Berita

Yasin Mempertaruhkan Muzik

Yasin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Yasin bukanlah satu nama baru di dalam industri seni tanah air. Beliau juga merupakan seorang penyanyi lelaki tersohor tanah air yang memperjuangkan lagu-lagu berentak world music. Yasin memulakan karier sebagai penyanyi sejak tahun 1995 menerusi kumpulan nasyid yang bernama Brothers. Sepanjang beliau terlibat bersama kumpulan Brothers, mereka telah merakamkan 5 buah album studio iaitu We Are (1997), Satu Perjuangan (1998), Untukmu Teman (2000), Brothers Reunited (2005) dan Sabar (2015). Dalam pada masa yang sama, Yasin juga telah merakamkan 3 buah album solo beliau iaitu Mimpi Laila (2001), Salsabila (2002) dan Arus Qudus (2009).

Yasin telah mencurahkan bakatnya lebih dari sepuluh tahun dalam dunia seni dan beliau juga telah banyak menggondol anugerah-anugerah di dalam industri muzik di atas kegigihannya dalam membangunkan industri muzik tanah air. Beliau mula meniti populariti sebagai penyanyi solo pada era 2000-an, dimana lagu solo nyanyiannya yang berjudul ‘Mimpi Laila’ telah berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer terkenal apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul ‘Salsabila’ pula telah memenangi Anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003.

Selain daripada itu, beliau juga telah banyak mencipta dan menerbitkan lagu-lagu popular untuk penyanyi terkenal tanah air. Antara lagu popular hasil ciptaannya yang mendapat sambutan yang hebat adalah Wassini (Waheeda), Lagu Rindu (Dato Siti Nurhaliza), Ku Temu Cahaya (Dayang Nurfaizah) dan Alhamdulillah (nyanyian bersama Too Phat).

Di sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang insan seni, Yasin mengaku bahawa beliau amat bersyukur kerana masih dikurniakan bakat seni yang masih di cari-cari oleh peminatnya. Walaupun hampir 8 tahun beliau mendiamkan diri, kini Yasin kembali di dalam persada seni tanah air dengan buah tangan baru.

Jika sebelum ini Yasin amat popular dengan lagu-lagu hit nyanyian beliau seperti ‘Mimpi Laila’, ‘Salsabila’, ‘Kerna Dia’, dan ‘Nur Kasih’ nyanyian bersama Tiz Zaqyah. Kini, Yasin muncul dengan lagu terbaru bertajuk ‘Muzik’. ‘Muzik’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Yasin sendiri. Lagu ini juga masih mengekalkan konsep Arabian music yang sering dibawakan oleh Yasin. Ternyata identiti atau ‘trademark’ Arabian yang ada dalam lagu-lagu ciptaannya tidak dapat dipisahkan dengan beliau. Lagu ‘Muzik’ ini juga telah mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu Faizal Tahir.

Industri muzik tanah air pasti akan bergegar sekali lagi dengan kehadiran lagu ‘Muzik’ oleh Yasin dan lagu ini juga merupakan sebuah hadiah buat para peminat beliau. Yasin juga berharap agar semua dapat menerima lagu ini dan terus menjadikan lagu ini hit seperti lagu-lagu beliau yang sebelumnya.

Bagi peminat Yasin, jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Muzik’ yang kini sudah boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016 lalu.

Lagu ‘Muzik’ oleh Yasin ini merupakan sebuah lagi edaran digital oleh Warner Muzik Malaysia Sdn Bhd.

Lirik Muzik – Yasin

Muzik buat aku rasa bahagia
Muzik buat aku rasa…

Tak ku sedar jemariku ikuti rentak irama
Nada lagu memanggilku ikuti melodi kalbu

Bebaskanku dari ragu yang berantai di mindaku
Bangkit rasa dalam jiwa, menggerak seluruh raga

Muzik buat aku rasa bahagia
Muzik buat aku rasa…

Dalam kita lihat ada wajah wajah yang gembira
Aura cinta getarannya aku rasa

Muzik buat aku rasa bahagia
Muzik buat aku rasa…

Tak kau sedar jemarimu ikuti rentak irama
Nada lagu memanggilmu ikuti melodi kalbu

Bebaskanmu dari ragu yang berantai di mindamu
Bangkit rasa dalam jiwa, menggerak seluruh raga

Muzik buat aku rasa bahagia
Muzik buat aku rasa…

Dalam kita lihat ada wajah wajah yang gembira
Aura cinta getarannya aku rasa

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago