Categories: BeritaTempatanTerkini

‘Athif Anugerah Terindah Buat Zul Renova

Zul Renova, Ain Sofieya & bayi lelaki mereka. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Pasangan romantis, Mohamad Zulkifly (Zul Renova) dan isteri Ain Jeni (Ain Kumpulan Sofieya) selamat melahirkan anak sulung mereka pada hari Khamis lalu, 21 Februari 2013.

Bayi lelaki ini telah selamat dilahirkan pada jam 5.15 pagi di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah Darul Aman.

Ketika dihubungi, vokalis kumpulan Renova ini nyata terharu diatas kurniaan ALLAH SWT terhadap beliau dan isteri. Menurut Zul, beliau bersyukur kerana segala urusan telah dipermudahkan dan kelahiran bayi lelaki ini satu anugerah yang tidak ternilai bagi dirinya.

Bayi lelaki comel ini telah diberi nama Muhammad ‘Athif Darwisy Bin Mohamad Zulkifly. Alhamdulillah. Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga Muhammad ‘Athif Darwisy menjadi anak yang soleh, pejuang Islam yang kental dan hamba ALLAH yang soleh dan bertaqwa. Ameen. 🙂

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago