Categories: BeritaTempatanTerkini

Du’a Berhasrat Buat Cover Version Versi Akustik

Kumpulan ini tidak pernah hilang dari radar pemerhatian Munsyeed. Kami sentiasa memerhati dan menunggu berita-berita terbaru daripada mereka. Walaupun masih di usia muda, namun Du’a membuktikan yang mereka adalah artis berjiwa pejuang yang kreatif dan sentiasa positif mengadaptasi pembaharuan dalam muzik mereka.

Single Cermin Diri

Selepas kejayaan single Sahaja Aku MencintaiMu dan Rindu Lebaran, Du’a kini mempertaruhkan single terbaru berjudul Cermin Diri.

Single yang turut dimuatkan dalam album Sahaja Aku MencintaiMu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ustaz Amal dan susunan muzik oleh Kalsa Studio.

Bercerita mengenai single terbaru ini, salah seorang vokalis Du’a, Muhammad Asadullah atau lebih mesra disapa Asad menjelaskan lagu ciptaan ayahandanya ini merupakan hasil penghayatan dari doa yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Idea penciptaan lagu Cermin Diri ini adalah hasil penghayatan daripada doa melihat diri di cermin yang diajar oleh Nabi Muhammad untuk diamalkan oleh kita semua. Jadi, lagu ini dihasilkan supaya orang ramai dapat memahami dan mengamalkan doa ini dengan cara yang mudah.” ujar Asad.

Cermin Diri merupakan lagu nyanyian Du’a yang turut menampilkan Ustaz Amal sebagai penampilan istimewa dan rakan duet dalam lagu ini. Asad juga berkata video muzik Cermin Diri juga telah dilancarkan dan respon peminat terhadap lagu tersebut amat memuaskan.

showinfo=0

Ahli Baru – Ahmad Danial

Disamping mengekalkan ahli sedia ada, Du’a turut menerima kehadiran ahli baru yang bernama Ahmad Danial. Beliau yang berusia 21 tahun, merupakan mahasiswa tahun dua dalam bidang ICT di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Berikut kami kongsikan butiran ringkas ahli kumpulan Du’a.

Ahli kumpulan Du’a:
– Muhammad Asadullah (Asad), 22, 2nd year, KAED, UIAM.
– Muhammad Ajwad (Ajwad), 20, 1st year, Human Science, UIAM.
– Ahmad Nursilahuddin (Ahmad), 23, Bekerja sebagai Wartawan media sosial
– (Ahli Baru) Ahmad Danial (Danial), 21, 2nd year, ICT, UTP.

Komitmen Pada Persembahan Tetapi Tidak Abai Pelajaran

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini ahli-ahli kumpulan Du’a, Asad memaklumkan yang setiap ahli masih fokus dengan setiap perkara yang mereka lakukan.

“Saya, Ajwad dan Danial masing-masing fokus dengan belajar manakala Ahmad pula fokus kepada kerjayanya. Tetapi, latihan dan jemputan persembahan masih kami terima dan kami tidak pernah mengecewakan penganjur. Cuma, masing-masing bijak menyusun masa supaya bersesuaian dan tidak mengabaikan tugas utama kami.”ulas Asad.

Cover Version Versi Akustik

“InsyaAllah kami masih dalam latihan dan perancangan untuk buat cover song versi akustik.”

“Buat masa sekarang ini masih belum putuskan lagi. Lagu-lagu yang dalam pilihan macam AlHaq, Adamu. Ada plan juga nak cover lagu english tetapi kena check dulu lirik semua.” jelas Asad.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago