Categories: Kolum

3 Album Paling Dinanti Mac 2013

Desas desus mengatakan 3 album baharu bakal terbit dalam masa terdekat. Album penuh dari 3 artis paling popular ini merupakan antara album-album yang sangat dinantikan oleh para peminat selepas lama mereka menyepi. Hijjaz, Inteam dan Saujana; 3 nama besar dalam industri bakal menggegarkan nuansa nasyid nusantara dengan album penuh seawal-awalnya Mac 2013!

Hijjaz – Janji

HIJJAZ
Kali terakhir Hijjaz muncul dengan album penuh adalah pada tahun 2010 berjudul Permata Hijjaz. Album ini hasil kolaborasi kumpulan Hijjaz dan syarikat bumiputera, Permata Hijrah Sdn Bhd. Terbaru, Hijjaz mengumumkan bakal muncul dengan album baharu berjudul Janji. Tampil dengan gaya korporat menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, Hijjaz dijangka bakal memberi kejutan dengan kelainan yang ditonjolkan menerusi pra-dengar album mereka.

Tidak perlu kita bercakap panjang, nantikan sahaja buah tangan terbaru Hijjaz Mac ini. Yang pasti, album ini berada dalam senarai Album Mesti Beli 2013!

Hasil fotoshoot untuk album terbaru mereka. Sumber: Facebook Inteam. Ihsan: Firdaus Mahadi.

INTEAM
Merangkul Anugerah Album Nasyid Terbaik 2010 menerusi album Allahu Rabbi, Inteam dilihat begitu berhati-hati dalam mengumpul material untuk album terbaru mereka. Enggan terburu-buru menghasilkan album baru, Inteam berusaha mendapatkan khidmat komposer ternama termasuk dari Indonesia untuk album terbaru mereka.

Inteam sekali lagi menggunakan formula dari album Allahu Rabbi apabila menampilkan 2 bekas vokalis kumpulan itu, Suhaimi Saad dan Hisyam Ahmad dalam album terbaru mereka. Ditambah dengan kekuatan lagu-lagu dari komposer terkemuka, Inteam tampil dengan pembaharuan apabila buat pertama kali berkolaborasi dengan komposer seperti Aden Edcoustic, Almawlid, Muhibbain dan lain-lain. Nantikan album terbaru mereka yang akan diumumkan tidak lama lagi.

SAUJANA
Tidak seperti Hijjaz dan Inteam, kumpulan Saujana begitu berahsia mengenai album terbaru mereka. Sedikit pun lagu tidak disiarkan untuk pra-dengar dan ini membuatkan para peminat ternanti-nanti dan berteka-teki mengenai album terbaru mereka.

Album-album Saujana tidak pernah menghampakan para peminat. Bermula dari album pertama hinggalah album terakhir mereka berjudul Nota Cinta, Saujana sentiasa menyajikan yang terbaik buat para peminat. Ini terbukti apabila lagu-lagu Saujana kerap dimainkan di radio-radio tempatan mahupun di dalam talian (online).

Apa yang pasti, album terbaru Saujana tahun ini bakal dinanti-nantikan oleh penyokong industri nasyid selepas kejayaan lagu Penerang Hati nyanyian Sixth Sense featuring Saujana yang mendapat sambutan luarbiasa dikalangan pendengar. Nantikan album terbaru Saujana ok!

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago