Categories: BeritaSiaran Media

Tabung Haji Anjur Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan baru-baru ini bertempat di Dewan Besar TH, Menara TH Jalan Tun Razak dan telah disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi TH.

Kesinambungan daripada tahun sebelumnya, Musabaqah Cilik TaHa diteruskan dengan objektif utama penganjuran adalah untuk membudayakan pembacaan Al-Quran di kalangan pelajar sekolah dan melahirkan generasi yang cintakan Al- Quran.

Program ini adalah khusus kepada pendeposit TH yang merupakan ahli-ahli Kelab TaHa untuk menunjukkan potensi dan bakat mereka mengalunkan ayat-ayat Al- Quran.

Musabaqah Cilik TaHa 2023 telah dilaksanakan di setiap negeri seluruh Malaysia sejak September dan sambutan daripada pelajar sekolah dan guru-guru amat memberangsangkan dengan lebih 1,000 penyertaan diterima.

Johan Qari dan Qariah peringkat negeri seluruh Malaysia seterusnya bertanding di peringkat Wilayah untuk menjadi wakil wilayah masing-masing ke peringkat Kebangsaan. Johan Qari dan Qariah dari setiap wilayah melibatkan Wilayah Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Timur dan Sabah serta Sarawak seterusnya bertemu di peringkat Kebangsaan untuk merebut gelaran Johan Kebangsaaan Qari dan Qariah Musabaqah Cilik TaHa 2023.

Majlis Musabaqah Cilik TaHa peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mohamed Ameen bin Abdul Wahab dan dihadiri oleh Pengarah TH Wilayah dan Negeri, ibu bapa peserta serta guru-guru.

Menurut Tuan Haji Mohamed Ameen bin Abdul Wahab, penganjuran pertandingan seperti ini menerusi Kelab TaHa, merupakan inisiatif TH untuk memartabatkan Al-Quran dalam diri pelajar sekolah dan ianya merupakan salah satu usaha TH untuk mendekati pendeposit-pendeposit muda dan ianya juga merupakan satu lagi kelebihan menyimpan di TH.

TH melalui program ini yakin bahawa platfom ini dapat menarik minat pelajar- pelajar sekolah untuk menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mewakili negara di persada antarabangsa, insya-Allah .

Dalam Majlis Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan tahun 2023, adik Muhammad Aqeef bin Ahmad Zuhdi yang mewakili Wilayah Utara telah dinobatkan sebagai Johan Qari manakala adik Nur Qiesya Zhafirah binti Mohammad Ramdan yang mewakili Wilayah Sabah/Sarawak dinobatkan sebagai Johan Qariah. Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan barangan cenderahati Kelab TaHa.

TH menerusi Kelab TaHa berhasrat untuk meneruskan program seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang dan merancang penganjurannya diluaskan bagi pelajar sekolah menengah juga. TH juga akan terus menganjurkan program dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat kepada ahli-ahli Kelab TaHa dari masa ke masa dalam usaha membantu semua pihak bagi membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi dan cemerlang dalam pelbagai aspek.

Sumber: Tabung Haji.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago