinya menggamit memori dan emosi yang tersendiri.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cMungkin apabila saya tidak bersama dengan Rabbani, perasaan itu dapat dijauhkan\u201d<\/em>, cetus Azadan lagi.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-9866\" src=\"http:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar.jpg\" alt=\"Azadan Tinggalkan Rabbani\" width=\"1000\" height=\"385\" srcset=\"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar.jpg 1000w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-768x296.jpg 768w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-590x227.jpg 590w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-600x231.jpg 600w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-280x108.jpg 280w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-180x69.jpg 180w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-360x138.jpg 360w, https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/rabbani-besar-790x304.jpg 790w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<h4 style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><\/h4>\n<h4 style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Doakan Saya Terus Bersama Rabbani<\/h4>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Pastinya situasi ini memberi tanggapan berbeza bagi setiap pihak. Bagi pihak Azadan, beliau juga mengakui sangat sayangkan Rabbani kerana di kalangan mereka sudah seperti adik beradik. Jatuh bangun Rabbani telah mereka harungi bersama-sama dan pastinya hasrat menarik diri ini adalah satu keputusan yang diluar jangkaan.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\"><em>\u201cSaya masih lagi ahli Rabbani. Saya berusaha untuk terus kekal bersama Rabbani. Doakan saya\u201d<\/em>, ungkap Azadan mengakhiri perbualan antara beliau dan juga pihak Munsyeed.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Kami di\u00a0Munsyeed Dot Com mendoakan agar Azadan dapat menguatkan semangat dan terus kekal bersama dengan Rabbani. Harungi segala rintangan dan cabaran termasuklah ujian dalam diri sendiri itu dengan ketabahan dan kecekalan hati. Rabbani adalah warisan peninggalan daripada Allahyarham, Azadan harus terus menjaganya sepertimana Allahyarham menjaga Rabbani hingga nafas nyawanya yang terakhir.<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">Azadan, kami bersama anda untuk terus kekal bersama Rabbani!<\/p>\n<p style=\"color: #141823; text-align: justify;\">&#8211; Munsyeed Dot Com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba terpampang di sebuah akhbar tempatan melaporkan berita seorang ahli kumpulan nasyid tersohor tanahair ingin mengundur diri. Anggota kumpulan nasyid yang mula bertapak sejak tahun 1997 itu dilapor sedang mempertimbangkan keputusannya untuk keluar daripada kumpulan nasyid tersebut. Beliau yang dimaksudkan adalah Azadan Abdul Aziz, anggota kumpulan nasyid Rabbani. Memetik laporan akhbar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9864,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,1194,6,1],"tags":[1826,69],"class_list":["post-9861","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-eksklusif","category-tempatan","category-terkini","tag-azadan-tinggalkan-rabbani","tag-rabbani"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9861","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9861"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9861\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9864"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9861"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9861"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/munsyeed.com\/malay\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9861"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}