Categories: BeritaTempatanTerkini

Duta Aman Palestin: Mr Bie Rancang Lagu Parodi Untuk Palestin

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu. Begitulah gerangannya pemilik nama Hasbie Muh Ali atau lebih popular dengan nama Mr Bie. Gelaran Raja Parodi yang dipegangnya telah membuka seribu pintu rezeki dan peluang untuk beliau dikenali oleh masyarakat dan berbakti untuk Islam.

Terbaru, kami mendapat tahu yang Mr Bie telah dilantik sebagai duta kepada sebuah NGO yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin, Aman Palestin. Perlantikan ini menjadikan Mr Bie sebagai antara Duta Aman Palestin dari kalangan artis selepas Heliza Helmi dan juga Salima.

Wartawan Munsyeed mengambil kesempatan untuk menghubungi Mr Bie baru-baru ini untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai berita gembira ini.

Medium Berbakti Kepada Ummah

Menurut Mr Bie, pada mulanya beliau hanya terlibat dengan progran anjuran Aman Palestin.

“Saya pun sebenarnya tidak tahu macam mana boleh mula. Seingat saya, tempoh hari saya ada menerima panggilan telefon daripada pihak Aman Palestin untuk sertai program mereka. Selepas itu, mereka ajak berjumpa.”jelas Mr Bie.

“Kami berjumpa di KL Sentral. Lama dah. Kami bersembang dan berbincang. Menurut pihak Aman Palestin, mereka mengenali saya menerusi laman Youtube. Pada waktu itu, belum timbul cadangan tentang duta dan sebagainya. Ia sekadar perbincangan antara dua pihak untuk saya menyertai program-program anjuran Aman Palestin.”

Mr Bie Sebagai Duta Aman Palestin

Tambah Mr Bie lagi, “Tawaran untuk menjadi Duta Aman Palestin itu saya terima pada awal bulan ini dan alhamdulillah, saya rasa syukur kerana diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan. Ini adalah medium untuk saya berbakti kepada Islam terutama kepada saudara-saudara kita yang berada di Palestin.”

“Pada mulanya saya rasa terkejut. Siapalah saya. Sebab ia tanggungjawab dan amanah yang besar. Saya minta pandangan orang terdekat, minta petunjuk dari Allah, akhirnya saya terima tawaran menjadi duta ini.” jelas Mr Bie.

“Selain saya, ada beberapa lagi Duta Aman Palestin yang turut sama menggembleng tenaga dalam kempen-kempen dan acara-acara yang dianjurkan oleh Aman Palestin. Saya berharap, dengan segala usaha yang dilakukan oleh Aman Palestin ini nanti, akan menarik lebih ramai orang untuk buka mata dan cakna mengenai isu Palestin dan yang terbaru Syria.”ujar Mr Bie.

Lagu Parodi Mengenai Palestin & Syria

Ketika ditanya apa perancangan beliau selepas dilantik menjadi Duta Aman Palestin ini, Mr Bie menjelaskan yang beliau bercadang untuk buat lagu parodi berkenaan Palestin.

“Insha Allah, saya bercadang untuk berkongsi sdikit sebanyak isu Palestin Syria. Mungkin setiap parodi yang akan saya buat selepas ini boleh dikatikan dengan keadaan kita disini dan keadaan mereka disana.” ulas Mr Bie.

showinfo=0

“Mungkin insha Allah kalau diberi kesempatan, (boleh) buat lagu-lagu atau cover lagu Palestin Syria macam Noah –  Separuh Aku.”

Mr Bie

Harapan Mr Bie Untuk Palestin dan Syria

“Saya berharap, akan tiba saat dan masanya untuk kita melihat saudara-saudara kita di Palestin dan Syria menikmati hidup bebas dan menerima layanan sebagai seorang manusia yang merdeka. Harapan ini semakin hampir dan inshaAllah sama-sama kita berusaha dan berdoa.” ucap Mr Bie dengan penuh keyakinan.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago