“Lenggok seni tarannum dalam lagu ini memang padu!” – Lagu Barokah Al-Quran Ustaz Zoul Tarik Perhatian Pendengar
Barokah Al-Quran by Ustaz Zoul
Pendakwah dan penyanyi, Ustaz Zoul, tampil dengan sebuah karya istimewa berjudul Barokah Al-Quran, lagu yang mengangkat tema kecintaan terhadap kitab suci Al-Quran.
Lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu seruan untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Lenggok seni tarannum yang disampaikan oleh Ustaz Zoul dalam menyampaikan lagu ini sangat mengasyikkan.
Menariknya, lirik dan melodi lagu ini sepenuhnya ciptaan Ustaz Zoul sendiri, dengan susunan muzik oleh Syahir Miswan.
Proses rakaman berlangsung di Longan Garage Studio, manakala video muzik rasmi telah pun dilancarkan di YouTube Zoul Creative Studio.
Lagu Barokah Al-Quran membawa mesej mendalam tentang keutamaan membaca, memahami, dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
Lebih istimewa, lagu ini turut diselitkan dengan doa dalam bahasa Arab, memohon rahmat dan petunjuk Allah melalui keberkatan Al-Quran.
Produksi Berkualiti & Usaha Bersepadu
Dari segi teknikal, lagu ini telah melalui proses mixing dan mastering oleh Syahir Miswan, memastikan kualiti bunyi yang mantap dan merdu didengar.
Selain itu, promosi lagu ini dikendalikan oleh Amir (BeeGood).
Menurut Ustaz Zoul, “Lagu ini dihasilkan sebagai peringatan buat diri sendiri dan semua, bahawa Al-Quran adalah harta paling berharga dalam hidup kita. Semoga ia menjadi asbab kebaikan dan inspirasi untuk lebih dekat dengan Al-Quran.”
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” – Sabda Rasulullah SAW
Lagu Barokah Al-Quran kini boleh dinikmati di semua platform digital, dan video muzik rasmi boleh ditonton di YouTube Zoul Creative Studio.
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.