Categories: BeritaTempatanTerkini

1.7 Juta Pengunjung Bakal Banjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Acara yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta ilmu kini kembali! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-33 akan berlangsung dari 24 April 2014 hingga 4 Mei 2014 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Pesta Buku paling besar dan meriah di Malaysia ini bakal menjadi tumpuan jutaan pengunjung yang akan bertandang dari seluruh pelusuk tanahair untuk melihat dan membeli buku-buku terbaru keluaran syarikat buku Malaysia dan luar negara.

PBAKL 2014 merupakan sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut memberi sokongan dan kerjasama di dalam penganjuran PBAKL ialah Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM) dan Majlis Penerbitan IImiah Malaysia (MAPIM).

918 Buah Gerai Pameran Untuk PBAKL 2014

Untuk pengetahuan anda, PBAKL 2014 kali ini telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 241 buah syarikat/agensi penerbitan yang mana 210 buah adalah dari dalam negara serta 31 syarikat dari luar negara. Manakala dari segi bilangan gerai pameran buku dan produk pendidikan pula terdapat 918 buah kesemuanya iaitu 796 gerai adalah dari kalangan syarikat/agensi tempatan dan 122 dari luar negara termasuk dari Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, Arab Saudi, Kuwait, India, Australia, Iran, Syria, Lubnan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Gerai Pameran Tumpuan Di PBAKL 2014

Antara gerai pameran yang dijangka bakal menjadi tumpuan ramai ialah gerai pameran PTS Media Sdn Bhd, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Telaga Biru Sdn Bhd, Inteam Recods Sdn Bhd, Mustread Sdn Bhd, Hijjaz Publishing Sdn Bhd, Karangkraf dan banyak lagi. Pada tahun ini, PTS Media Group mengunakan tema yang berkonsepkan Pavilion PTS. Manakala Inteam Records pula akan menggunakan konsep Oasis Ilmu dan Iman.

Berdasarkan sambutan yang diterima dari pengunjung yang amat menggalakkan pada tahun 2013, negara Arab Saudi telah bersetuju untuk menjadi tetamu jemputan PBAKL 2014 buat kali kedua dengan mengadakan ’Pavilion Negara Arab Saudi’ di dalam Dewan Tun Hussein Onn.

PBAKL untuk tempoh lima tahun berturut-turut telah berjaya menarik seramai lebih dari 1.5 juta pengunjung menjadikan ianya diiktiraf sebagai pesta buku terbesar dan terunggul di negara ini serta di rantau Asia Tenggara sepertimana yang disahkan oleh pihak ”Malaysia Book Of Records”.

PBAKL 2014 Perkenal Dunia Komik Dan Novel

Adalah dianggarkan bilangan pengunjung pada tahun 2014 ini akan mencecah melebihi hingga 1.7 juta orang dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Pada tahun ini juga menyaksikan satu lagi penambahbaikan PBAKL iaitu dengan memperkenalkan konsep ’Dunia Komik dan Novel’ (’World of Comics and Novels) yang mengambil tempat di Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC.

Sejumlah 13 buah dewan dan bilik pameran akan dibuka iaitu Legar Putra, Bilik Mawar, Bilik Johor-Kedah, Bilik Kelantan, Bilik Melaka, Bilik Pulau Pinang, Bilik Perlis, Bilik Perak, Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Razak 3, Dewan Tun Razak 4 dan Dewan Merdeka. Pengunjung PBAKL akan berpeluang untuk memilih pelbagai jenis buku terbitan terbaharu dari dalam dalam dan luar negara dari pelbagai bidang. Pelbagai aktiviti juga akan dijalankan sepanjang berlangsungnya PBAKL.

Majlis perasmian PBAKL 2014 akan berlangsung pada 25 April 2014, jam 3 petang bertempat di Pentas Utama, PWTC. Acara akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.

Sempena PBAKL juga, akan berlangsung pameran Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre (TCC) dari 22 – 24 April 2014 yang merupakan pameran dagangan dan hak cipta buku. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sesawang kualalumpurbookfair.my atau www.tcckualalumpur.com

PBAKL 2014 akan mula dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan pada 1 Mei 2013. Masuk adalah percuma. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke PBAKL 2014 bermula Khamis ini, 24 April 2014.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago