Wujudkan Nasyid Segarang Shoutul Harakah

Semua peminat nasyid rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan kumpulan nasyid Shoutul Harokah. Jika peminat nasyid itu berjiwa pejuang, sudah pasti Shoutul Harokah menjadi kumpulan nasyid yang wajib dikenali. Kumpulan Shoutul Harokah merupakan kumpulan yang berasal dari negara Indonesia. Kumpulan ini mendapat tempat di hati pendengar nasyid dan masyarakat Malaysia kerana muzik yang dibawanya tampak berlainan dengan muzik yang biasa kedengaran di Malaysia.

Kumpulan Shoutul Harokah boleh saya sifatkan kumpulan nasyid yang garang dan tegas di dalam memperjuangkan Islam di dalam sudut hiburan dan muzik. Penyampaian mereka di dalam lagu (rakaman studio) menyentap hati pendengar untuk berasa bersemangat, berasa tersentuh, sayu dan sebagainya. Manakala persembahan mereka di pentas pula membangkitkan semangat perjuangan Islam di kalangan hadirin sehinggakan berasa dekat dengan syahid ataupun kemenangan.

Kejayaan kumpulan Shoutul Harokah mendapat tempat di Malaysia merupakan satu kebanggaan. Kejayaan merubah kebiasaan yang sebelum ini dihidangkan oleh penasyid tempatan yang muziknya lebih ke arah pop, rap, rock dan seumpamanya. Melihat kumpulan nasyid Malaysia yang rata-rata mendayu-dayu, melentok lentok lagunya, tambahan lagi dengan lirik yang memuji wanita, memuja cinta manusia menyebabkan Shoutul Harokah tiada persaingan untuk mendapat tempat di hati pendengar Malaysia.

Persoalannya, sampai bila mahu mengimport Shoutul Harokah untuk membuat persembahan berbentuk semangat perjuangan Islam di Malaysia ini? Sampai bila penasyid Malaysia mahu terus melambakkan lagi koleksi lagu yang mendayu dayu, pop, balada dan kesemuanya itu?

Pada pemerhatian saya, banyak penganjur yang menjemput Shoutul Harokah untuk membuat persembahan di Malaysia bagi membangkitkan semangat pendengar untuk memperjuangkan Islam. Saya sebagai salah seorang pendengar juga terkesan dengan penampilan Shoutul Harokah yang garang di lagu, garang di pentas. Tambahan pula apabila perubahan muzik Shoutul Harokah kini yang lebih ‘boom’.

Hemat saya, wahai penasyid Malaysia, tidak rugi untuk mengekori jejak langkah Shoutul Harokah. Jadilah penasyid yang berani.

Dahulu, nasyid Malaysia mempunyai wakil di dalam sudut politik iaitu Shoutul Amal. Malangnya kumpulan itu entah ke mana hari ini. Jika Shoutul Amal membuat rebranding dan muncul seumpama Shoutul Harokah, sudah tentu Nasyid Malaysia mempunyai penasyid yang mantap dari sudut Haraki. Jemaah yang menaungi kumpulan ini kini khabarnya sibuk pula menubuhkan band. Saya rasa lebih elok munculkan semula Shoutul Amal ini dengan nafas yang baru. Mengambil semangat Shoutul Harokah.

Untuk penasyid sedia ada, saya merasakan tidaklah menjadi kesalahan untuk menerbitkan album bercorak seperti Shoutul Harokah. Agar produk berjiwa perjuangan Islam ini dapat dilahirkan di Malaysia sendiri.

Lagu Bebas Palestin terbitan Inteam Records boleh dijadikan ‘turning point’ untuk melakukan perubahan di dalam nasyid Malaysia dengan irama yang lebih garang dan segar. Lagu Bebas Palestin itu pun saya rasa masih lembut. Garangkan lagi!

Along Safa

Along Safa, Penulis Jemputan Munsyeed.com. Seorang yang popular dikalangan penasyid dan peminat nasyid dek kelantangannya memberi kritik saran kepada industri nasyid suatu ketika dahulu. Kini, bisanya masih terasa dengan penulisan-penulisan yang cukup kritis dan lontaran idea dan pengalaman yang cukup baik.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago