Categories: Berita

Menteri Agama Turun Bukit Bintang – Promosi Kempen Al-Quran Di Mana-Mana

Di tengah gegak-gempita kota raya, suasana Bukit Bintang pada malam Jumaat bertukar syahdu apabila alunan kalamullah menggema menerusi program julung kali Al-Quran Di Mana-Mana @ Bukit Bintang.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini membawa nafas baharu dalam usaha mendekatkan masyarakat urban dengan al-Quran, apabila tilawah dan tadabbur dibawakan terus ke tengah-tengah nadi Kuala Lumpur. Ia bukan sekadar program kerohanian, tetapi satu simbolik kuat bahawa al-Quran bukan hanya untuk surau dan masjid – malah boleh menjadi panduan dan penenang jiwa dalam hiruk-pikuk kehidupan moden.

Majlis yang berlangsung pada 31 Julai itu turut diserikan dengan penampilan istimewa beberapa figura dakwah dan seni suara Islami tanah air seperti Ammar Mukhlis, Husaini Mahmur, Jalal Zaiki serta kumpulan nasyid popular, UNIC. Acara dihoskan oleh pengacara dan personaliti televisyen, Suffian Amrin.

Menteri Agama Turun Bukit Bintang

YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang hadir memeriahkan program, menyifatkan pengalaman tersebut sebagai luar biasa.

“Indah rasanya bila dapat menyelami kalamullah di tengah kesibukan kota,” ujar beliau.

Ketika ditanya mengenai surah pilihan hatinya, YB Menteri tanpa ragu menyebut Surah Al-Kahfi – sebuah surah yang menurut beliau sangat relevan dengan cabaran anak muda hari ini.

“Surah ini bukan sekadar cerita masa lalu, tetapi cerminan perjuangan buat belia masa kini. Kisah Ashabul Kahfi tentang mempertahankan akidah di tengah fitnah dunia, dan kisah Zulkarnain mengenai kepimpinan dan tanggungjawab — semuanya amat bermakna,” katanya.

Tambah beliau, Surah Al-Kahfi memberi petunjuk jelas bagaimana generasi muda perlu berdepan dengan empat fitnah utama: fitnah akidah, fitnah harta, fitnah ilmu, dan fitnah kekuasaan.

Turut hadir memeriahkan malam penuh penghayatan ini ialah Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Mohd Ajib Bin Ismail serta barisan pengurusan tertinggi JAKIM.

Program Al-Quran Di Mana-Mana @ Bukit Bintang bukan sahaja memperlihatkan keterbukaan pendekatan dakwah masa kini, malah menjadi bukti bahawa al-Quran mampu menyentuh hati sesiapa sahaja – di mana sahaja.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago