Categories: BeritaTempatanTerkini

AIDIL Menghitung Hari Lancar Single Jalan Cintaku

Pasti ramai peminat AIDIL yang ternanti-nanti kemunculan single terbaru kumpulan AIDIL. Setelah lagu Cuba dan Ku Yakin Berlaku berjaya menambat hati para peminat sehingga diangkat menjadi lagu OST drama tempatan, kini AIDIL mengumumkan bakal muncul dengan single terbaru berjudul Jalan Cintaku.

Jalan Cintaku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer versatile, Hafiz Hamidun. Pihak kami difahamkan, sepatutnya single Jalan Cintaku sudah mula diterbitkan dan video muziknya sudah mula disiarkan sekitar awal Mac 2014. Namun, keprihatinan AIDIL mengenai tragedi nahas MH370 membuatkan mereka sepakat untuk menangguhkan hasrat untuk memperdengar dan mempertonton video muzik Jalan Cintaku kepada umum.

Kini, setelah sebulan, kami cuba menghubungi ketua kumpulan AIDIL, Mohd Fadzli, untuk bertanyakan mengenai status single terbaru mereka, Jalan Cintaku.

showinfo=0

Teaser klip video Jalan Cintaku

Menurut Fadzli, AIDIL sedang merancang untuk menyiarkan secara rasmi video muzik Jalan Cintaku dan mereka kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyiarkannya.

“Setakat ini, kami plan untuk tunggu album kompilasi Arteffects International keluar (terbit) atau mungkin kami akan siarkan secara rasmi setelah saya pulang dari Umrah dan Istanbul nanti. Antara dua tarikh tersebut.” ujar Fadzli.

Tambah beliau lagi, “Kami sendiri masih berbincang untuk berkumpul dan buat preview akhir dengan pihak produksi video muzik sebelum menyiarkannya secara rasmi di laman Youtube. Nak tunggu semua ahli ada, buat preview dan finalize. Macam Shah AIDIL akan ke Osaka, Jepun atas urusan kerja berkenaan lagu. Saya pula akan mengerjakan umrah dan akan ke Istanbul. Jadi, kami tunggu semua ada untuk buat preview akhir sebelum disiarkan secara rasmi nanti.”

Jalan Cintaku Bakal Jadi OST Drama?

Melihatkan dua lagu AIDIL sebelum ini yang diambil menjadi OST drama, kami bertanyakan kepada Fadzli adakah lagu Jalan Cintaku sudah ‘dirisik’ untuk menjadi OST mana-mana drama? Dengan tenang, Fadzli menjelaskan yang ada beberapa produksi yang berminat untuk menjadikan lagu tersebut sebagai OST drama mereka.

“Masih dalam peringkat perbincangan. Tidak dapat kepastian lagi sebab ada dua, tiga drama yang propose. Tetapi kami tidak berani untuk cakap kepastiannya lagi kerana ia masih dalam perbincangan.” ulas Fadzli.

“Apa pun, harapan AIDIL semoga peminat menerima lagu Jalan Cintaku ini sebaiknya. Walaupun kami tidak segigih dulu, tetapi kami sedaya upaya berusaha untuk memberikan yang terbaik buat para peminat.” kata beliau lagi.

Album vs Single

Kami sempat bertanyakan soalan secara terbuka, antara menerbitkan album dan menerbitkan single, yang mana akan menjadi keutamaan artis untuk kekal relevan didalam industri? Sambil tersenyum, Fadzli berkata terpulang kepada setiap artis untuk memilih.

“Ia bergantung kepada artis itu sendiri. Teknologi mengubah segalanya. Sesedap mana pun lagu-lagu yang dimuatkan didalam album, masih tidak boleh lawan jualan album macam dulu.” ulas Fadzli.

“Dulu, album kami (dahulu dikenali sebagai Ideal) berjudul Bukalah Hatimu boleh jual sekitar 10,000 unit. Sekarang, artis ternama nak jual album pun susah. Melainkan kalau kita komposer dan produser, senanglah buat album. Jadi, soal terbit album atau single, ia pilihan artis itu sendiri.” jelas beliau sebelum mengakhiri perbualan bersama kami.

Bonus: Lirik Lagu Jalan Cintaku

Disini kami kongsikan lirik lagu Jalan Cintaku khas untuk peminat-peminat AIDIL.

AIDIL 2014

Jalan Cintaku – AIDIL
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun

Alhamdulillahilladzi ‘afani
Mimmabtalaka bihi wafaddolanii
‘Ala katsirin mimman kholaqtafdila

Biar jatuh kubangkit semula
Biar lemas kurenangi jua
Biar payah ku terus harungi
Biar tewas ku makin berani

La ilaha illa anta
Subhanaka inni kuntumminzzolimin

Inilah jalan cintaku
Di laluan yang berliku
Tidak mudah
Kaki ini melangkah

Inilah jalan cintaku
Biarpun berjuta batu
Tidak lemah
Terus aku melangkah.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago