Kolum
0 comments

7 Fakta Menarik Mengenai Kumpulan Raihan

by on November 4, 2014
 

Nama RAIHAN berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud Wangian Syurga. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli ini telah mempelopori genre muzik kontemporari Islam pada tahun 1996 yang mencetuskan fenomena luarbiasa dalam dunia hiburan Islam

Raihan yang merupakan artis paling banyak memenangi anugerah kembara telah lengkap membawa muzik mereka menjelajah 6 (enam) benua di dunia iaitu Australia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Hari ini kami akan kongsikan 7 fakta menarik mengenai ‘living legend’ ini khas untuk para pembaca Munsyeed Dot Com.

  • Lebih daripada 13 tahun berada dalam industri muzik, pencapaian tertinggi Raihan termasuklah Jualan Album Terbaik di Malaysia melalui album Puji-Pujian yang telah terjual lebih daripada 1.5 juta unit dengan jualan terkumpul keseluruhan album sebanyak 3.5 juta unit (termasuk jualan antarabangsa). Baca: 7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia
  • Telah menerima 17 trofi Anugerah Industri Muzik daripada Recording Association Industry of Malaysia (RIM) menjadi pengukur pencapaian profesional Raihan.
  • Pernah berduet dengan penyanyi-penyanyi luar negara termasuklah Yusuf Islam dalam lagu “God Is The Light”. Raihan juga pernah berduet dengan penyanyi Rap Mecca2medina dalam lagu “Do U Know Him” dan berduet dengan Miloud dari Perancis dalam lagu “Salam”.
  • Pernah mendapat peluang bertemu secara peribadi dengan Putera Charles ketika mewakili kerajaan Malaysia sempena Puncak Komenwel di Edinburgh, Scotland pada tahun 1997. Setahun selepas itu, Raihan mendapat jemputan peribadi daripada Ratu England yang berada di Kuala Lumpur ketika itu sempena Sukan Komenwel. Ini merupakan kenangan yang paling berharga buat mereka.
  • Pada 2008, Raihan telah mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London untuk Islamic Relief UK’s ‘Evening of Inspiration’ bersama-sama artis dari Denmark, Amerika and Timur Tengah. Ia merupakan satu pencapaian yang luarbiasa bagi artis untuk membuat persembahan di Royal Albert Hall London.
  • Artis Malaysia yang pertama pernah menjayakan konsert-konsert di Indonesia, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Thailand, Bangkok, Hong Kong, Brunei, Melbourne, Sydney, Cape Town, Johannesburg, Durban, Dubai, Abu Dhabi, Moscow, Saratov, Dagestan, Paris, Bordeaux, Lyon, Marseille, Nantes, Strasbourg, Glasgow, Edinburgh, Manchester, Birmingham, Cardiff, Bristol, London, Toronto and Trinidad & Tobago. Kesemua konsert ini dianjurkan oleh penganjur luar negara.
  • Raihan juga telah dianugerahkan sebagai Ikon Malaysia pada 2009 dan juga telah menerima anugerah dalam Mahabba Awards kerana lagu-lagu sanjungannya kepada Rasulullah S.A.W. Raihan juga telah terpilih sebagai Most Influential Muslims dalam ‘The 500 Most Influential Muslims’ sejak tahun 2009 dalam ketegori seni dan kebudayaan dan Raihan merupakan satu-satunya artis Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan tersebut. Buku ini telah diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Raihan sangat mengagumkan dan memberi inspirasi kepada semua pihak. Tahniah Raihan dan teruskan bersinar!

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response