Inteam Records Sdn Bhd & TheVideographerz International dengan kerjasama Munsyid Malaysia ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai rakaman video muzik Bebas Palestin nyanyian Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart. Rakaman video ini bakal melibatkan artis-artis nasyid terkenal tanahair disamping beberapa kelab dan persatuan yang berkaitan Palestin di Malaysia.
Video muzik Bebas Palestin ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh Aqsa Syarif, sebuah badan NGO yang aktif memperjuangkan isu hak Palestin di Malaysia. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menghulurkan bantuan, sumbangan dan aktif menjalinkan hubungan dengan organisasi pro-palestin di dalam dan luar negara, Aqsa Syarif berasa terpanggil untuk terlibat dalam projek video muzik Bebas Palestin ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dan luar umumnya mengenai isu perjuangan rakyat Palestin yang menuntut hak mereka yang telah dinafikan berabad lamanya.
Butiran mengenai rakaman adalah seperti berikut:
- Sabtu, 8 Disember 2012
- Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang.
- Lokasi penggambaran: Padang UPM Serdang.
- Pakaian: Kasual.
- Tempat berkumpul: Akan dimaklumkan oleh pihak urusetia selepas anda mendaftarkan diri.
- Masa berkumpul: 8.00 pagi.
- Anda digalakkan membawa props seperti bendera Malaysia, bendera Palestin, mafla Palestin, Kain sepanduk, banner atau apa jua yang dirasakan relevan untuk rakaman ini. Segala peralatan merbahaya adalah tidak dibenarkan.
Kepada mereka yang berminat, anda dikehendaki mendaftarkan nama anda dengan menghubungi:
- Faisal Hamdi 013-2914668/ faisal.hamdi@thevideographerz.com
- Umair Md Idros 01706422868/ umair.idros@gmail.com
Klik RSVP disini: RSVP Rakaman Videoklip Bebas Palestin.
Untuk dapatkan ‘feel’, jom dengar lagu Bebas Palestin nyanyian Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart.
.
.
showsearch=0
– Munsyeed{Dot}Com