7 Fakta Menarik Mengenai Suhaimi Saad

Suhaimi Saad – Namanya menjadi antara carian tertinggi di laman web Munsyeed Dot Com. Mempunyai personaliti yang menarik, Suhaimi kini bergerak solo dan aktif memenuhi jemputan persembahan pentas di serata Malaysia.

Melalui segmen “7 Perkara Menarik Mengenai Artis” ini, kami akan kongsikan 7 fakta menarik mengenai Suhaimi Saad untuk tatapan anda. Enjoy!

  • Sejak bergelar artis sehinggalah sekarang, pewangi rasmi Suhaimi Saad adalah WM White Musk.
  • Suhaimi obses terhadap laksa dan disebabkan minatnya itu, beliau belajar memasak laksa sehingga pandai. (Admin pernah makan laksa Suhaimi, Memang sedap dan pekat!)
  • Nombor rumah keluarga Suhaimi di Pahang dan nombor rumah keluarga Ina Naim di Johor adalah sama iaitu 223.
  • Suhaimi mempunyai bakat menulis khat dan melukis. (Lawa tulisan khat Suhaimi. Kami baru sahaja tempah untuk ulangtahun ke-4 kami tahun ini)
  • Suhaimi mempunyai 4 album solo yang diterbitkan oleh 4 syarikat rakaman berbeza.
    1. Kias Cinta – Hijjaz Records.
    2. Kalamak – Strategic Communication.
    3. Zikir, Selawat & Doa – I Art Media.
    4. Album baru dengan Arteffects International.
  • Suhaimi merupakan artis solo yang tidak pernah ‘miming’ ketika membuat persembahan. Semuanya live! 🙂
  • Menurut Suhaimi, rekod paling pantas beliau merakamkan sesebuah lagu adalah kurang 10 minit. (Ada sesetengah artis sampai sehari suntuk!)

Orang kata, “Tak kenal maka tak cinta.”. Semoga segmen ini akan menjadi ruangan santai untuk para pembaca mengetahui fakta-fakta menarik mengenai artis kesayangan anda.

Kepada Suhaimi Saad, sejujurnya kami tersenyum apabila menulis satu demi satu fakta menarik ini sewaktu sesi temubual ringkas pagi tadi. Suhaimi memang seorang yang sporting. Semoga bakatnya akan terus bersinar dan bergemerlapan dalam industri hiburan Islam. Ameen. 🙂

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago