Connect with us

Berita

NADA Buat “Come Back” Dengan Lagu Nabi-Nabi Allah

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid NADA kembali mewarnai industri dengan single terbaru mereka, Nabi-Nabi Allah.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Faiz Darwish ini telah berada si semua platform penstriman muzik digital sejak Jumaat, 21 Februari 2025.

Lagu ini diterbitkan dibawah label Darwish Production dan Soofi Studio.

Menariknya, ini merupakan single kedua NADA yang turut menjadi batu loncatan untuk mereka membuat kemunculan semula setelah tampil dengan single pertama sebelum ini berjudul Sahabat Dunia Akhirat.

Buat yang belum mengenali, NADA sebenarnya sudah wujud sejak tahun 2019 dan berasal dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Kumpulan ini dianggotai oleh Azim Zakir, Eizat Fathi, dan Shauqi Afif yang mewakili generasi kedua NADA.

Sebelum ini, NADA pernah dianggotai oleh Ammar Mukhlis, Firdaus Zulkhairi, Nik Zaim, dan Solihin yang menjadi batch pertama NADA.

Menurut salah seorang anggota kumpulan NADA, mereka sangat teruja dengan kemunculan semula ini dan berharap lagu Nabi-Nabi Allah dapat diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

“Terima kasih kepada penyokong NADA yang sentiasa mendoakan kami dan terus mendengar setiap lagu kami dan harapan kami semoga lagu ini dapat sambutan yang baik di kalangan orang ramai dan semoga lagu ini juga dapat menjadi sebuah lagu yang selalu diingati kerana mesej-mesej yang kami nak sampaikan adalah mesej yang positif terutama sekali kanak-kanak yang nak tahu pasal kisah-kisah Nabi,” jelas Azim.

Tambah Azim lagi, NADA bersyukur kerana telah dipelawa oleh Faiz dari kumpulan Darwish untuk menyanyikan lagu Nabi-Nabi Allah ini.

“Faiz Darwish adalah individu pertama yang approach kami untuk buat comeback dengan single kedua ini. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada NADA untuk menyampaikan lagu Nabi-Nabi Allah kepada semua.”

Bagi yang ingin mendengar sendiri keistimewaan Nabi-Nabi Allah, boleh dengarkan di semua platform penstriman muzik digital.

Jangan lupa sokong dan sebarkan kebaikan bersama NADA!

Berita

“Baru raya ke-3, sudah berjauhan dengan keluarga…” – Inteam Penuhi Jemputan Persembahan di New Zealand

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid tersohor, Inteam, bakal mengembangkan lagi pengaruh mereka di persada antarabangsa menerusi Kembara New Zealand 2025.

Menerusi wawancara bersama Hazamin Inteam baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa kumpulan nasyid itu akan berada di New Zealand selama lapan hari, bermula 3 hingga 11 April 2025, untuk beberapa program istimewa.

Antara agenda utama mereka di sana adalah dua persembahan khas yang akan membawa mesej kedamaian dan ukhuwah Islamiah:

  • Persembahan pertama bersama NGO Asturlab, sebuah komuniti Muslim di New Zealand.
  • Persembahan kedua bersama komuniti Melayu anjuran An-Nida Trust di Christchurch, berdekatan Masjid Al Noor – lokasi tragedi berdarah yang meragut nyawa 51 syuhada dalam insiden tembakan pada 2019.


Selain itu, perjalanan kembara ini turut menjadi medan bagi Inteam untuk merakamkan Travelog Kembara Selawat Inteam x Khair di New Zealand serta rakaman video Akustik Inteam 2025.

Menurut Hazamin, kedua-dua kandungan eksklusif ini akan dimuatkan dalam aplikasi Khair, menjadikannya platform eksklusif bagi peminat menonton kandungan istimewa ini.

Sebelum ini, Inteam pernah berkolaborasi dengan Apps Khair dan menghasilkan Travelog Kembara Selawat Inteam x Khair di Perth, dan kali ini, jelajah mereka ke New Zealand dijangka lebih istimewa dengan penceritaan yang lebih mendalam mengenai perjalanan dakwah dan seni mereka.

Menariknya, trip ini ditaja sepenuhnya oleh Apps Khair dan Qudwah Group, dua entiti yang turut menyokong misi dakwah dan hiburan berlandaskan Islam.

Dengan kembara ini, nama Inteam dijangka terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai ikon nasyid yang bukan sahaja relevan di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Semoga perjalanan ini membawa manfaat dan inspirasi kepada semua!

Continue Reading

Berita

“Idea pada tahun 2023, rakam pada tahun 2024, video muzik pula 2025…” – Manisnya Syawal Berjaya Raih Perhatian Peminat

Diterbitkan

pada

Manisnya Syawal

Sempena sambutan Aidilfitri, industri muzik tanah air dimeriahkan dengan pelancaran single raya terbaru berjudul Manisnya Syawal.

Lagu yang sarat dengan kemeriahan dan kegembiraan Syawal ini dinyanyikan oleh Ustaz Manis, atau nama sebenarnya Ustaz Mohd Fadhly Hasbulah, bersama beberapa artis nasyid ternama – Azhary Ahmad, Razin, dan Khalil dari kumpulan Mestica.

Menariknya, Manisnya Syawal pada asalnya dirancang sebagai lagu solo Ustaz Manis. Namun, setelah perbincangan bersama penerbit bersama, Amin Nordin, tercetuslah idea untuk memperkayakan karya ini dengan gabungan suara harmoni daripada artis nasyid lain.

Keputusan ini bukan sahaja memberikan hasil produksi yang lebih segar, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan sesama peminat nasyid tanah air.

Perjalanan produksi lagu ini juga cukup unik. Ia mula digarap seawal Syawal 2023, sebelum proses rakaman diteruskan pada tahun 2024 dengan penambahan artis kolaborasi.

Rakaman muzik video pula disempurnakan pada Ramadan 2025, menjadikan projek ini mengambil masa yang cukup panjang untuk dihasilkan.

Hal ini kerana jadual padat Ustaz Manis sebagai seorang guru dan penceramah bebas, selain faktor lokasi beliau yang menetap di Pulau Pinang.

Antara komen yang diberikan oleh para pendengar di YouTube
Antara komen yang diberikan oleh para pendengar di YouTube

Pun begitu, hasilnya nyata tidak mengecewakan apabila lagu ini berjaya dihasilkan dengan baik sekali hasil sentuhan Amin Nordin dan tim produksi yang lain dari Smart Audio. Lagu ini mendapat maklum balas yang positif di kalangan pendengar.

Keseluruhan produksi audio visual Manisnya Syawal dijalankan di Smart Audio Studio, Bukit Raja, Klang. Amin Nordin bukan sahaja bertindak sebagai penerbit bersama, malah turut memainkan peranan sebagai komposer, editor, dan videografer bagi muzik video lagu ini.

Dengan harapan besar, Manisnya Syawal diharap dapat menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini. Ayuh, nikmati kemanisan Syawal dengan alunan merdu daripada Ustaz Manis, Azhary, Razin Mestica, dan Khalil Mestica.

Selamat Hari Raya!

Continue Reading

Berita

Vijay Sambut Syawal Di Kampung Bersama Intisor, Citrawi, Syamsul Aidil dan Fourwords

Diterbitkan

pada

Kehangatan Aidilfitri bukan hanya tentang kemeriahan dan kegembiraan, tetapi juga nilai persaudaraan yang merentasi kaum dan agama.

Itulah mesej yang ingin disampaikan menerusi muzik video Syawal Mulia, yang menampilkan pempengaruh terkenal Vijay Thirackumar sebagai model dan pengisi suara (voice-over).

Dalam video muzik ini Vijay membawa watak sebagai seorang lelaki berbangsa India yang mempunyai seorang bapa saudara beragama Islam.

Bapa saudaranya amat mengharapkan kepulangannya ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu.

Sebagai seorang anak saudara yang baik, Vijay berusaha sedaya mungkin untuk pulang dan menyantuni keluarga Muslimnya, mencerminkan eratnya hubungan kekeluargaan yang tidak terbatas pada agama.

Perpaduan dalam Kepelbagaian
Menurut Ustaz Samad dari kumpulan Intisor, kehadiran Vijay dalam muzik video ini membawa mesej yang lebih besar – memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dapat hidup dalam harmoni, saling menghormati adat resam dan kepercayaan masing-masing.

“Kita mahu menunjukkan bahawa walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, perpaduan tetap boleh dicapai melalui nilai-nilai murni dan kasih sayang dalam keluarga,” ujar beliau.

Selain itu, Vijay juga dikenali sebagai seorang pempengaruh bukan Islam yang meminati muzik nasyid serta budaya Melayu-Islam.

Kehadirannya dalam Syawal Mulia menampilkan sisi unik dalam industri hiburan tempatan dan menjadi bukti bahawa keindahan seni boleh menyatukan hati tanpa mengira perbezaan.

Muzik video Syawal Mulia kini boleh ditonton di platform YouTube. Saksikan bagaimana Vijay membawa watak penuh makna ini dan raikan keindahan Aidilfitri dengan mesej perpaduan yang menyentuh hati!

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment