Berita

Yasin, Aizat Amdan dan Altimet seru peminat jangan mengundi

Menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti, Warner Music Malaysia telah melancarkan kempen memupuk kesedaran tentang kepentingan menunaikan tanggungjawab mengundi sekaligus menggalakkan pengundi berdaftar keluar mengundi pada hari pengundian PRU14 nanti. Usaha ini adalah bertepatan dengan seruan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang memohon pihak korporat menyampaikan mesej kepentingan mengundi kepada masyarakat umum dalam bentuk dan pendekatan tersendiri.

Mengulas mengenai kempen ini, Eksekutif A&R Warner Music Malaysia, Raja Nazreen menyatakan,“Pihak Warner Music Malaysia merasa bertanggungjawab untuk sama-sama mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan mengundi. Ini adalah usaha kami untuk memeriahkan suasana pilihan raya selain daripada melaksanakan tanggungjawab sosial kami”.

Menerusi kempen ini, Warner Music Malaysia telah menerbitkan dan melancarkan video ‘Undilah’ dan ‘#Dontvote’. Video ‘Undilah’ menyaksikan artis baru seperti Andi Bernadee , Dewi Seriestha , Bella Nazari dan Wan Shahjuddin berpadu suara merakamkan semula lagu kempen mengundi Pilihan Raya Pertama Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Pada zaman itu, lagu berentak boria ciptaan dan dendangan Allahyarham Datuk Zainal Alam Zainol Abidin ini pernah mencetuskan suasana ceria dan menggamatkan suasana pilihan raya seperti sambutan hari raya.

Raja Nazreen menjelaskan,“Sebagai apresiasi muzik zaman 50an, kami dapatkan penyanyi generasi baru merakamkan semula lagu ini. Ini bertepatan juga dengan kebangkitan muzik zaman dahulu dikalangan anak muda masa kini. Dengan ini kami berharap ianya bukan sahaja dapat mendedahkan golongan muda terhadap irama klasik berentak boria tetapi semoga ianya juga dapat menarik perhatian mereka terhadap mesej yang disampaikan dalam lagu ini”.

Manakala video #DontVote pula menggunakan pengaruh artis dalam menyampaikan mesej yang menggalakkan peminat mereka keluar mengundi. Video yang berdurasi 1 minit ini menampilkan barisan artis tanahair seperti Marsha Milan, Aizat Amdan, Altimet, Yasin, loQue, Wings, Maya Karin dan Kaka Azraff yang turut mengambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka sebagai suri teladan.

“Sengaja kami menggunakan ‘clickbait’ dan ‘reverse psychology’ agar mesej itu dapat disampaikan terus kepada golongan sasaran kami, iaitu golongan yang tidak mahu atau tidak sedar kepentingan mengundi tetapi mahu justifikasi kenapa mereka tidak perlu mengundi. Bila dibuat sebegitu, harap mereka akan tonton video ini dan terima nasihat yang disampaikan,” ulas Raja Nazreen berkenaan tajuk yang digunakan iaitu #DontVote.

Selain daripada itu, Warner Music Malaysia juga ada menyediakan panduan ringkas dalam bentuk infografik sebagai panduan kepada pengundi baru yang menerangkan proses pilihan raya. Infografik tersebut akan dikongsikan di kesemua pelantar media sosial Warner Music Malaysia.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago