Categories: BeritaTempatanTerkini

Aeril Zafrel Tampil Dalam Album Ust Asri

Album Surah Lazim Beserta Terjemahan

Pelakon remaja yang popular menerusi filem Cinta Kura-Kura, Muhammad Suhairi atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel membuat penampilan khas dalam sebuah album berjudul Surah Lazim Beserta Terjemahan.

Aeril, 24 tahun telah menerima pelawaan daripada Abban Cipta Entertainment untuk berkolaborasi dalam album yang cukup istimewa ini. Bacaan Surah-Surah Lazim telah dialunkan oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim manakala terjemahannya dibaca oleh Aeril sendiri.

Seperti yang semua sedia maklum, Aeril Zafrel kini semakin giat mendalami ilmu agama dan perubatan Islam setelah beliau mengalami penyakit misteri awal tahun ini. Aeril dilihat aktif menghadiri majlis ilmu, program-program berunsurkan Islam dan sering mendekatkan diri dengan para ‘ulama tersohor negara dan nusantara.

Hujung Oktober lalu, Aeril dilihat hadir di Malam Cinta Rasul di Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan bergambar bersama Habib Syech Bin Abdul Qadir Assegaff, ulama terkenal dari Solo, Indonesia. Tidak cukup setakat itu, beliau difahamkan pergi ke Indonesia untuk mendalami ilmu disana.

Aeril Zafrel

Terbaru, Aeril Zafrel juga dilihat begitu selektif dalam mengambil tawaran berlakon yang diterimanya. Beliau turut bertanya pendapat peminat-peminatnya untuk tawaran yang beliau terima.

Tahniah Aeril! Semoga Aeril istiqamah dengan jalan yang dipilih. Apa pun, buatlah keputusan yang mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT.

Album Surah Lazim Beserta Terjemahan ini diterbitkan oleh Abban Cipta Entertainment dan diedarkan oleh Inteam Records Sdn Bhd. Dapatkan di pasaran atau beli secara online di InteamMobile.Com

-Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago