Categories: BeritaTempatan

”Ya, saya salah seorang anggota kumpulan…” – Imam Muda Hassan Akui Pernah Rakam Album Nasyid

Nama Imam Muda Hassan mungkin lebih dikenali hari ini sebagai pendakwah dan personaliti televisyen, namun tidak ramai tahu bahawa beliau pernah melakar kenangan manis dalam industri muzik nasyid tanah air hampir dua dekad lalu.

Dalam satu coretan di media sosial, Hassan berkongsi kisah sekitar tahun 2006, detik yang disifatkannya sebagai “sejarah kecil tapi besar maknanya” apabila lahirnya album Terima Kasih Ya Adnan, hasil gabungan kumpulan Suflife dan Ae-One.

“Ya… saya salah seorang anggota Suflife. Bukanlah sepopular kumpulan nasyid arus perdana, tapi cukup untuk merasa nikmatnya duduk dalam industri seni – masuk studio, rakam suara second, third… suara sumbang pun ada kenangannya!” tulisnya sambil memuat naik gambar kulit album tersebut.

Hassan turut mengimbau memori manis ketika membelek semula CD lama itu, yang membawanya kembali ke zaman awal penglibatan dalam industri nasyid.

Dengan nada berseloroh, beliau mengajak peminat bermain teka-teki, “Kalau anda pandai, cuba teka yang mana satu saya dalam cover CD ni.”

Lebih menarik, Imam Muda Hassan meninggalkan satu soalan bonus yang mencuit hati: “Agak-agaknya kalau Suflife buat show berbayar, boleh sold out macam Inteam tak?”

Walaupun Suflife bukan nama besar seperti kumpulan nasyid popular era 2000-an, kisah ini membuktikan bahawa pengalaman dalam dunia seni memberi makna tersendiri, kenangan yang kekal segar walau masa terus berlalu.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

8 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

8 months ago