Categories: Terkini

15 Tahun Kami Disini

“Weh, ni dah 3 Ogos ni. Dah genap 15 tahun kita buat Munsyeed ni!”

Bila masuk sahaja mesej Whatsapp dalam grup kami, saya terkedu. Eh biar betul? 15 tahun? Kalau budak, ni dah masuk tingkatan 3 ni!

Bila diingat balik sejarah panjang penubuhan Munsyeed{dot}com ini, kami sebenarnya pada asal hanyalah sekumpulan peminat nasyid. Muka-muka inilah yang kerap muncul di show-show nasyid, baik show-show kecil di kampus IPT hinggalah konsert-konsert berskala besar.

Masa awal-awal kami buat Munsyeed ni, scene nasyid masih lagi boleh dikatakan aktif. Show masih banyak disana sini. Malah, idea menubuhkan Munsyeed ni pun terpacul masa kami dalam kereta, balik daripada Konsert Gaza Di Stadium Melawati Shah Alam. Kalau nak tahu, kereta tu adalah Toyota Avanza hijau milik Muzammil dari kumpulan Munsyideen!

Dari situ, kami merancang. Dimana kami nak letak Munsyeed ni. Adakah sama dengan portal-portal hiburan yang lain? Apa pengisiannya? Tu semua bermain dalam fikiran kami.

Tarikh 3 Ogos 2010, kami mulakan langkah pertama. Zaman tu, main redah sahaja. Antara penasyid yang mula-mula melayan kami sebagai ‘Media Nasyid’ ketika itu ialah Bazli UNIC, Inteam dan Abg Munif Hijjaz.

And the rest his history. Bila fikir balik, banyak juga pahit manis yang kami lalui sebagai media ni. Belum lagi cerita bagaimana kami terpalit kontroversi, hasil cerita ‘Bakar line”…Fuhh, kecoh beb!

Orang tanya, apa rujukan saya bila buat Munsyeed ni? URTV? Mangga? Media Hiburan?

Sejak dulu lagi, saya merupakan pembaca tegar Rolling Stone dan Kerrang. Dan influence terbesar kami ialah majalah ROTTW. Malah, bos ROTTW, Abang Rom pernah berpesan, pastikan content yang diketengahkan ni mampu menaikkan industri nasyid dan jangan sesekali libatkan hal peribadi artis dalam Munsyeed.

Sekarang, umur Munsyeed dan 15 tahun. Industri nasyid ada turun naiknya. Perubahan? Banyak. Album fizikal dah pupus. Artis nasyid lebih selesa buat single. Cara mereka approach peminat pun jauh berbeza dibanding 15 tahun dulu. Dengan media sosial apa segala bagai.

Hmm..ketika saya mencoret ni pun,dah kedengaran beberapa artis nasyid yang sedang merencanakan konsert besar. Ada yang dah viral sampai tiket pun sold out, maka yang lain sedang berkobar-kobar untuk menaikan balik nasyyid. Mungkin, industri nasyid akan boom balik tahun depan?

Balik pula pada cerita kami, team Munsyeed.

Saya akui, aktiviti Munsyeed ni kerap naik turun. Kadangkala aktif, sampai tak cukup tangan nak cover macam-macam benda. Dan kami pernah juga hilang arah, yang membawa kepada hiatus yang agak panjang. Dan pernah juga putus asa.

Diawalnya, kami masih remaja, masih gagah kesana sini dengan aktiviti nasyid. Kini komitmen kami tak sama. Dah bekerjaya, beranak pinak. Ada yang jadi peguam, ahli farmasi, pensyarah IPTS dan sebagainya.

Minat? Masih. Walaupun ada diantara kami yang memerhati dari jauh atas komitmen kerja, termasuk saya. Tak pernah luntur dalam jiwa kami.

Inilah 15 tahun kami. Moga ada rezekinya untuk 15 tahun akan datang.

Haji Zaxxx | AbuAfham | esafarree | Yeopmi | Along Safa | Azie | Dar Sandur

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago