Dari Buku Kepada Lagu, Ustaz Adnin Muncul Dengan Single ‘Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi’
Adnin Roslan - Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi
Tarbiah Sentap Records menerbitkan single terbaharu “Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi” nyanyian Ustaz Adnin Roslan bersama Ruomei. Lagu yang dilancarkan pada Jumaat, 13 September 2024 ini boleh didapati di semua platform digital sempena sambutan Maulidur Rasul 1446H.
Lagu Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi diilhamkan daripada buku bestseller terbaru karya Ustaz Adnin Roslan yang berjudul Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi. Gabungan lirik Melayu dan Arab yang indah ini menyampaikan mesej cinta yang mendalam dan kerinduan yang suci kepada Rasulullah SAW. Dengan korus yang mudah diingati, “Duhai asbab geloranya rinduku”, lagu ini menjadi medium untuk menyemai rasa cinta dan rindu kepada Baginda, sekaligus memberikan santapan rohani kepada pendengar.
Lagu ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberikan ketenangan jiwa dan sesuai didengari sepanjang musim Maulidur Rasul dan sepanjang tahun.
Sedikit info lagu:
Tajuk: Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi Artis: Adnin Roslan ft. Ruomei Genre: Pop Religi/Pop Rock Lagu/Lirik: Akmal Mustafa Lirik Arab: Abdulkarim Al Ali KETERANGAN LAGU
Lagu Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi meluahkan kerinduan yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW. Lagu ini menggambarkan hasrat yang membara untuk bertemu dengan Nabi, yang diibaratkan seperti cinta Rabiah dan Thauban yang sangat merindui Baginda. Dalam lirik lagu ini, digambarkan bahawa tiada yang lebih berharga daripada melihat wajah Nabi dan bersama Baginda di Syurga.
Setiap selawat dan salam yang dititipkan merupakan bukti cinta yang abadi, melintasi masa dan ruang. Lagu ini turut menyampaikan bahawa andai diberi pilihan, Syurga bukan hanya kerana keindahannya, tetapi kerana di situlah Nabi Muhammad SAW berada. Rindu yang membara ini menguasai seluruh jiwa, dan melihat Nabi adalah kebahagiaan tertinggi yang diimpikan oleh setiap umat Islam.
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.