Categories: BeritaSiaran Media

5 Program TV Terbaik TV AlHijrah Sempena Maulidur Rasul Tahun Ini

Mengangkat tema Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI, TV AlHijrah menyambut Maulidur Rasul kali ini dengan menyiarkan 5 program islamik yang menarik untuk tontonan masyarakat umum.

5 program menarik ini adalah Malam Cinta Rasul, Assalamualaikum Khas, Podcast Kekasih Allah, Peristiwa Maulid dan Apa Cerita Kome? Istimewa Maulidur Rasul.

Ayuh imarahkan malam kelahiran Baginda Nabi SAW dengan berselawat beramai-ramai menerusi Program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya, secara langsung pada 15 September, Ahad, jam 9 malam.

Bersama hos istimewa, Ustaz Nabil Ahmad dan pentausiyah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin, Dato Setia Dr. Haji Anhar Opir, Dato Dr. Sukri Othman dan Datuk Ustaz Haji Abdul Manap menghayati kisah kehidupan Baginda Nabi yang penuh pengajaran.

Program Istimewa Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan siaran rancangan Assalamualaikum Khas pada 16 September, Isnin, jam 7 pagi. Bertemakan Maulidur Rasul, rancangan ini akan mengukuhkan lagi rasa cinta kita pada Rasullah SAW dengan topik-topik menarik yang akan dikupas bersama panel jemputan.

Seterusnya, pada hari yang sama, Podcast Kekasih Allah akan menemani penonton pada jam 9 malam. Podcast yang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa ini membawa penonton mendalami akhlak dan keperibadian Al-Mustafa untuk kita teladani dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Peristiwa Maulid pada 17 September ini, Selasa, jam 9.30 malam. Ayuh kita bersama- sama menghayati dan mendalami peristiwa kelahiran Nabi Allah dan sejarah kehidupan Baginda bagi menyuburkan dan menghangatkan rasa cinta dan rindu semua kepada Baginda.

Akhir sekali, saksikan Apa Cerita kome? Istimewa Maulidur Rasul pada 18 September, Rabu, jam 9 malam. Ayuh menghayati kuliah yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias yang akan membawa kita meneladani limpahan cinta Rasulullah ketika bersama dengan sahabat mahupun sewaktu berdepan dengan musuh di zamannya.

Teruskan menyokong TV AlHijrah dengan mengikuti perkembangan isu semasa di platform TikTok Berita AlHijrah serta nikmati juga program – program menarik secara strim di aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar anda semua.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago