Categories: BeritaTempatan

5 Ikon Nasyid Laungkan Azan di Zayan Sepanjang Ramadan

Radio Zayan tampil dengan inisiatif unik sempena Ramadan tahun ini apabila lima artis nasyid terkenal tanah air diberi penghormatan untuk melaungkan azan di Zayan sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Pengurus Jenama Radio Zayan, Wan Syahrul Amry, idea ini tercetus secara spontan hasil perbincangan bersama Naib Presiden Munsyid Malaysia, Hazamin Inteam, yang mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk Ramadan kali ini.

View this post on Instagram

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

“Kami ingin mempromosikan Munsyid Malaysia dan memberi ruang kepada ikon nasyid untuk berkongsi bakat mereka dalam sesuatu yang lebih besar manfaatnya. Maka, lahirlah idea untuk menampilkan lima ikon nasyid iaitu Nazrey Johani, Zul Rabbani, Munif Hijjaz, Hazamin Inteam dan Fakhrul UNIC untuk melaungkan azan lima waktu secara bergilir-gilir sepanjang Ramadan,” katanya.

Nazrey Johani

Inisiatif ini juga selari dengan usaha Zayan sebelum ini yang pernah menganjurkan pertandingan Zayan Next Top Bilal (ZNTB), di mana pemenangnya diberikan peluang melaungkan azan di radio selama setahun.

Kali ini, dengan penglibatan lima artis nasyid tersohor, Zayan berharap dapat mengangkat martabat laungan azan serta menggalakkan lebih ramai orang, khususnya anak muda, untuk mempelajari seni taranum azan.

“Kami mahu membudayakan pengalaman melaungkan azan, sama ada di surau, masjid, sekolah atau tempat kerja. Jika seseorang itu mengidolakan Nazrey Johani atau Munif Hijjaz, mungkin ini boleh menjadi inspirasi untuk mereka belajar azan dan mendekati seni taranum,” tambahnya.

Rakaman azan ini telah dijayakan dengan kerjasama Inteam Records, yang turut menaja proses rakaman dengan sokongan Qudwah Group.

Jadual giliran untuk para bilal selebriti ini disusun dengan rapi, memastikan setiap ikon mendapat peluang melaungkan azan mengikut waktu yang telah ditetapkan secara bergilir-gilir setiap hari.

“Walaupun nampak seperti usaha yang sederhana, sumbangan para Munsyid ini besar maknanya. Mereka menggunakan populariti mereka untuk sesuatu yang bermanfaat dan menjadikannya sebagai saham akhirat. Azan ini boleh didengar di mana-mana, bila-bila masa, dan inshaAllah akan menjadi inspirasi kepada ramai,” jelas Wan Syahrul lagi.

Dengan pendekatan ini, Zayan bukan sahaja membawa kelainan kepada siaran Ramadan mereka, tetapi turut memberi impak positif dalam memartabatkan azan serta menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk menyahut cabaran menjadi muazzin.

Ramadan kali ini pasti lebih bermakna dengan laungan azan dari suara-suara yang pernah mengalunkan nasyid membangkitkan jiwa, kini menyeru kepada solat di radio.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago