Categories: Terkini

Harum Setangkai Doa – “Suhaimi Saad pernah dengar lagu ini sewaktu…”

Kehilangan sahabat seperjuangan pastinya menimbulkan kesan yang sangat mendalam buat seseorang insan. Begitulah yang dirasakan oleh anggota kumpulan nasyid Inteam yang baru sahaja kehilangan sahabat baik mereka.

Suhaimi Saad yang merupakan bekas anggota kumpulan Inteam, telah pergi menghadap Ilahi pada 15 November 2023 yang lalu. Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.

“Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut, beliau hanya sakit dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, dan kami sempat menziarahi beliau di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum beliau menghadap Ilahi” ujar Syah, selaku ketua Kumpulan Inteam.

Ditanya kepada Abdul Rahim Inteam berkenaan pemergian Allahyarham Suhaimi, beliau menjawab “Walaupun sedih, kami redha dengan pemergian sahabat kami dan bersyukur kerana selepas kematian beliau banyak cerita-cerita dan pesanan kebaikan beliau yang disebarkan oleh masyarakat, semoga ia menjadi pahala jariah buat almarhum”

“Kami juga rasa sebak dan terharu kerana diberi keizinan oleh keluarga beliau untuk memandikan dan menguruskan jenazah almarhum sehinggalah selesai proses pengebumian” tambah Rahim lagi.

Manakala saudara Hazamin yang berada di Mekah ketika kejadian pula berkata;
“Sewaktu berita kematian beliau diterima, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama almarhum dulu” cerita Hazamin Inteam yang merupakan sahabat Suhaimi sejak dari sekolah menengah lagi.

“Alhamdulillah semasa di Mekah, saya sempat menunaikan ibadah umrah badal untuk Allahyarham sebagai hadiah untuk beliau” tambah Hazamin lagi.

Baru-baru ini, Inteam melancarkan single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi untuk sahabat mereka yang telah pergi ini. Lagu ini telah mendapat respon positif dari peminat yang rata-ratanya menulis komen menyatakan sedih dan menangis apabila mendengar lagu tersebut.

Menyentuh mengenai lagu Harum Setangkai Doa ini, vokalis kumpulan FINE, Asyraf Azehar berkata “Lagu ini cukup istimewa dan pernah diperdengar kepada beberapa orang artis nasyid dalam bentuk demo. Malah, Allahyarham Suhaimi sendiri pernah dengar lagu ini. Pada waktu itu, kami tertanya-tanya siapa yang bakal menyanyikan lagu ini. Ternyata, lagu ini rupa-rupanya ditakdirkan (didedikasikan) untuk beliau (Allahyarham Suhaimi)”.

Lagu ciptaan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara ini dilancarkan pada 5 Januari lalu di rangkaian Youtube Inteam Digital dan seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, KKBox, Joox dan Apple Music.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago