Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun JB
Setelah mencatatkan sambutan penuh semasa konsert yang pertama di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 14 November 2012 lalu, Arteffects International kini akan membawakan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun ke selatan tanah air, bertempat di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor, pada 23 Februari 2013.
Konsert yang dijangkakan bermula pada jam 8.30 malam ini akan diisi dengan alunan Zikir Terapi oleh Hafiz Hamidun, melalui rangkaian zikir-zikir yang dipetik dari album Zikir Terapi Diri. Sehingga kini, album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun terbitan Arteffects Sdn. Bhd. dan edaran bersama Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. mencatatkan jualan mencecah 120,000 unit, dan turut mendominasi carta jualan iTunes Malaysia.
Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam ini akan turut diserikan dengan penampilan Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Astro Oasis) dan Zainal Ariffin Ismail (Jejak Rasul TV3) sebagai selebriti jemputan.
Bagi memantapkan pengisian konsert spiritual ini, iringin muzik berkualiti dan secara ‘live’ akan dipersembahkan oleh pemuzik-pemuzik professional negara antaranya Ujang Exist (Dram), Eddi Slam (Gitar), Kelly (Bass) dan Lok U selaku Pengarah Muzik. Para penonton bakal dihidangkan dengan susunan muzik terapi yang berbeza dengan konsert sebelum ini dan juga versi asal dari album Zikir Terapi Diri.
Tajaan tiket kepada penonton-penonton individu yang berminat terbahagi kepada beberapa harga iaitu RM38, RM78, RM118, dan RM158 (Tempat Duduk VIP). Para pembeli tiket cuma perlu datang terus ke Stadium Tertutup Johor Bahru pada hari konsert, atau membeli terlebih awal melalui talian 03-7727 1297, sms atau whatssap 012-225 1297, atau ke www.zikirterapidiri.com.
Tajaan tiket bagi pihak korporat juga begitu dialu-alukan dengan menghubungi talian yang sama atau emel ke newmedia@arteffects.com.my . Sebarang informasi berkaitan juga boleh diperolehi dari Twitter.com/Hafizhamidun atau Facebook Hafiz Hamidun.
– Munsyeed{Dot}Com